Mungkin ramai yang tak tahu bahawa dengan memotong kuku pasangan pun sebenarnya boleh menguatkan bonding dan mengikat kasih sayang diantara suami isteri. Bila jari bersentuhan, sambil berbual mesra dan beri tumpuan sepenuhnya pada pasangan. Itulah peluang untuk bermanja dan dimanjakan, buat diri rasa lebih dihargai.
Jemput baca perkongsian daripada Muhammad Hassan ini sebagai panduan dalam melayari rumahtangga.
Untungkan orang tak sihat. Balik dari oustation makan terhidang atas meja,sup sayur,ikan kerisi kegemaran saya.
Baru je nak makan tiba tiba wife cakap jangan makan dulu. Meh sini jari tu nak potong kuku.
Ya Allah. Rupanya kuku saya dah macam pontianak. Malu weh bila kuku panjang kena tegur kat wife. Patutlah wife pandang semacam je sebelum makan.
Time makan tu, wife layankan apa yang saya nak makan. Part ini saya mula sebak. Teringat mak layan ayah dulu. Mak tengok je ayah makan,ayah ajak makan pun mak tak makan,nak bagi suami dia betul-betul kenyang, barulah mak makan.
Bonding Orang Dulu
Orang dulu bonding mereka kuat. Betul betul mereka layan pasangan. Bila bercakap beri tumpuan,ada interaksi antara mereka.Bersembang, senyum, sedang makan tu sempat lagi bermanja, siap bersuapan lagi.
Zaman ini waktu makan still lagi mengadap screen. Main HP,makan depan TV. Tangan sumbat nasi,tapi mata kat screen. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga. So please ubah semua itu.
Ads
Hubungan Toksik
Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita betul betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam dirumah tetapi banyak masa dengan gadget,depan tv.
Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun dalam hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut je gaduh,tutup mulut tapi mata depan tv,layan gadget. Anak anak layan game,layan kehidupan mereka sendiri.
Tiada lagi senyuman,gelak tawa,riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif,ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga,ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak anak.
Apabila isteri stres,anak anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Maka anak anak akan kesunyian. Sebab itu tidak pelik jika ada kanak kanak juga mengalami masalah mental.
Ads
Perlu Masa Emosi Untuk Keluarga
Hari ini,perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu betul betul fokus melayani keluarga. Tiada HP,tiada TV,tiada urusan kerja. Bagi attention kepada pasangan. Dengar cerita mereka,dengar rasa hati mereka,banyakkan buat sentuhan kepada mereka,selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.
Peluk erat isteri,paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari,ya 5 kali,tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia,namun Nabi s.a.w akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri isteri baginda.
Potong Kuku Beri Bonding Kuat
Potong kuku pasangan beri bonding yang sangat kuat,rindu sangat sangat moment ini. Disitu ada sentuhan,sentuhan sampai ke hati. Tatap wajah pasangan,renung dalam mata dia,rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.
Ads
Rupanya nak isteri itu tenang,suami wajib bina bonding terhadap pasangan. I love u,i miss u, usap jari,pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang sangat mahal yang kadang kadang kita terlepas pandang.
Bina cinta,bina bahagia insyaallah ketenangan itu akan datang.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi pesanan buat suami isteri, rajin-rajinlah potong kuku pasangan masing-masing kerana ia boleh mengikat kasih sayang dalam perhubungan.
Kalau isteri merajuk, suami kenalah pujuk, jangan biar isteri asingkan diri lama-lama. Jangan biarkan isteri merajuk terlalu lama atau memendam rasa. Tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku sedikit perbalahan, persengketaan dan malah ada sampai pasangan merajuk. Selalunya yang paling ‘kuat’ dan mudah merajuk tentulah kaum isteri.
Sebagai manusia biasa dan tidak sempurna, kita ada kelemahan. Masing-masing perlu selesaikan. Ketika inilah suami perlu bijak memainkan peranan kerana suami adalah imam dalam sesebuah keluarga.
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri. Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu. Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian. Dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami.
Dia memasak, menghidang sampailah selesai memberi makan anak-anak, jam pun dah masuk 1 tengah hari. Dia masih juga belum mandi.
‘Nantilah nak masuk Zohor baru mandi’
Dan selepas selesai solat Zohor, Nina masih juga belum mandi. Mentang-mentang hari itu suaminya tiada di rumah seharian. Dia berleka-leka. Dan sejak akhir-akhir ini dia sudah diserang sindrom malas berhias.
Ini Sebab Penting Isteri Kena Rajin Berhias
1. Bila kita cantik, kita bahagiakan suami. Insya-Allah kasih sayang suami akan lebih kukuh dan kekal.
2. Untuk memenangi hati suami, menjaga kecantikan diri adalah kuncinya. Kita cantik, suami gembira dan lebih sayang kita. Apa yang kita perlukan lebih mudah dipenuhi oleh suami.
3. Sentiasa ingatkan diri kita, usaha kita berias mencantikkan diri untuk suami adalah suatu ibadah dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.
4. Jangan kita cemburu atau marahkan suami yang suka melihat wanita cantik dan seksi, tetapi kita ambilnya sebagai cabaran untuk kita berias lebih cantik dan seksi daripada wanita lain. Insya-Allah kita lebih berpotensi memnangi cabaran tersebut.
Apa Agama Kata Tentang Isteri Yang Merias
Salah satu peranan isteri kepada suami adalah berhias dan memakai cantik-cantik untuk suaminya. Ini kerana fitrah suami inginkan isterinya cantik dan menyejukkan pandangan.
Merias itu bermakna memakai cantik-cantik mengikut kesukaan suami, untuk meghiburkan dan melayan suami. Apatah lagi dalam hubungan suami isteri, tiada aurat dibataskan dan ini membolehkan isteri menggayakan apa-apa fesyen yang menjadi kesukaan suami tanpa perlu terikat dengan menutup aurat.
Kenapa Kena Cantik Untuk Suami
Ini kerana, fitrah suami sukakan wanita cantik dan berias. Disebut dalam hadis nabi SAW, dikahwini seseorang wanita itu disebabkan empat faktor iaitu kerana kecantikan, kekayaan (kemampuan berias dan bergaya), kedudukan atau keturunan dan agamanya.
Kalau Mood Sindrom Malas Berhias Dah Datang
Sebenarnya sepanjang masa perlukan isteri kelihatan cantik dan berias untuk suami. Sebagaimana kita nakkan suami kita romantik setiap masa, begitulah juga suami kita nakkan kita sentiasa cantik dan berias setiap masa.
Lebih-lebih lagi bila dah semakin berusia, agar suami terikat dan terpaut dengan kita selamanya.
Boleh jadi mudah untuk suami berasa bosan dengan kita yang comot dan menyakitkan pandangannya, berbanding dengan ramai wanita lain di luar yang kelihatan cantik dan menarik perhatian. Di samping ketinggian budi pekerti dan akhlak, kecantikan jadi tarikan utama juga.
Siti Aisyah&Siti Fatimah Juga Berhias Untuk Suami
Pada zaman Rasulullah SAW, Siti Aisyah dikatakan sangat menjaga diri dengan berias cantik dan memakai pakaian menarik yang berwarna warni di dalam rumah. Begitu juga Siti Fatimah yang sentiasa kemas dan menarik berias untuk menyambut kepulangan Sayyidina Ali setiap hari. Wallahua’lam
Kalau ikutkan dengan perkembangan hari ini, ramai mak ayah sanggup paksa anak masuk sekolah awal sebab nak anak boleh membaca awal, tambah pula bila banyak isu baru-baru ini yang ditular tentang silibus makin payah. Malah mak ayah sendiri pun belum tentu mampu jawab. Jadi apa pilihan yang ada?
OK, usah risau mak ayah, anda boleh tenangkan hati apabila membaca pandangan daripada saudara Hazhari Ismail ini…
Heboh bila ada seorang guru memberi ‘nasihat’ kepada ibu bapa supaya pastikan anak mereka sudah pandai membaca sebelum melangkah ke Tahun 1. Walau apa cara sekalipun, seperti yang dicadangkan oleh si guru itu iaitu dihantar tuisyen dan sebagainya – asalkan anak pandai membaca. Gila (saya cakap idea ni gila, bukan guru yang gila.
Ibu bapa mana yang tidak panik kalau itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang guru. Ditambah pula sekarang adalah penggal kedua sebelum persekolahan sampai ke penghujungnya. Lagilah ibu bapa bertambah resah! Guru antara benteng-benteng terakhir untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anak muridnya walau macam mana pun kurikulum itu berubah. Tapi, kalau benteng terakhir ini pun rapuh, ditambah dengan tekanan ibu bapa yang turut sama bersungguh, dekat mana lagi anak-anak nak mengadu yang mereka sedang tertekan?
Tempoh sekolah rendah itu panjang. Nak cepat-cepat itu nak kejar apa? Nak kejar kelas nombor satu?
Nak bercerita dekat sahabat handai anak dah pandai membaca sebelum masuk sekolah?
Nak buat perbandingan dengan anak-anak sedara tentang anak siapa paling bijak?
Allahu, untuk apa semua ini?
Berapa kali dah ulang, TIADA signifikan kebaikan pun jika anak itu boleh membaca seawal 5 tahun. Apatah lagi yang muda dari umur itu. Kanak-kanak yang start membaca pada umur 5 atau 6 tahun, SAMA sahaja perkembangan dia dengan kanak-kanak yang start membaca pada umur 9 atau 10 tahun. Ya, SAMA. Tolonglah jangan risau.
Maksudnya, pada umur 5 atau 6 tahun, mereka mengambil masa yang lama untuk expert dalam membaca berbanding umur 9 tahun yang mengambil masa yang singkat untuk mahir membaca.
Sebab itu saya cakap tempoh sekolah rendah itu panjang. Anak-anak boleh catch up. Tapi, sokonglah mereka. Jangan tambahkan beban mereka. Di negara orang lain (yang mungkin menjadi rujukan pembuat polisi negara kita), assessmet itu adalah proses pembelajaran. Tetapi tidak di negara kita, iaitu belajar untuk assessment!!
Biarlah KSSR (kurikulum rendah) buat semakan pun. Kita yang melatah, anak yang jadi mangsa.
Macam mana mereka boleh buat semakan pun kita tidak tahu. Berapa kerat je kanak-kanak boleh follow kurikulum yang baru, sedangkan beribu-ribu lagi menjadi mangsa jurang bandar dan luar bandar yang makin menjauh!
Benar, membaca itu perkara yang menyeronokkan tetapi perlukan persediaan (readiness), kalau tidak kanak-kanak boleh frustrated. Benda-benda macam ini yang boleh naikkan statistik mental health problem di awal usia! Cukup-cukuplah KBAT dipeperiksaan-kan.
Biar jelah semua kanak-kanak masuk program Linus itu. Biar orang atas sedar status masyarakat hari ini di tahap yang mana.
Mungkin guru-guru tertekan berada di tengah-tengah antara orang atasan dan ibu bapa. Sampai sanggup memberi ‘arahan’ sebegitu kepada ibu bapa. Dan yang paling penting ibu bapa. Anda sendiri tahu dan nilai anak anda di level yang mana.
Sudah banyak kita baca, kanak-kanak perlu masa bermain di awal usia. Sudah banyak diperingatkan, masalah mental health telah menjadi ancaman biasa.
Tolonglah percaya dengan anak-anak.
Tolonglah…
Kadang-kadang kita terlupa, yang membunuh jiwa kanak-kanak itu bukan mereka… tapi kita sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.