Datuk Seri Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan keputusan tersebut dalam kes melibatkan pinjaman tertunggak yang difailkan terhadapnya.
Usahawan kosmetik terkenal itu sekali lagi menjadi perhatian apabila mahkamah memutuskan bahawa permohonan yang dikemukakan tidak mempunyai asas kukuh untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang telah diputuskan sebelum ini.
Keputusan itu bermakna penghakiman yang memihak kepada pihak plaintif kekal berkuat kuasa selepas mahkamah meneliti hujah daripada kedua-dua pihak dalam prosiding berkenaan.
Datuk Seri Vida Gagal Ketepikan Penghakiman Ingkar Di Mahkamah Tinggi
Kes tersebut berkaitan tuntutan bayaran tertunggak melibatkan urusan perniagaan yang difailkan terhadap Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman.
Dalam prosiding mahkamah, pihak Vida memohon supaya penghakiman ingkar diketepikan bagi memberi ruang kepada kes tersebut dibicarakan semula.
Namun begitu, mahkamah memutuskan bahawa alasan yang dikemukakan tidak mencukupi untuk membatalkan keputusan terdahulu.
Dengan keputusan tersebut, Datuk Seri Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar dan penghakiman yang memihak kepada plaintif terus dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi.
Isu Pinjaman Tertunggak Lebih RM15.5 juta
Ads
Sebelum ini, usahawan sensasi berkenaan dilaporkan berdepan tuntutan hutang lebih RM15.5 juta berkaitan kerja pengubahsuaian sebuah bangunan kilang.
Bangunan tersebut difahamkan dijadikan studio di Shah Alam sekitar tahun 2018 bagi tujuan operasi perniagaan.
Susulan kegagalan melunaskan bayaran yang dituntut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengeluarkan perintah penghakiman yang mengarahkan hutang berkenaan diselesaikan.
Kes itu terus mendapat perhatian apabila Datuk Seri Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar melalui permohonan yang difailkan oleh pihaknya di mahkamah.
Aset Pernah Disita Dalam Proses Tuntutan
Dalam perkembangan berkaitan sebelum ini, beberapa barangan milik usahawan tersebut telah disita sebagai sebahagian daripada proses penguatkuasaan tuntutan hutang.
Antara barangan yang dilaporkan terlibat termasuk kenderaan mewah serta beberapa barangan rumah.
Ads
Penyitaan dilakukan selepas mahkamah mendapati bayaran yang diperintahkan tidak dilangsaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Langkah penguatkuasaan seperti penyitaan dan penjualan barangan biasanya dilaksanakan bagi mendapatkan semula jumlah tuntutan yang diputuskan oleh mahkamah.
Keputusan Mahkamah Kekal Berkuat Kuasa
Dengan keputusan terkini, Datuk Seri Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar dan penghakiman terdahulu terus kekal berkuat kuasa.
Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas mempertimbangkan hujah serta dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak sepanjang prosiding berlangsung.
Vida Harap Ruang Selesaikan Isu
Sebelum ini, Vida pernah memaklumkan bahawa beliau mengambil serius isu tersebut dan telah melantik peguam bagi membantu menguruskan kes berkenaan melalui saluran undang-undang.
Ads
Menurutnya, segala perkara berkaitan akan diselesaikan secara profesional mengikut proses perundangan yang ditetapkan.
Dalam masa sama, beliau turut berharap agar diberikan ruang untuk menangani isu tersebut tanpa spekulasi berlebihan daripada pelbagai pihak.
Walaupun Datuk Seri Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar, perkembangan lanjut kes ini masih menjadi perhatian ramai memandangkan ia melibatkan tokoh usahawan terkenal negara.
Cerita pasal duit raya anak, macam mana anda sebagai ibu ayah uruskannya? Masukkan satu bank atau pecahkan pada banyak tempat untuk ‘beranakkan’ duit itu lagi?
Haaa… sebelum buat perkara yang tidak sepatutnya, jemput baca perkonsgian saudari Nusraq Aishah ini. Barulah berbaloi simpan duit raya anak-anak!
Cuba buat benda ini tahun baharu:
Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung Haji, atau akaun kanak-kanak mana-mana bank ada. Hong Leong bank pun allow untuk buka bank atas nama anak. Senang bukan dari sub akaun kita. Ajar anak yang duit itu milik dia — tapi dia kena simpan, bukan habiskan. Bila dah besar, dia akan faham nilai wang. Anak anak dah ada tabung haji? Cukup RM1300 dah boleh daftar haji.
Kalau anak setahun dapat kumpul RM300 – usia 5tahun sepatutnya sudah boleh daftar haji. Tak ada lah giliran dia lambat sangat nanti.
Contoh anak dapat RM200 duit raya — bagi dia RM30–50 untuk belanja sendiri. Baki masuk simpanan. Ini ajar dia konsep “bukan semua duit untuk dihabiskan.” Tak salah berbelanja tapi bukan semua. Kita ada need dan want yang boleh dipenuhi.
Bila sudah ada akaun, tunjuk anak statement tiap-tiap bulan. Tunjuk interest, tunjuk duit makin bertambah. Ini cara paling mudah nak ajar financial literacy dari kecil.
Kalau anak sudah besar sikit — pertimbangkan Amanah Saham – ASB atau ASN untuk anak adalah pelaburan jangka panjang yang baik. Dividen tahunan, risiko rendah. Duit raya RM200 sekarang, dalam 15 tahun jadi berapa? Ajar anak fikir jauh ke depan.
Ada kebihan? SSPN juga option yang bagus. Ini sekaligus dapat potongan cukai ibu bapa.
Kalau anda sudah ada simpanan lebih RM1,200 ke atas, jangan biarkan duit itu duduk diam sahaja.
Ada satu cara yang ramai parents tidak tahu atau tertangguh nak buat Education Takaful untuk anak.
Bukan sekadar simpan. Tapi terjamin walaupun berlaku sesuatu kepada kita sebagai pembayar, plan itu akan diteruskan. Anak tetap ada dana pendidikan. Itulah kuasa waiver pembayar.
Sebab hakikatnya, kita boleh plan sehebat mana pun tapi kita tak boleh jamin apa yang akan jadi pada diri kita esok lusa. Yang boleh kita buat, pastikan anak-anak kita terlindung walau apa pun yang berlaku.
Pendidikan anak tak patut bergantung kepada nasib. Jadikan kepastian. Kita plan siap siap. Okay, selepas ini anda tahu macam mana nak ‘membiakkan’ duit raya anak, bukan?
Selamat menyimpan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tolong jangan pandang remeh kulat dinding yang tumbuh, baru-baru ini ada anak 10 Tahun sampai kena tebuk paru-parunya. Ini nak salahkan siapa?
Jika nampak kulat dinding di rumah, anda kena ambil peduli. Ini bukan sekadar mencacatkan pemandangan mata tetapi memberi kesan buruk kepada kesihatan penghuni rumah.
Ramai menganggap masalah ini kecil dan boleh diselesaikan dengan cara mengecat, menggunakan dehumidifier (alat penyahlembap), menyembur cecair pembasmi kuman dan membersihkan dengan cuka.
Tapi hakikatnya, tidak semudah itu untuk menyingkirkan kulat.
Kulat boleh muncul semula jika masalah utama seperti kelembapan, kebocoran atau pengudaraan yang tidak baik tidak diselesaikan terlebih dahulu.
Bayangkan, spora daripada kulat yang yang tidak kelihatan dek mata kasar berterbangan di udara dan disedut setiap hari oleh penghuni kediaman.
Maka tidak hairanlah jika munculnya simptom-simptom seperti batuk berpanjangan, resdung, mata dan hidung kerap gatal serta berair, eczema, asma dan sebagainya yang melibatkan sistem pernafasan.
Paling dibimbangkan, simptom yang dilihat remeh ini sebenarnya boleh menjadi pencetus kepada masalah kesihatan lebih serius untuk jangka masa panjang.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pelayar, @aryna.ariff berkongsi kisah anak kepada rakannya yang terpaksa menjalani pembedahan menebuk paru-paru, dipercayai berpunca daripada masalah kulat di rumah.
“Saya baru je balik melawat anak kawan yang baru lepas buat operation sebab kulat dekat dinding ni.
“Anaknya umur 10 tahun, kena tebuk paru-paru. Sekarang dipantau dekat hospital. Paru-paru dia dah lemah… dah dua kali operation.
“Check lah keadaan rumah masing-masing sebelum memudaratkan kesihatan,” tulisnya.
Jadi anda kena sedar betapa penting setiap penghuni rumah mengambil langkah pencegahan sebelum masalah kulat menjadi lebih serius sehingga membahayakan kesihatan.
Berikut merupakan tip pencegahan yang betul sebagaimana saranan sebuah syarikat pakar kebersihan dan rawatan kulat (mould) bangunan:
1. Pastikan ventilasi bilik cukup
2. Jangan tutup tingkap dan menghidupkan pendingin hawa setiap masa
3. Periksa belakang perabot setiap bulan
4. Jangan abaikan jika sudah mengesan bau hapak dalam bilik
Sekiranya pertumbuhan kulat sudah merebak atau berulang walaupun selepas dibersihkan, sebaik-baiknya dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang lebih menyeluruh.
Tidak salah membeli dan meletakkan dehumidifier di dalam bilik, namun ini hanya sesuai sekiranya masalah kulat sudah dibasmi. Jadi, jomlah hapuskan masalah kulat secepat mungkin sebelum memudaratkan kesihatan keluarga tersayang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!