Pelajar OKU nekad jalan kaki balik kampung ke Kelantan. Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) akan diadakan esok, pertama kali remaja berusia 18 tahun akan mengundi. Malah ada yang menyifatkan gelombang keterujaan anak muda yang pertama kali mahu mengundi.

Dek kerana mahu melunaskan tanggungjawab kepada negara, seorang pelajar kelainan upaya (OKU) gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya di Kelantan.

Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kampung Ke Kelantan

Demi tanggungjawab sebagai pengundi, Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, yang juga merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas di Pulau Pinang tekad untuk berjalan kaki ke kampung halamannya.

Perkara itu terjadi dek kerana tiket bas ekspres untuk pulang ke Kelantan dikatakan habis dijual.

Muhammad Haikal yang juga seorang OKU Pertuturan dan Pergerakan berjalan sendirian sambil menyorong beg pakaian. Kebetulan ketika itu pensyarahnya bertemu dengan pelajar tersebut.

Ditemui Keletihan

Seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof menyatakan pelajar tersebut ditemui dalam keadaan keletihan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.

“Muhammad Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.

IKLAN

“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu nanti.

“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan,” ujarnya.

Baca Disini : Lima Tahun Lagi, Ikut Cara Ini Kalau Hendak Mengundi Dengan Mudah Dan Cepat.

Jenis-jenis Perangai Masa Pilihan Raya, Pernah Pergi Mengundi Ke Tidak?

IKLAN

Terharu Dengan Bantuan dari Pihak Kolej

Muhammad Haikal juga menerangkan dia begitu terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan.

Bantuan tersebut juga meringankan beban keluarganya. Anak sulung dari lima beradik itu telah kehilangan ayah tercinta sejak berusia 11 tahun. Sejak ayahnya meninggal dunia Muhammad Haikal memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.

Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kampung Ke Kelantan, Kentalnya Semangat Nak Mengundi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN

Mingguan Wanita : Alahai bersemangat sungguh adik ni nak balik mengundi. Bagusnya dia!

Sumber : Kosmo Online

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI