Ibu risau anak 14 tahun ikut pengkid, selinap keluar jam 2 pagi. Rayu hubungi polis jika terjumpa. Seorang anak yang tidak matang dalam usianya akan sentiasa memberontak dan takkan pernah memahami kenapa ibu bapa bertindak mengawal pergerakan mereka.
Walau tindakan itu dilihat satu dari bentuk kasih sayang ibu bapa yang sayangkan masa depan anak-anaknya tapi kebanyakan remaja beranggapan, itulah kongkongan dalam hidup mereka. Dan mereka memilih untuk hidup bebas tanpa sedar akibat dan kesannya.
Di fb Nazreen Nazreen, seorang ibu meminta pertolongan dari rakyat Malaysia agar menghubungi polis segera jika terserempak dengan anak remajanya, Nazreen Annisa Eryna, 14 tahun yang sudah menghilang sejak dua minggu lalu mengikut kawan pengkidnya.
Katanya hubungi segera polis jika terserempak kerana dirinya cukup risau sejak anaknya keluar dari rumah 10 Disember lalu secara curi-curi dan sekolah juga bakal dibuka minggu depan.
Ini perkongsiannya :-
Mohon admin group, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang terbaca atau ternampak posting ini sebarkan kepada semua rakyat Malaysia.
Assalamualaikum WBT kepada penduduk Kuala Lumpur, Balakong, Serdang, Seri Kembangan, Klang, Shah Alam, I-City Shah Alam, Ampang, Bukit Bintang, Selangor, Kedah dan Perak.
Saya mohon jika ternampak atau terjumpa anak perempuan saya yang bernama Nazreen Annisa Eryna (14 Tahun/2022) ( 081113-10-09++) berkemungkinan berpakaian kegemarannya iaitu hoodie kelabu, berseluar jeans panjang serta koyak di bahagian lutut dan topi putih berada di kawasan yang say
a sebut di atas sila call 999 minta peronda atau terus hantar ke balai polis berdekatan.
Anak perempuan saya didapati keluar rumah senyap-senyap tanpa pengetahuan dan izin dari keluarga lebih kurang pada pukul 2 pagi pada tarikh 10 Disember 2022 di Taman Seri Timah Balakong, Seri kembangan Selangor Darul Ehsan.
Pada malam kejadian, didapati 1 perempuan pengkid yang bernama Norhaliza Binti Masaih (Omey) (21 Tahun/2022) (010920-10-11++) menaiki motosikal honda EX5 cover set biru, kepuk kelabu dan rim 3 batang putih nombor plate BEU 6084 mengambil anak perempuan saya di rumah saya melalui pintu dapur.
Laporan polis telah dibuat selepas 24 jam di IPD Kajang dan di dalam siasatan. Segala info dari orang awam, mak ayah pengkid serta kawan-kawan pengkid telah saya laporkan kepada IO yang menerima kes di IPD Kajang.
Di bawah, saya kepilkan beberapa gambar anak perempuan saya serta gambar yang boleh membantu kita. Saya mohon kerjasama dari penduduk-penduduk di kawasan yang saya sebutkan di atas kalau ternampak atau terjumpa anak perempuan saya tolong call 999 minta peronda atau terus hantar ke balai polis berdekatan dan hubungi saya 01163568787 (Emak Kandung).
Untuk pengetahuan anda Nazreen Annisa Eryna sangat agresif serta tiada emak dan ayah selain saya dan suami. Hanya saya Dan suami sahaja.
Semoga Allah SWT saja dpat membalas jasa anda.
Kes ini masih di dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai orang hilang.
sebelum kejadian, anak sulung perempuan daripada 2 beradik itu tidak merajuk atau bergaduh dengan mana-mana ahli keluarga.
Anak perempuan saya berketinggian 161 cm dengan anggaran berat 60 kg.
Nama panggilan anak perempuan saya ialah:-
Ads
Ads
Ads
Todak
Naz
Black
Nazblack
Annisa
Nisa
Ini salah satu cara ikhtiar saya dan suami. Tujuan saya dan suami supaya anak saya dijumpai kerana lebih lama anak perempuan saya berada di luar sana bersama pengkid OKU macam-macam perkara negetif yang berkemungkinan akan berlaku.
Kepada yang subahat menyembunyikan anak perempuan saya tindakan undang-undang akan diambil.
Ibu kongsi 3 beradik sangat rapat, anak mengadu sakit dada & menyebut soal mati sebelum tragedi.
Tragedi yang menimpa tiga beradik terkena renjatan banjir di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat di sini mengejutkan ramai pihak.
Salam takziah yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan kejadian menyedihkan ini. Dalam pada itu, tiga beradik ini meninggal selepas cuba ingin ke tali air di kawasan kampung mereka untuk melihat banjir sebelum memegang tiang di hadapan rumah jiran sebelum terkena renjatan tersebut.
Memeti laporan Harian Metro, dalam kejadian jam 11.45 pagi tadi, mangsa, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, maut di lokasi kejadian.
Menurut jirannya, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, dia melihat tiga beradik itu berjalan melintasi rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka ingin pergi sebelum dijawab Nor Syazwani yang mereka ingin melihat tali air di hadapan rumah.
“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.
“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Che Zahiyah berkata, penduduk kampung segera menghubungi bomba dan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata, ketiga-tiga anak perempuannya itu masih belum berumahtangga dan sangat rapat.
Katanya, pagi tadi, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang mana kedua-duanya adalah guru tadika agama di dua premis berasingan sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.
“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa saja.
“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik,” katanya.
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.
Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Veteran Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai! Walau apa pun perselisihan faham yang berlaku di antara ibu dan anak mahupun di dalam keluarga, sewajarnya diselesaikan dengan cara baik. Namun tergamak sungguh demi harta, mak kandung sendiri sanggup dibunuh, malah mayatnya pula dicampak ke sungai!
Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta. Selepas membunuh ibunya, mayat Veena dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.
Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.
Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.
Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.
Veena pernah terbabit dalam drama ‘Bhabhi’ yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.
Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’.
Mingguan Wanita: Tergamaknya hati kerana harta sanggup bergaduh dan bunuh ibu sendiri. Malah mayat ibu pula dicampak ke sungai.Semoga pelaku ini mendapat pembalasan yang setimpal.
Tanah hak orang. Bila hidup berjiran, jangan fikir boleh ubahsuai rumah sesuka hati.Ada haknya dan bukan dengan sejengkal tanah di hadapn rumah itu milik kita.
Selalunya, ramai yang merasakan tanah yang ada di hadapan, hujung rumah atau belakang rumah kita milik kita sepenuhnya. Ini tidak ada yang sanggup buat ubahsuai rumah sampai ambil tanak hak orang lain.
Begitulah kalau hidup berjiran, ada hadnya dan jangan fikir tanah sekaki depan rumah pun milik kita. Jangan ambil tanah hak orang.
Nasihat yang boleh dijadikan panduan buat semua tentang jangan berlebihan tambah dan ubahsuai rumah seperti yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad.
1. Ada satu budaya kita tambah rumah sampai ambil tanah orang.
2. Walau tanah itu bukan milik orang, milik PBT untuk longkang dan jalan. Ia tetap satu kesalahan.
3. Di perumahan awam dan kos rendah hal ini sering berlaku. Lebih mengusarkan yang lakukan ini kebanyakkan yang beragama tauhid.
4. Di lorong perumahan ini, saya jalan pagi tadi ada 3 rumah yang tak buat penambahan. Istimewanya mereka bukan beragama tauhid tetapi agama budaya.
5. Jangan buat benda yang agama tidak redha, walaupun ramai orang buat di sekeliling kita. Apakah kita mahu kekal berjiran dineraka juga?
6. Bila kita tambah kediaman sampai tutup longkang, kerja selengara tidak boleh dilakukan. Bila banjir, kita mula salahkan PBT.
7. Bila PBT mula merobohkan kediaman, kita cakap PBT tidak manusiawi. Hakikatnya kita tidak mengamal agama samawi ini.
Kawan kawan,
Miskin macam mana hidup kita bukan alasan ambil hak orang lain.
Ada duit lebih bukan renovasi rumah. Tetapi belilah rumah yang kualiti kehidupan lebih baik.
Persekitaran yang baik bantu kehidupan kita dan anak anak lebih baik.
Kembalilah hidup beragama.
Mingguan Wanita : Kalau ada rezeki beli tanah dan buatlah rumah sendiri. Jalani hidp tenang dan tak perlu nak sakit hati, kalau ada jiran yang berperangai pentingkan diri sendiri.