Jika tertinggal barangan masih boleh diterima, namun bila terlupa pada anak sendiri apatah lagi perlu berlepas naik kapal terbang memang luar biasa dan jarang sekali berlaku.

Menurut berita, sebuah pesawat Arab Saudi berlepas dari Jeddah menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik apabila seorang penumpang wanita merayu agar pesawat berpatah balik kerana anaknya yang masih bayi tertinggal di lapangan terbang.

Minta Kebenaran Berpatah Balik

Juruterbang penerbangan SV832 dilapor meminta kebenaran pusat kawalan trafik udara untuk berpatah balik selepas seorang penumpang memberitahu kru yang dia telah tertinggal anaknya di terminal boarding.

Sebuah rakaman video insiden ini menjadi viral di media sosial yang menunjukkan juruterbang meminta izin daripada pegawai ATC untuk kembali ke lapangan terbang.

IKLAN

Perkara Baru

Disebabkan kes begini tak pernah berlaku, semua pihak pada awalnya terkejut dan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut protokol yang sewajarnya.

Pegawai ATC tersebut, selepas mencatatkan nombor pesawat, telah bertanyakan kepada rakan kerjanya tentang protokol yang perlu digunakan.

“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik… ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan…,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan.

IKLAN

“OK, patah balik ke pintu (pelepasan). Ini suatu yang baru bagi kami!”

Difahamkan juruterbang tu akhirnya berpatah balik dan wanita itu telah menemui anaknya yang masih bayi.Juruterbang tersebut dipuji kerana bersikap prihatin dengan situasi wanita tersebut.

IKLAN

Ia sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah pesawat untuk berpatah balik tanpa alasan munasabah selain masalah kesihatan serius atau masalah kecemasan teknikal.Walaupun demikian masih tidak diketahui punca sebenar wanita tersebut tertinggal anaknya di lapangan terbang.

MW: Pesanan pada mak-mak, semoga lebih berhati-hati.Kecuaian ini tak mustahil boleh berlaku bila dalam keadaan kelam kabut, terlalu penat mahupun fikiran kosong.

Sumber:Gulfnews, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI