Tak pelik pun kalau ada golongan anak manja di sekolah yang jenis kuat mendesak, tak boleh ditegur, pentingkan diri, dan tidak mahu bertolak ansur dengan pelajar lain.
Malah semua mak-mak sering meletakkan anak sebagai keutamaan dalam segala perkara. Tetapi jangan sampai anak buat perangai hingga tak boleh dididik ya, sebab sebenarnya ada beberapa tabiat yang selalu kita lakukan (kebanyakan masa tanpa disedari) membawa kesan buruk kepada si anak.
Jadi untuk masukkan ke sekolah, mak ayah kena faham beberapa konsep bila anak masuk sekolah, jemput baca perkongsian daripada cikgu Mohd Fadli Salleh ini…
Buat ibu bapa yang ada anak manja dan kali pertama hantar anak ke sekolah.
Ini pesanku buat mak ayah yang ada anak manja…
1. Anak sulung/tunggal kadang-kadang manja lain macam. Kat rumah bukan main seronok. Sampai ke sekolah bertempek peluk pinggang ibu / ayah tak nak lepas.
2. Jika dia menangis tak nak pergi beratur bersama kawan, panggil cikgu untuk ambil anak kalian.
Ads
3. Sebaik anak ditangan guru, lepaskan tangan dan teruslah berlalu pergi. Jangan ditoleh lagi. Jangan rasa tak sampai hati walau anak meraung-raung memanggil kalian. Pandai la guru uruskan.
4. Jika ditunggu, tangisan makin menggila dan makin tidak terkawal. Sebaik ibu bapa hilang dari pandangan, murid mula reda dari tangisan itu. Usah risau, guru-guru berpengalaman. Mereka takkan cubit la anak kalian nak bagi diam. So, serah saja dengan kepercayaan penuh.
5. Sekiranya anak kalian memang tidak dapat dikawal guru (sangat-sangat jarang berlaku), jangan risau, guru pasti call kalian. Yang penting, tinggalkan no phone pada guru kelas. In case memang menangis meraung berjam-jam dan semua guru gagal pujuk. Kami akan call tuan puan untuk tenangkan anak. So, sekali lagi, jangan bimbang!
Ads
6. Jangan mengintai dari tingkap kelas. This is the big NO!
Cikgu dah rasa macam ikan dalam akuarium je. Diperhati oleh mata-mata kalian ikut tingkap. Nak kawal kelas pun jadi payah bila ramai mata memandang, rasa seram semacam!
Jangan risau. Jangan risau. Jangan risau, kami takkan rotan anak kalian walau dia buat hal. Gigit jauh sekali. Ini tahun satu, kali pertama pula jejak kaki. Kami tahulah.
Ads
7. Buka spek hitam kalian bila berurusan dengan guru. Tahulah spek tu spek pasar malam je pun, bukalah. Nampak biadab dan berlagak.
Senyumlah pada guru-guru walau kadangkala guru tak sempat nak membalas senyuman kalian sebab terlampau sibuk urus itu ini. Maafkan kekurangan kami.
8. Satu rahsia aku bagitahu kau orang. Ibu bapa yang sangat bekerjasama dan mesra dengan guru pasti jadi buah mulut para guru. Ramai guru nak kenal anak kalian dan pasti anak kalian digemari oleh guru-guru.
Okey, cukup dulu 8 point malam ini. Lain kali aku share lagi. Babai.
#MFS
– Suka kawan dengan ibu bapa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah mengekalkan usia perkahwinan yang panjang, apatah lagi telah memasuki separuh abad. Menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin, dapat melalui usia muda dan tua bersama-sama, malah harapnya hanya ajal yang dapat memisahkan.
Ujian buat pasangan warga emas Itali yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 di Hospital Murri.
Sandra, 71, dan suaminya, Giancarlo, 73, yang dirawat di hospital itu saling berpegangan tangan biarpun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan, lapor Daily Mail.
Majlis Sambut Di Hospital
Seorang jururawat, Roberta Ferretti berkata, dia mengetahui pasangan itu akan meraikan ulang tahun perkahwinan.Katanya, atas keprihatinan petugas perubatan, majlis itu disambut di hospital.
Ferretti berkata, Sandra menangis kerana bimbang keadaan suaminya.
“Dia memberitahu saya betapa dia masih menyayanginya, selepas bertahun-tahun. Ketika saya mengetahui bahawa hari ini adalah ulang tahun mereka, saya fikir mereka harus meraikannya.
“Majlis ringkas diadakan selama 10 minit agar mereka gembira dan terus semangat untuk hidup.
“Petugas perubatan yang memakai alat perlindungan khas berada di tepi pasangan itu sambil membuat bentuk ‘love’ menggunakan tangan mereka,” katanya kepada media tempatan.
50 Lilin Pada Kek
Katanya, mereka juga meletakkan 50 lilin pada kek sekadar simbolik sahaja.
“Kami gembira kerana dapat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka.
“Ia adalah detik yang luar biasa, kenangan manis, setiap masa amat berharga untuk bersama orang tersayang. Anda boleh merasakan cinta mereka,” katanya.
MW: Semoga pasangan warga emas ini terus kuat dan diberikan kesembuhan daripada covid-19 ini.
Kalau mak-mak tengok papan iklan billboard dekat tepi highway, mesti akan perasan wajah pengasas MERVE Cosmetics, Joyrevfa dengan style tudung yang unik. Setakat ini dekat Malaysia, iklan yang lain dari yang lain terutama style penggayaan tudung, memang totally milik Joyrevfa lah.
Rupanya di sebalik iklan yang kreatif itu, Joyrevfa sendiri memang orang berjiwa seni. Ini dikongsikan menerusi pengalamannya yang pernah terlibat dengan kerja-kerja seni sewaktu di Indonesia ketika umurnya 23 tahun.
Ujarnya, “Teringat pengalaman berharga kali pertama saya terlibat sebagai pelakon watak Lulu (guru kepada budak lelaki yang dibunuh) dalam filem festival Indonesia “The Perfect House” oleh producer terkenal Vera Lasutyang telah berjaya disiarkan di Indonesia, Korea Selatan, Melbourne Australia, Hong Kong & Cannes, France pada tahun 2011.
“Waktu ni umur saya 23 tahun dan rasa berbangga kerana terpilih sebagai salah seorang pelakon supporting sekaligus bekerja sebagai makeup film effect (jurusolek kesan khas) dalam filem festival ini.
Akui Joy lagi inilah pengalaman yang tak dapat dilupakannya. Terutama berlakon bersama barisan pelakon-pelakon hebat di Indonesia seperti Cathy Sharon, Bella Esperance, Erly Asih, Mike Lucock, Endy Arfian & Wanda Nizar.
“Melalui pengambaran dalam hutan dan diliputi lumpur pada muka. Ditanam di dalam kubur dan digendong oleh Muke Lucock dalam filem ini. Mike kata saya berat..! Hampir sebulan juga lah shoot filem ni di Bandung Indonesia.
“Lepas habis je filem ni sesiapa jumpa saya mesti akan panggil dengan panggilan LULU. Can’t forget all the best moment together with all the talent & crew in this film..!
“Dan kisah duka kami setelah selesai pengambaran ni adalah tiba-tiba dapat berita salah seorang pelakon iaitu Wanda telah meninggal dunia seminggu selepas filem ini. Teringat wanda suka bergurau spanjang tengah shoot. RIP for Wanda.”
5 Tahun Membesar Di Jakarta, Indonesia
Kata Joyrevfa lagi, itulah pengalaman pertamanya berlakon dalam filem sepanjang dirinya membesar di Jakarta dulu.
“Pernah juga jadi model iklan EJuzz dalam TV Indosiar. Selalu je jadi pelakon supporting dalam filem (tapi dulu freehair jadi tak dapat nak upload gambar banyak-banyak) Teringin nak jadi pelakon kat negara sendiri pula lepas ni. Tapi tak tahu berbakat ke tidak lagi cuolls..! Kena pergi kelas acting nampknya lepas ni. Sebab rindu nak berlakon.”
Biarpun memasang impian mahu kembali berlakon, Joyrevfa tak pernah lupa impiannya nak membesarkan anaknya, Arryan menjadi orang yang berguna.
“Ini gambar tahun 2015. Cepat je Arryan dah besar. Sekarang dah 4 tahun dan jadi peneman ibu je setiap hari. Ibu selalu rasa bahagia dapat membesarkan Arryan sendirian.
“Sayang.. Ibu nak tengok Arryan besar sebagai seorang lelaki yang soleh, beriman dan berjaya dunia akhirat. Amin..!”
Ini Koleksi Style Tudung Joyrevfa Yang Unik Dan Tersendiri
Tentu ambil masa yang lama nak hasilkan style tudung sebegini. Apa pun solekan wajah Joy juga berkarakter dan berubah-ubah mengikut style dan konsep yang mahu digayakannya. Tengoklah.. wow! kan..
Datuk Ziela Jalil telah berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Fatimah Othman, 70.
Difahamkan Allahyarham Fatimah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit dan menghembuskan nafas terakhir di kediaman Ziela sendiri pada jam 1.15 tengah hari semalam.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Ziela Jalil, “Telah kembali ke Rahmatullah, ibu kesayanganku, Allahyarham Fatimah Othman,”
Pelakon dan penerbit itu telah memaklumkan berita tersebut menerusi Instragam Stories miliknya.
“Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.“Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.
“Telah kembali ke Rahmatullah, ibu kesayanganku, Allahyarham Fatimah Othman,” tulisnya.
“Sejak Saya Lahir, Mama Jaga Nenek Dengan Baik, Arwah Tinggal Bersama Kami” Dr. Puteri Julia
Menurut anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid pula, arwah neneknya pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.
“Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.
“Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar,” kata Julia turut menerangkan
ibunya cukup rapat dengan arwah nenek.
“Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami.
“Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya,” ungkapnya.
MW: Salam takziah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Datuk Ziela Jalil & Instagram Dr Puteri Julia Nabilah
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...