Pesan Datuk Seri Aliff Syukri ‘Intan Jangan Kenang Masa Lalu, Terus Pandang Ke Hadapan’, Ini Pula 'Curhat' Datin Seri Shahida

Tanggal 22 Mac lalu, Intan Liana Saleh, 33 ibu kepada 2 orang cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Muqri, 1 kembali menjalani kehidupan solo. Bukan mudah untuk berhadapan kisah rumah tangga yang mendapat perhatian ramai.

Lagi-lagi insan sebaik Intan yang diakui ramai dengan sifat baik hatinya. Sehari sebelum tarikh sebutan lafaz cerai itu, Intan berkesempatan bekerjasama dengan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pengasas D’Herbs untuk penggambaran jenama tudung yang menggunakan wajahnya.

Pesan Datuk Seri Aliff Intan kena kuat. “Jangan di kenang masa yang lalu. You a strong girl. Kita kena terus pandang ke hadapan. InsyaAllah saya akan beri peluang bisnes dan job pada beliau.

Sekarang ini kami tengah shoot sebenarnya untuk tudung menggunakan wajah beliau. Tudung jenama Alif Syukri.” Ujar beliau.

Akui Datuk Seri Aliff Syukri lagi Intan ini ada aura yang tersendiri. “Dia ada penyokong kuat di Malaysia. Dia wanita yang tabah.

Pemilihan ini amat tepat, di mana saya melihat bila Intan menjadi wajah tudung jenama saya, Alhamdulillah jualannya memang letup. Terima kasih banyak-banyak Intan.”

 

IKLAN

Intan Bersyukur Diberi Peluang Dan Rezeki

Beliau juga tak menafikan akan bekerjasama dengan Intan dalam jangka masa yang panjang. Intan sendiri mengucapkan rasa syukur kerana Datuk Seri Aliff Syukri memberinya peluang dan rezeki kepadanya.

Saya melihat orang bukan bersimpati dengan Intan. Tapi kebanyakannya orang memberi sokongan dan support kepada Intan. Intan juga tak gunakan popularitinya itu untuk menagih simpati.

“Tak ada pun dia meronta-ronta dengan orang, cuma orang yang memprovokasikan benda (kisah rumah tangganya) ini.”

IKLAN

Bak kata Datuk Seri Aliff Syukri sendiri, beliau tidaklah memandai-mandai membuat keputusan untuk Intan. Sebaliknya untuk apa-apa kerjasama melibatkan dirinya dan Intan, dia akan minta persetujuan dulu dengan Intan.

Kalau dia tak setuju, kita tak buat. Benda ini win-win situation.”

 

Pesan Datuk Seri Aliff Syukri ‘Intan Jangan Kenang Masa Lalu, Terus Pandang Ke Hadapan’, Ini Pula ‘Curhat’ Datin Seri Shahida

IKLAN

Kata Datin Seri Shahida, “Intan Rasa Bersalah”

Isteri kepada Datuk Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang kini hamil anak keempat semestinya individu yang pernah bekerja dengan Intan Liana Saleh. Kedua wajah inilah yang menjadi model tudung yang laris macam goreng pisang panas.

Ketika dihubungi Mingguan Wanita, beliau memberikan pandangan tersendiri tentang Intan.

Intan ini seorang wanita yang terlalu baik. Even kalau saya bersembang dengan dia pun, tak pernah sekalipun dia memburukkan suami (kini bekas suami) dia.

Cuma dia cakap, dia rasa bersalah, sebab Ude kena kecam. Itulah yang dia terasa macam itu. Dia rasa bersalah.

Intan ini memang terlalu baik, terlalu naik malah lurus. Dan itulah orang mudah ambil kesempatan dekat dia.”

Sumber/Foto : Instagram aliffsyukriterlajaklaris, media hiburan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI