Allahu, sebak guru ini, Diana Suhaimi mengenangkan si ibu kepada anak muridnya yang dijemput Ilahi sewaktu melahirkan anak kelimanya.
Allahyarham, seorang yang sangat dedikasi terhadap kerja sekolah sepanjang PdPR anaknya. Dan biarpun, ibu telah pergi keprihatinan terhadap tugasan anak diteruskan oleh pakcik anak itu.
Perginya Si Ibu Disaat PdPR
Kisah tentang seorang murid Tahun 4 saya. Seorang murid yang baik dan sangat berpotensi, yang tak pernah tertinggal untuk menghantar segala tugasan yang diberi.
Sepanjang PdPR ini, si ibulah yang akan menjadi orang tengah, mengambil gambar tugasan anak, menghantar pada saya, ucap terima kasih setiap kali saya respon pada tugasan si anak dan akan meminta maaf dahulu andai tugasan dihantar pada waktu malam.
Seorang ibu yang sangat cakna dengan ilmu si anak.
Sungguh, kematian itu pasti. Pada 15 Jun 2021, saya mendapat perkhabaran si ibu dijemput Ilahi saat sedang bertarung nyawa melahirkan anak kelima. Syahidnya seorang ibu, dan anak lahir tanpa sempat menatap wajah ibunya.
Ads
Perginya si ibu, meninggalkan anak-anak di rumah, yang setia menunggu si ibu untuk kembali bersama adik baru.
Saat menerima berita ini, kami semua cikgu terkesima. Terpampang di mata masing-masing wajah kesemua anak-anak arwah yang sedang kami mengajar, yang sulung Tahun 4, Tahun 1 dan Prasekolah. Sugul.
Anak Ini Tetap Menyiapkan Tugasan Dengan Bantuan Pakcik
PdPR diteruskan, tugasan masih diberikan seperti biasa. Pada kami, tidak lagi kami harapkan anak-anak ini untuk menghantar tugasan secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, hanya selepas beberapa hari perginya ibu, tiba-tiba saya menerima mesej daripada nombor arwah,
Ads
“Salam cikgu, saya … pakcik kepada (si anak). InsyaAllah, buat masa ini saya yang akan uruskan PdPR anak-anak arwah. Maaf atas kelewatan sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan termasuklah anak yang baru lahir.”
Allahu, air mata saya bergenang. Hati jadi bertambah sayu. Saat emosi si anak mungkin masih cuba menghadam kehilangan ibu, takkan sesekali dibiarkan larut dengan tidak menyiapkan amanah guru.
Semua tugasan disiapkan dengan baik dan si pakcik tetap menghantar segala tugasan seperti mana yang dilakukan si ibu dahulu.
Ads
Ketika itu, terasa mahu terbang merentas negeri, memeluk ibu sendiri.
PdPR ini, setiap kita ada bahagian ujian kita. Akan tetapi, moga kita tidak lupa dengan mereka yang ujiannya mungkin melebihi kadar kudrat kita. Reach out to them, let them know that we care and they are loved.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
Moga si ibu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan saya mohon juga kita doakan moga si ayah dan anak-anak arwah terus kuat dan InsyaAllah, mereka bertemu semula di syurgaNya. Al Fatihah.
Banyak sebenarnya khasiat susu badam ini tambah buat mak-mak hamil dan anak yang sekolah. Tak payah beli sebab anda boleh mencuba sendiri buat susu badam dirumah ikut resepi Puan Farhan ini. Jimat dan lebih sihat.
Sebenarnya khasiat susu ini sesuai untuk ibu mengandung, menyusu dan kanak kanak 6 bulan ke atas.
Rasa susu badam ini lebih sedap kalau campur kurma banyak banyak. Manis manis lemak gitu.
Bahan bahan:
1. Badam ( saya guna tak sampai 1/2kg pun. Agak agak lah ya banyak mana.
2. Kurma (saya beli yg dah lembik jadi tak rendam. Buang kulit dan terus blend. Nak manis blend kurma banyak dalam 10 biji ke. Ini suka hati.
Cara Nak Buat Susu Badam
1. Rendam badam semalaman (8 jam).
NOTA:
Kenapa Badam Perlu Direndam
Kerana kulit coklat badam mengandungi tanin yang menghalang penyerapan nutrien. Sebaik sahaja anda merendam badam, kulit akan mudah tertanggal dan membolehkan kacang memberi semua nutrien dengan mudah.
2. Selepas 8 jam boleh buang air dan tos. Kemudian buang kulit badam.
3. Then, blend bahan bahan menggunakan air masak.
4. Selepas blend tapis( Repeat 3-4x).
5. Simpan dalam peti ais. Kalau nak tahan lama simpan dalam freezer.
Susu badam sangat bagus tau.
Ini alternatif buat anak anak yang ada allergic kepada susu lembu. In case mama tak cukup supply susu ibu boleh lah topup susu badam.
Kos beli badam dalam belas-belas ringgit ja. Kurma tu bawah rm10.
Jimat dan sedap.
Antara khasiat badam adalah dapat:
1) Menguatkan memori.
2) Melancarkan peredaran darah.
3) Mempunyai folate yang tinggi, jadi baik untuk ibu mengandung tau. Membantu menghalang kecacatan.
4) Mencantikkan kulit.
5) Kalsium tinggi sama macam susu biasa.
Badam Bagus Untuk Otak
Kaum ibu di India sangat menggalakkan dan mengamalkan pemakanan Badam pada anak-anak mereka terutama yang masih belajar.
Orang dewasa yang semakin meningkat sangat baik mengambil badam untuk mengurangkan risiko keradangan yang boleh menyebabkan gangguan otak termasuk demensia dan penyakit Alzheimer.
Khasiat Untuk Anak
Untuk anak-anak pula ia sangat baik utk otak dan minda. Cergas dan cepat menghafal. Kalau malas nak buat susu badam, boleh amalkan cara ini saja. Tapi tidak semua anak-anak suka makan badam mentah yang kembang.
Rendam 3 biji badam mentah setiap malam biarkan kembang sampai esok pagi. Bila dah kembang bagi anak-anak makan badam tu. Apa rasanya?
Mestilah tak sedap tapi sangat BAGUS untuk otak. Jadi kalau anak-anak tak suka makan macam tu, lebih baik buatkan dia susu badam.
Minum secawan kecil sebelum tidur dah bagus. Boleh minum sejuk atau panas. Sebaiknya panaskan sedikit dan tambahkan serbuk coklat seperti milo atau apa-apa juga flavour coklat. Memang sedap.
Jadi apa lagi, jom la cuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Syahirah Omar berkongsi pengalaman selepas menyaksikan filem Mat Kilau di pawagam. Terlalu asyik menonton sehinggakan beliau terlupa untuk menikmati makanan dan minuman dalam panggung wayang.
Bukan saja dia terlupa makan dan minum, malah ada penonton sampai terpelanting popcorn yang ada di tangannya. Sebegitu asyik menjiwai jalan cerita yang ada dalam filem epik sejarah ini.
Ternyata filem arahan Syamsul Yusof ini dari sehari ke sehari mendapat ulasan yang positif daripada orang ramai yang sudah menontonnya.
Lebih mengagumkan setakat tiga hari ditayangkan, movie Mat Kilau ini sudah mencecah kutipan RM7 juta. Masakan tidak, Syahirah sendiri sanggup ulang ke panggung. Saksikan filem Mat Kilau untuk kali kedua.
Haa.. nak tahu apa yang istimewa, cuba hadamkan serba sedikit ulasan filem yang dikongaikan ini.
Meremang Bulu Roma Sejak Awal Sampai Akhir
Personal rating untuk movie Mat kilau, 10/10
MasyaAllah fuhhh memang padu!
Saya sampai terlupa makan dan minum!
Bawa balik gitu jelah apa saya beli tadi.
Memang semua pelakon membawa watak dengan sangat baik sekali.
Mat kilau, Awang, Wahid, Yassin, Toga dan ramai lagi memang bukan biasa-biasa lakonan mereka. Butir bicara, bersilat, berlawan dengan musuh semua memang padu. Movie ni memang level International.
Meremang bulu roma sejak awal sampai akhir. Rasa sungguh tepat ke hati semangat kebangkitan pahlawan melayu memperjuangkan tanah melayu.
Fattah Amin yang saya sangka hanya seorang yang cool pandai mengasuh Fatimah memang mengingatkan saya pada watak Legolas si putera bunian The Lord of the Rings. Memang bergaya betul beliau dengan busur panah. Pada mulanya sebelum menonton memang saya tak berapa berkenan kenapa rambut panjang. Tapi memang sesuai watak dia rambut panjang. Kalau rambut pendek tak berapa kena pula.
Beto, setiap butir bicara Beto memang bukan biasa-biasa. Saya memang menangis teruk banyak kali sepanjang menonton movie ni. Rasa hirisan, tusukan tu sampai ke hati. Rasa sakit dan geram sangat.
Dan Dato Adi Putra, watak Mat Kilau memang selayaknya untuk beliau. Memang ada aura tersendiri dan Dato Adi membuktikan beliau mampu bawa watak pahlawan melayu dengan baik sekali.
Orang sebelah saya memang semangat betul. Saya tak kenal kakak tu, tapi sampai habis terpelanting popcorn dia tau.
“Ha mampos punn kau! Liat sangat nyawa kannnn ha mampus kau!”
Dahsyat. Saya pun membebel bebel juga sebab terlalu geram.
Terlalu banyak pengajaran dari movie ni. Saya memang sarankan kalian tonton, cuma kalau dengan anak kecil, saya rasa kurang sesuai. Melainkan kalau mereka jenis dah boleh faham jika kita terangkan.
Worth it.
Minuman kurma susu ini salah satu menu glamour waktu sahur yang memang sesuai untuk ibu hamil dan anak-anak yang baru nak belajar berpuasa. Dengan izin Allah, anak boleh puasa penuh. Tak perlu ‘bersilat’ di dapur awal pagi, haaa… ibu boleh cuba petua tahan lapar yang Puan Nana Ruzanna kongsikan ini…
Ramai yang tanya macam mana saya boleh bertahan puasa sampai 19 jam lamanya. Dah la pregnant pulak tu. Buat anda semua, kat sini saya nak share apa yang saya amalkan sepanjang saya puasa. Saya start amalkan puasa hari ketiga sebab baru tahu tip ni. Memang ada beza sangat dengan puasa yang terdahulu.
Alhamdulillah walaupun bersahur tak makan nasi, (memang tak lalu makan berat disebabkan jarak antara berbuka dan imsak hanya 5 jam sahaja) InsyaAllah perut rasa kenyang je sepanjang hari. Badan tak letih sangat. Bila berbuka pun tak gelojoh makan macam-macam.
Cuma Perlukan 3 Bahan ini:
Kurma 5 biji
Air masak setengah cawan
Susu segar satu cawan
Kurma tak kisah nak letak banyak mana tapi digalakkan dalam bilangan ganjil untuk ikut sunnah nabi.
Cara nak buat:
1. Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan.
2. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7pm dan minum masa sahur dalam pukul 2.20am. Buat yang di Malaysia, sebelum tidur itu boleh rendam dah untuk minum ketika sahur esoknya. Kalau rendam sekejap pun takpe asalkan kurma tu kembang.
4. Bila kurma dah kembang, boleh blend dengan secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum.
5. Jangan lupa selawat ke atas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita. In Shaa Allah perut kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Untuk anak-anak yang baru belajar nak puasa pun boleh amalkan. Selamat mencuba.
NOTA: Saya nak tambah lagi khasiat amalan ni, susu kurma juga boleh jadi milk booster untuk mommies yang sedang menyusukan anak. For those yg non muslim pun boleh try ok!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...