Penyanyi Datin Alyah baru-baru ini yang ditemui menafikan single baharunya yang berjudul Meluruh mempunyai kaitan dengan kisah rumah tangganya.
Malah kata Alyah dia sendiri rimas apabila orang di luar sana sering membuat andaian sendiri.
Dek kerana hanya kerana lagu-lagu nyanyiannya yang sering menampilkan kisah cinta luluh dan tidak kesampaian.
Jelasnya, dia tidak dapat mengawal emosi sehingga menitiskan air mata ketika membuat persembahan pada majlis tersebut.
Ini kerana mengenangkan perjalanan seninya yang penuh dugaan dan bukan sebaliknya.
sumber foto: ig Alyah
“Cerita yang dipaparkan dalam single Meluruh langsung tiada kaitan dengan kisah rumah tangga saya.
Namun ia adalah gambaran perjalanan saya selama 19 tahun dalam industri seni yang penuh onak dan ranjau.
“Biarpun saya sudah lama berada dalam industri, ada perkara yang saya boleh kendalikan dan ada yang tidak.
“Apatah lagi dalam keadaan media sosial begitu berpengaruh dalam kehidupan kita hari ini.
“Sehingga semua orang terdedah dengan pelbagai kecaman yang boleh membawa impak negatif dalam kehidupan seharian.
“Apa pun, saya tidak mempunyai pilihan lain kerana saya cintakan muzik dan inilah dunia saya.
“Mahu tidak mahu, saya tetap kena duduk untuk berdepan dengan semua ini,” kata Alyah membuka bicara.
sumber foto: ig Alyah
Tonton Ceramah Agama Kurangkan Tekanan
Sebagai seorang selebriti Alyah tidak boleh lari dari mendapat kritikan nertizen.
Namun penyanyi ini mempunyai cara tersendiri dalam mengatasi tekanan tersebut.
“Apabila saya rasa tertekan saya akan bangun dan kemudian buka Channel Youtube dengan mendengar ceramah agama.
Ads
“Cara ini alhamdulillah dapat mengatasi tekanan perasaan yang saya hadapi.
“Biasanya saya akan mendengar ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Khalid Basalamah atau ceramah-ceramah yang santai dan lawak.
“Bila dengar ceramah mereka membuatkan hati saya tenang dan semakin kuat dari segi dalaman.
“Ilmu yang baik ini juga kadangkala saya kongsikan dengan peminat di laman sosial. Satu ayat yang saya pegang dan tak akan lupa dimana “Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar masalah kita.”
“Jika sebelum ini saya lepaskan di Instagram sekarang ini saya hanya dekat dengan Allah.
“Dan akan mengadu kepada Yang Maha Esa,” luah Alyah sebak.
Sewaktu majlis tersebut air mata Alyah kerap kali mengalir, ditanya mengapa dia terlalu sebak.
Alyah menjelaskan dia tersentuh kerana terbayangkan kesukaran dan kepayahan yang dilalui sepanjang bergelar penyanyi.
“Banyak kisah suka dan duka yang saya lalui sepanjang bergelar anak seni. Apatah lagi pelbagai ujian dilalui, jatuh dan terus jatuh.
Ads
“Tapi saya bukannya seorang yang mudah putus asa.
“Bezanya sekarang ini cabaran lebih besar dimana saya terpaksa berhadapan dengan kata-kata netizen.
“Dan orang sekeliling yang mahu lihat saya terus jatuh,” luah Alyah sambil menyapu air matanya.
Bakal Rai Ulang Tahun Ke-20 Dalam Bidang Seni
Penyanyi ini terus membuktikan kecemerlangannya dalam membawakan lagu-lagu berentak balada.
Apabila sekali lagi tampil dengan genre balada menerusi single terbaharunya, Meluruh.
Bukan sahaja mengetengahkan melodi yang indah, tetapi lagu ciptaan Helen Yap serta lirik oleh Slen.
Ini turut tampil dengan sebuah muzik video yang cukup meruntun hati.
Hasil sentuhan Ghaz Abu Bakar, bersesuaian dengan penceritaan yang dibawakan dalam lagu tersebut.
Ads
Mengakui bukan mudah menghasilkan single itu.
Alyah juga bakal meraikan ulang tahun tahun ke-20 dalam industri muzik pada tahun depan.
Alyah mengharapkan agar peminat menerima baik buah tangan terbaharunya itu.
“Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya seni saya, pasti tahu setiap tahun saya akan tampil dengan single baharu untuk peminat. Cuma sama ada lagu tersebut menjadi atau tidak sahaja.
“Kalau boleh saya tidak mahu hanya terikat dengan lagu-lagu balada, malah teringin tampil dengan lagu-lagu berentak rancak untuk memberi kelainan.
“Bagaimanapun setiap kali bertemu peminat, mereka sentiasa mahu lihat saya tampil dengan lagu-lagu berentak balada.
“Samaada ketika membuat persembahan mahupun untuk single baharu,” katanya yang akur dengan kehendak peminat.
Pendam Impian
Sentiasa aktif menghasilkan single terbaharu saban tahun, Alyah mengakui menyimpan impian untuk menghasilkan sebanyak mungkin single sepanjang aktif sebagai penyanyi.
“Setiap tahun saya akan pastikan untuk keluar dengan lagu baharu demi kelangsungan kerjaya seni saya.
“Ini kerana menyanyi bukan hanya sekadar hobi, tetapi merupakan bisnes saya sebagai anak seni.
“Adalah menjadi impian saya untuk menghasilkan single sebanyak yang boleh dan mengikuti jejak beberapa penyanyi senior.
“Seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain yang mempunyai puluhan track lagu terbaik mereka ketika aktif dalam bidang seni,” ujarnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tarik diri dari Muafakat Nasional. Terbaru Ummi Nazeera menerusi akaun Instagramnya mengumumkan penarikan diri dari Muafakat Nasional iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Langkah Ummi itu disokong oleh para netizen, malah menerusi ruangan komen salah seorang pengikutnya menyatakan kesyukuran.
“Alhamdulillah, kami suka umi sebagai pelakon, jangan campur bidang lain, tambahan politik…… merosakkan karier. Anda aktres yg bijak” aishahmatakat
Tarik Diri Dari Muafakat Nasional
Ummi seperti mana dipetik menerusi akaun Instagramnya juga berterima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik dirinya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi.
“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” kongsi Ummi.
Sebelum ini pada 15 Disember lalu, Presiden Muafat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).
Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.
Syahdunya bait-bait ayat yang dikongsikan oleh aktres Jue Aziz tentang jodoh kepada ibunya yang tersayang.
Sempena ulang tahun kelahiran ibunya esok (25 April), Jue menyatakan dia telah berjaya khatam Al-Quran, tetapi ada satu permintaan ibunya yang tidak dapat ditunaikan iaitu tentang jodoh.
Satu Saja Permintaan Mak Tentang Jodoh Jue Aziz Belum Tunaikan
Sebelum ini, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal. Namun, pada Januari 2019 Jue memberitahu mereka sudah bercerai. Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2014.
“Surprise Mom Birthday
“Alhamdulillah. Finally Khatam Alquran Syukur. “Satu saja lagi permintaan mak, orang tak dapat nak tunaikan..JODOH!! “Tahu mak risau. Susah sakit semua, orang sorang-sorang pun tak apa asalkan ada mak. “Kita bercinta brdua jelah mak! “Mna tahu esok lusa Jodoh orang dijemput Ilahi. “Sempatlah orang bermanja selagi mak ada. “Andai ini Ramadhan Terakhir. Doakan ya Mak Jue diberikan kesihatan, kuatkan semangatnya. Amin,” tulis Jue menerusi laman sosial Instagram.
Semoga Jue & Ibu Sentiasa Bahagia Di Dunia & Akhirat
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Bergelar primadona negara bukanlah suatu jalan yang mudah. Setiap keputusan hidup diperhatikan, malah ada kalanya dipersoalkan.
Begitulah yang pernah dialami penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, ketika beliau memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Keputusan untuk berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya antara langkah paling mencabar dalam hidupnya. Apatah lagi, berbeza usia 20 tahun daripadanya.
“Masa itu saya kata macam, okay saya reda lah. Kalau itu mungkin orang kata kerjaya saya pun dah mula menjunam ke apa, saya rasa saya reda,”ujar Siti melalui siaran potcast Borak CEO Majalah NONA.
“Bukan titik terendah lah kita panggil, tapi titik yang kita rasa kita dah macam reda. Apa nak berlaku, berlaku lah. Itu masa fasa sebelum jadi isteri.
“Sebab masa itu, saya… yalah, semua orang sedia maklum, Datuk K pun pernah berkeluarga dulu kan.
“Jadi saya memilih untuk berkahwin dengan Datuk K. Masa itu, peminat pun dah terbahagi dua, ada yang suka, ada yang tak suka. Ada yang setuju, ada yang tak setuju,” kongsinya dalam temubual tersebut.
“Ökey, Saya Reda”-Siti Nurhaliza
Pada masa sama, Siti percaya jika itu adalah jodohnya maka dia akan tetap meneruskan perkahwinan tersebut.
“Masa itu saya kata macam, okey saya reda. Kalau itu mungkin dah, orang kata kerjaya saya mula menjunam, saya tetap reda.
“Sebab saya cuba untuk pertama, itulah jodoh yang telah tertulis oleh Allah dan juga saya membina masjid.
“Rezeki Allah dah tetapkan. Apapun cabaran, dugaan ketika itu, saya serah pada Allah sahaja. Allah tentukanlah yang terbaik untuk saya. Kadang-kadang orang kata rezeki, jodoh, maut, semua di tangan Allah.
“Sebab apapun yang berlaku, di hujungnya nanti saya tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk saya,” ujarnya.
Peminat Terbahagi Dua
Malah selepas berkahwin, Siti tetap berusaha untuk terus kekal dalam industri meskipun sedar ada peminat yang sudah beralih arah.
“Selepas itu memang ada peminat yang terbahagi dua. Tak lama lepas saya dah bergelar isteri, mereka melihat macam mana Datuk K jaga saya.
“Saya masih lagi bekerja keras dalam industri. Akhirnya mereka semua kembali memberi kepercayaan kepada saya semula. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan itu.
“Itulah keadaan yang kalau ditanya, titik terendah saya itu. Bukan senang sebab ini adalah keputusan masa depan saya juga. Kalau silap, saya kena lalui sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur,” tambahnya.
Ujarnya, perkahwinannya dengan Datuk K sudah mencapai 20 tahun, apa yang penting adalah pasangan yang saling menjaga.
Perjalanan Lebih Matang
Perkahwinan pun dah hampir capai 20 tahun. Yang penting pasangan kita ini, dia menjaga kita dengan baik. Sama-sama kita punya nawaitu itu sama. Hubungan yang dibina sejak 2006 itu kini melangkah matang dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, menjadi pelengkap bahagia.
“Saya percaya rezeki, jodoh, semua datang daripada Allah. Apa yang penting, saya perlu jujur dengan hati sendiri. Bila saya yakin dengan pilihan, akhirnya masa yang menyembuhkan dan membuat orang faham,” katanya lagi.
“Perkahwinan itu hanya Allah yang menentukan bagaimana ia berakhir. Tapi biarlah berakhir sampai ke jannah,” kongsinya mengakhiri perbualan.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.