Walaupun sudah berusia 60 tahun, namun pakcik ini gigih cari rezeki demi sesuap nasi. Bukan itu saja, walaupun hanya mendapat wang sebanyak RM10 hingga RM15 sehari dengan mengutip tin dan botol kosong namun warga emas ini tetap berusaha keras dan tidak pernah patah semangat.
Malah penulis sendiri hampir menitiskan air mata tatkala menonton video yang dikongsi oleh Datuk Seri Aliff Syukri menerusi entri yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya. Ternyata kisah pakcik ini cukup menyentuh perasaan apatah lagi dikala ramai yang hidup susah sewaktu Pandemik Covid-19 ketika ini.
Cari Rezeki “Pakcik Jangan Sedih, Pakcik Kena Kuat Demi Keluarga”
“Sayu Dan sedih melihat nasib pak cik ini bersama seorang isteri yang hidup bergantung kepada Tin Dan juga Botol Kosong…tapi sy puji sbb mereka rajin mencari rezki halal.
“Saya memberhentikan kereta dan sempat berborak dengan pak cik ini berkenaan dengan beliau. Beliau sudah tidak larat sbb sbb dah berumur 60Tahun.
“Bayangkan dengan RM 5 ke RM 10 sehari, apakah yang boleh dilakukan. Dengan sewa rumah perlu dibayar RM 200 hingga RM 300 . Beliau juga cakap pada musim covid ni lagilah teruk dan terjejas.
Ads
Teringat Arwah Abah
“Apabila saya melihat nasib pak cik ini, saya amat bersimpati saya teringat kepada Arwah Abah sy yg dah tua.
“Sebab itulah saya mengulurkan sedikit rezeki apa yang saya ada dan sokongan daripada anda semua yang membeli produk @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia saya dan tudung saya @as.hijabofficial untuk saya berikan kepada mereka.
Cari Orang Yang Betul-Betul Susah
“Kepada anda di luar sana yang ingin menyalurkan sumbangan, anda boleh hubungi nombor telefon yang saya beri ini.
“Kepada anda yang memerlukan bantuan daripada saya untuk anda membantu anda tetapi saya perlu cari orang yang betul-betul susah boleh DM Kepada pada saya atau Manager saya @iwan_utaraa akan bawa sy utk bantu anda,” terang Aliff.
Pemilik Ordinary Baker perjelas sebab saman adik beradik RM1.5 Juta, “orang nampak saman tak nampak pengorbanan. Sejak semalam kecoh di media sosial tentang kisah pengasas jenama pencuci mulut terkenal, Ordinary Baker Cafe yang dikatakan telah menyaman sebuah syarikat Eclairis yang juga merupakan adik beradik sedarah sedagingnya sebanyak RM1.5 juta.
Menurut Putri Nadira yang menguruskan Eclairis, Eclairis menganggap tindakan saman tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah amat menyakitkan kerana ia datang daripada keluarga sendiri.
Pemilik Ordinary Baker Perjelas Sebab Saman Adik Beradik RM1.5 Juta
Tidak berdiam diri dengan tindakan adik beradiknya termasuk banyak fitnah yang melata, pemilik sebenar Ordinary Bakers, Putri Arshad tampil membuka cerita sebenar mengapa tindakan saman itu dibuat.
Jelas, dirinya sendiri tidak suka membawa cerita ini ke khalayak ramai namun perlu berbuat begini kerana terlalu banyak fitnah selain salah faham terjadi. Masa yang sama, dirinya tak mahu melampaui batas kerana menghormati proses mahkamah.
Menurut Putri Arshad, dirinya adalah pemilik Ordinary Baker sebenar di mana semasa syarikat ditubuhkan, dirinya mengeluarkan modal 100 peratus, sepenuhnya tanpa adanya modal dari adik beradik yang lain.
Jelasnya, isu antara keluarga mula tercetus pada 30 November 2024 di mana satu perbincangan berlaku di Setia Alam (dirinya memiliki rakaman audio perbincangan ni).
“Tapi saya takkan kongsikan rakaman tu kepada umum sebab saya tak sanggup hadap rasa malu sampai tujuh keturunan nanti. Biarlah saya simpan sendiri bersama peguam saya. InshaAllah, suatu hari nanti kebenaran akan bersuara dan membersihkan nama saya. Saya tak perlukan pengiktirafan orang ramai untuk pertahankan diri. Cukuplah orang tertentu saja yang tahu hal sebenar.
Jelasnya, modal dikeluarkan adalah untuk bisnes kek kahwinnya sendiri namun dirinya berkorban demi adik-adik.
“Saya korbankan impian sebab nak bantu adik beradik capai impian mereka. Tiada seorang pun yang menyumbang walau satu sen pun. Tapi saya redha, sebab OB ditubuhkan untuk bantu keluarga. Waktu tu semua tiada kerja.
“Memang dalam perancangan awal saya nak bagi saham OB kepada mereka. Tapi dua daripada mereka disenarai hitam (blacklisted), jadi saya tangguhkan dulu pendaftaran nama mereka sampai saya selesai bayarkan hutang mereka.
“Dan ya, saya memang dah langsaikan satu demi satu hutang tu. Bayar hutang bukan kerja sehari dua. Kenapa penting nama kena bersih sebelum masuk syarikat? Sebab kalau OB nak berkembang dan perlukan pinjaman, institusi kewangan akan buat semakan latar belakang – itu sebabnya nama mereka tiada.
“Saya putuskan untuk jalan secara sendiri supaya lebih mudah kawal risiko. Bekerja dengan saya memang susah sebab saya ikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Saya tak suka urusan yang meragukan.
Perkara ni boleh disahkan dengan auditor, akauntan dan juga peguam saya.
“Daripada hasil titik peluh kami adik-beradik, OB berjaya bantu selesaikan banyak hutang keluarga. Tapi mungkin mereka dah lupa.
“Biasalah, bila duit tak masuk poket sendiri, orang akan lupa. Jumlah hutang hampir RM100K – hutang TEKUN, pinjaman pendidikan, hutang ah long, hutang dengan suami saya sendiri. Malah, sepatutnya tahun 2025 ni, saya dah rancang nak bayar PTPTN adik perempuan saya, tapi tak kesampaian.
Apa yang orang nampak – saya saman adik-beradik. Tapi apa yang orang tak nampak – saya selesaikan banyak masalah keluarga guna duit OB.
Saya juga pertahankan lebih 25 pekerja OB daripada teraniaya.
Takkanlah tiba-tiba, angin takde ribut takde, saya nak saman orang. Mereka rancang serangan terkoordinasi pada 1 November 2024. Tinggalkan kerja tanpa makluman, cuma beritahu staf mereka letak jawatan 24 jam.
“Saya langsung tak tahu. Mungkin mereka ingat dengan serang saya macam tu saya akan give up. Saya cuba buat kerja satu per satu dengan harapan mereka akan kembali, tapi saya silap. Dua minggu lepas tu, mereka buka syarikat baru.
“Aset syarikat yang masih di bawah financier telah dibawa keluar tanpa kebenaran. Belum cerita lagi pasal data syarikat yang dicuri. Saya memang ada niat nak tutup OB masa tu sebab mental dan fizikal dah terlalu penat. Tapi nak tutup syarikat bukan semudah itu. Tambah pula saya ada lebih 25 staf bergantung pada OB.
Saya teruskan juga dan Alhamdulillah ramai yang datang bantu dan beri sokongan.
“Bayangkanlah, OB buka kafe Februari 2024, buka cawangan Shah Alam pada Jun dan Disember mereka nak buka cawangan baru pula di Subang/Damansara. Yang Shah Alam pun belum dapat pulangan pelaburan, dah nak buka cawangan baru. Tanpa modal, tanpa sumbangan satu sen pun. Alhamdulillah, saya tak ikut cakap mereka. Kalau tak, saya yang penat urus tiga cawangan seorang diri.
Belum masuk lagi kisah Instagram OB diambil alih, semua kandungan dipadam dan saya dihalang akses. OB kena mula dari kosong balik. Kalau nak cerita soal keluarga, sayalah satu-satunya yang kekal setia dengan janji.
Cawangan Setia Alam – untuk adik-beradik perempuan
Cawangan Shah Alam – untuk adik lelaki
Cawangan ketiga (sepatutnya di Cyberjaya), giliran saya sebab dekat dengan rumah
Tapi bila sampai giliran saya, mereka nak buka cawangan di Subang/Damansara. Bila saya tak setuju, mereka tinggalkan OB begitu saja.
Ada yang minta bukti. Ini saya cuma kongsi sedikit. Perbualan ni berlaku sekitar Oktober/November.
Kepada semua, bila terima sesuatu berita, siasat dulu. Jangan jadi orang yang buta mata dan hati.Kepada yang sebar fitnah tentang saya sejak 24 jam lepas, buat masa ini saya tak maafkan kalian. Dosa fitnah tu kalian tanggung di akhirat nanti.
“Kepada ‘cyber troopers’ adik-beradik saya, sesetengah dari kamu kenal saya secara peribadi. Kamu tahu asal-usul keluarga saya. Kamu tahu siapa yang berdiri demi keluarga sejak 25 tahun lalu.
Kepada adik-adik saya, kamu tahu saya tak pernah tinggalkan kamu sejak kecil sampai 30 Oktober 2024. Hari kamu khianati kakak sendiri. Saya hampir musnahkan hubungan saya dengan suami semata-mata nak bela kamu.
Terima kasih kerana tunjukkan siapa kamu yang sebenar.
Saya boleh maafkan semua yang kamu buat terhadap saya secara peribadi tapi kali ini melibatkan periuk nasi pekerja OB. Kalau saya tak pertahankan mereka sebagai majikan, siapa lagi? Kalau saya gagal selamatkan OB, sekurangnya saya tahu saya dah buat sehabis baik.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana, biarpun sudah berpisah atau membawa haluan masing-masing. Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan perkahwinan kali kedua Nabilah Mohd Esa, 29, dengan bekas suaminya, Muhamad Isman Hadi, 31, yang berlangsung pada Rabu lalu.
Memetik laporan Mstar Online, pasangan tersebut mengikat pertunangan pada Mei 2013 dan mendirikan rumah tangga sebulan kemudian sebelum berpisah kira-kira tiga tahun kemudian pada Julai 2016.
Jodoh Kuat
Namun, jodoh yang kuat antara mereka telah menyatukan kembali Nabilah dan Muhamad Isman setelah hampir setahun setengah bercerai.
“Hubungan kami selepas bercerai itu memang tidak berapa baik sehingga saya merasakan kami memang tiada harapan untuk kembali bersama.
“Tapi, bekas suami pada ketika itu tidak pernah melupakan anak selepas kami berpisah dan dia akan datang melawat anak-anak pada setiap minggu biarpun terpaksa berulang alik dari Pahang ke Johor,” katanya
Kata Nabilah, suaminya hanya akan bermain dengan anak-anak di luar rumah dan tidak bertemu dengannya disebabkan hubungan mereka yang telah renggang.
Akrab Dengan Anak-Anak
Keakraban Muhamad Isman dan anak-anak akhirnya mendekatkan pasangan itu sehingga membuka hati masing-masing untuk melayari bahtera perkahwinan buat kali kedua.
“Apabila dia melamar saya buat kali kedua, saya minta dia tanyakan sendiri kepada ibu untuk mendapatkan restu kerana antara mereka memang ada masalah.
“Rupa-rupanya ibu saya sudah lama maafkan dia dan bersetuju jika kami ingin berkahwin semula,” kata eksekutif pentadbiran dan akauntan kanan itu.
Nabilah yang juga ibu kepada dua cahaya mata lelaki berusia dua dan tiga tahun itu berkata, dia dan suami berharap agar perkahwinan kali kedua ini dapat mematangkan mereka apabila berdepan sebarang masalah pada masa depan.
Posting yang dimuat naik Nabilah di Facebook tular dan menarik perhatian netizen yang turut gembira dengan mahligai yang dibina semula pasangan tersebut.
Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga episod perpisahan yang pernah dilalui oleh pasangan ini mematangkan lagi perhubungan yang dibina kini. Selamat Pengantin Baru, Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Baru sahaja mengumumkan berita gembira pada bulan ramadan lalu, isteri berbadan dua, namun hasrat penyanyi lagenda Rock Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy Search,60 untuk menimang cahaya mata yang keenam ini tidak kesampaian apabila isterinya Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish disahkan mengalami keguguran.
Berita sedih tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Isabella ini didalam instagram beliau.Difahamkan, pasangan ini kehilangan bayi mereka yang berusia 11 minggu itu pada Khamis lalu selepas doktor tidak dapat mengesan degupan jantung bayi.
Menerusi perkongsian itu, Amy memuatnaik video sesi pemeriksaan doktor ujian ultra bunyi degupan kandungan anak mereka serta meluahkan rasa sedih seperti berikut;
“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka.
“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA. AmeenYRA,”
Bukan itu sahaja, Amy juga telah menulis kata-kata yang meruntun hati dedikasikan khas buat bayinya itu.
” Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Sejenak ku mendakap
Kau pun hilang, dari pandangan. ”
#amysearch
Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penyanyi rock ini. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9. Manakala dari perkahwinan terdahulu Amy memilki dua anak iaitu Nabila Huda,32 dan Irisha Myra,21 serta seorang cucu Keisha Laila,8 yang merupakan anak tunggal Nabila Huda.
Memang perit harga sebuah kehilangan, apatah lagi saat menanti dan benar-benar mengharapkan kehadiran seorang bayi sebagai penyeri.Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat Amy Search sekeluarga, semoga sabar dan redha dengan ketentuan ini.Insya Allah ada rezeki yang lebih baik menanti.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...