Pemetik Gas Rosak Punca Dapur Musnah Dalam Kebakaran, Keluarga Ini Rayu Bantuan

Ibu dua orang anak ini sama sekali tak menyangka, ruang bilik meliputi ke bahagian dapur kediamannya dijilat api dalam sekelip mata.

Puncanya dari pemetik gas yang sudah rosak. Seperti yang dimaklumkan oleh adiknya, Noor Suhaiza Rashid kepada Mingguan Wanita, “pada pagi hari kejadian 27 Disember 2018, masa itu cuti sekolah.”

Pagi itu, kakak sesudah memasak lalu mandi. Selang beberapa minit, anaknya berlari ke ruang tamu. Beritahu bilik dah terbakar.”

 

 

Diam Diam Anak Main Pemetik Api Rosak

Alangkah terkejut ibu tadi, bergegas dia berlari ke bilik. Dia lihat, keseluruhan tilam telah terbakar. Rupanya dalam diam, anak keduanya yang berumur 5 tahun menggunakan pemetik gas yang rosak di dalam bilik.”

Tilam yang terbakar itu disebabkan percikan api tadi. Kakak cuba memadamkan api dalam bilik. Tapi api terus marak sehingga ke bahagian dapur.” tulisnya dan memaklumkan kakaknya segera menghubungi pihak bomba.

IKLAN

Rentetan daripada kebakaran itu telah memusnahkan bilik dan sebahagian daripada bahagian dapur. Rumah itu juga terputus bekalan elektrik akibat pencairan pemanasan melampau pada alat elektrik.

Kipas, plug semua tak berfungsi. Sementara ini, kakak dan keluarga berlindung di bahagian depan rumah yang tak terbakar.”

Malam pertama dan kedua, jiran pinjamkan bekalan elektrik sambung dari rumahnya. Sekarang ini mereka guna bekalan elektrik dengan pemasangan elektrik sementara untuk bahagian depan rumah.”

Bimbangnya, waktu hujan nanti air masuk rumah dan terkena punca elektrik sementara yang dibuat. Kami juga bimbangkan syiling roboh.”

IKLAN

 

Pemetik Gas Rosak Punca Dapur Musnah Dalam Kebakaran, Keluarga Ini Rayu Bantuan

Mohon Bantu Kakak Kumpul Dana Baiki Dapur

Musibah yang menimpa kakak, membuatkan adik ini bersimpati dan merayu agar ada orang ramai yang sudi membantu meringankan beban kakaknya membaiki dapur yang musnah.

IKLAN

Sekarang ini kami sedang berusaha mengumpul dana pembaikan rumah. Kakak ada juga terima bantuan, dalam bentuk makanan dan barangan.”

Cuma untuk pembaikan dapur masih tak mencukupi. Kata pegawai forensik bomba yang membuat penilaian, anggaran kerugian kebakaran itu dalam RM30,000.” Ujar Suhaiza yang memaklumkan abang iparnya bekerja sebagai pemandu van dengan gaji sekitar RM1100 sahaja, manakala kakaknya seorang suri rumah.

Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.” akhirinya.

Anda yang mahu membantu boleh salurkan sumbangan ke :

Noor Suhana Bte Abd Rashid
No. Tel : 0162245381
No akaun : 154044711027 Maybank
Alamat rumah : Lot 3267/2 Batu 17 1/2 Kg Paya Datok, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Antara Kerosakan Yang Dialami

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI