Cerita yang kaum mak-mak paling takut nak dengar, bayi 7 bulan meninggal akibat pendarahan dalam kepala ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur.

Memang luluh hati mak-mak, hantar anak dalam keadaan sihat tetapi tiba-tiba dapat panggilan daripada pengasuh yang mengatakan bayinya sesak nafas. Itulah ujian besar yang dilalui seorang ibu, Puan Nur Alwani Ariffin dan suaminya Mohamad Firdaus Abd Razak semalam.

Dan ini cerita dari belah adik ipar kepada ibu arwah Muhammad Aisy Fawwaz, Puan Shafiqah Abd Razak di media sosial miliknya yang viral semalam.

Bayi 7 Bulan Meninggal

Allah… macam tak percaya semua ni berlaku dengan pantas. Takziah buat abang ku Mohamad Firdaus dan kakak ipar atas pemergian anak bongsu dari tiga beradik, Muhammad Aisy Fawwaz tengah hari tadi (usia nak dekat 8 bulan).

Tengah hari tadi 08-01-2019 dalam jam 12 lebih pengasuh (dari kg setia jaya) call umi fawwaz beritahu baby dah tak boleh bernafas. Umi fawwaz mengajar di SK Tmn Melati, dekat sangat dengan rumah pengasuh.

Abg ika sampai rumah pengasuh, baby dah betul-betul lemah, terkulai masa dukung. Darah dah penuh kat hidung dah block habis pernafasan fawwaz. Bawah mata lebam. Allahu..

Abg ika terus ke klinik paling dekat, Klinik Hamidah, Taman Melati dgn abg no.4, Hasbullah dan wife kak fazila sebab nak ke HKL masa tu memang tak sempat. Doktor cuba selamatkan Fawwaz, tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak. Doktor cakap nadi Fawwaz dah tak ada.

Terus bawak ke emergency HKL, zon merah, doktor pun sahkan Fawwaz dah tak ada.
Doktor scan xray semua, banyak pendarahan di kerongkong fawwaz penuh di saluran pernafasan, bukan tersedak susu.

IKLAN

Doktor belum dapat cari lagi punca sebab apa, minta abg ika buat laporan polis bagi keterangan. Dan malam ni polis forensik ke rumah pengasuh untuk buat siasatan.
Esok pagi dalam 830pagi 09-01-2019 baru buat post mortem untuk mencari jawapan paling tepat.

Doakan semoga kita dapat tahu punca sebenar.

Allahu..taip ni pun sambil nangis. Tak sangka semua ni terjadi, tapi kita kena redha. Fawwaz sekarang sedang bermain di taman syurga. Rehatlah kamu sayang, kamu insan terpilih. Mummy iqa sayang kamu sangat-sangat. Semoga abang dan kak wani tabah dengan dugaan ini.

Rasa sebak, bila kakak ipar cakap, “ika, ambiklah susu Fawwaz ni bagi uwais, dah tak ada siapa boleh minum”.

Lagi sebak rasa sebab pagi tadi sebelum ke rumah pengasuh, Fawwaz dapat rasa kali terakhir air susu badan Umi nya… masih menyusu badan.

IKLAN

Dan malam tadi juga umi nya cakap dia teman umi nya berjaga siapkan kerja sekolah.

Gambar pakai kopiah ni, gambar terakhir abi nya snap pagi tadi sebelum umi nya bawa ke rumah pengasuh, masa hantar baby sihat wal’afiat.

InsyaAllah, bila dah selesai post mortem semua, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota dalam waktu selepas zuhur.

Buat masa ini tiada sebarang tangkapan dan siasatan berhubung punca sebenar kejadian ini sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001

IKLAN

UPDATE TERKINI

Alhamdulillah… selesai sudah pengebumian anak buahku tercinta Muhammad Aisy Fawwaz sebelum Asar tadi.. (usia dekat 8 bulan)

Hasil post mortem doktor cakap kecederaan parah di kepala… kesan hentakan dengan objek tumpul.

VIDEO SOLAT JENAZAH: KLIK SINI

VIDEO KEBUMIKAN ARWAH BAYI: KLIK SINI

Biar polis buat siasatan keatas pengasuh, semoga anak buahku dapat pengadilan diatas kematiannya. Allah..

Damailah dikau disana wahai anak, sebak masa mandikan jenazah tadi.. Cium wajah bersihnya buat kali terakhir.

Solat jenazah diimamkan oleh abi fawwaz sendiri, alhamdulillah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI