pilihan raya

Semalam jalan raya ‘melekat-lekat’ sebab orang kampung balik mengundi, hari ini mungkin media sosial akan penuh dengan jari berinai. Maklumlah benda 5 tahun sekali.

Di laman sosial pun posting penuh dengan cerita dia nak pilih calon mana. Lepas tu siap ada yang post gambar makanan macam-macam sebab nak ‘beraya’ dengan cara tersendiri. Meriah sungguh!

Haaa… tetapi yang banyak tepek dan bising-bising tu balik mengundi ke tidak? Rugilah kalau tak pernah merasa. Sebenarnya seronok sangat tengok aksi kat tempat mengundi, dengan beratur lamanya maka macam-macam hal boleh jadi. Dan hari ini anda mungkin hadap beberapa situasi ini.

1. Jenis tak tahu na pangkah apa

Jenuh beratur panjang tapi bila sampai turn, dia tak tahu nak pangkah apa. Lagi sakit, cara nak mengundi pun tak tahu dan nak pangkah ruang mana pun tak tahu. Jenis blurr. Maka berjam-jam lah orang belakang tunggu. Hah, jangan kalut sangat sebab biasanyanya kat tempat mengundi Ketua Tempat Mengundi akan check dan terangkan cara mengundi. Jadi dengar betul-betul dan jangan masa itu ralit ‘membawang’ pulak.

2. Tak bawa kad pengenalan

Ini satu penyakit juga, dah sampai tempat mengundi tapi alih-alih dia tak bawa IC pula. Itulah kena check awal-awal sebelum keluar rumah.

IKLAN

Tapi kalau betul jadi macam ni, tak payahlah patah balik semata-mata nak ambil IC. Nanti cari lesen memandu atau kad rasmi pengenalan diri dalam dompet yang dikeluarkan mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang ada nama, nombor IC dan gambar dan isi borang 11. Kerani atau PA akan minta kebenaran KTM untuk tengok wajah pengundi dan bandingkan gambar dalam dokumen yang dibawa pengundi. Settle!

3. Pakai baju selekeh atau mengalahkan Mak Datin

Di sana nanti akan jumpa macam-macam jenis perangai manusia, tapi lagi dahsyat nak tegok gaya pakaian masing-masing. Kalau boleh pakailah pakaian yang kemas dan sopan, jangan macam nak pergi beli ikan pula yang cuma selipar jepun dan kain batik. Haaa… yang jenis bergaya macam nak pergi fashion show pun ada. Allah, rosak mood orang lain nak mengundi!

4. Excited jumpa retis

Biasalah, artis pun rakyat Malaysia juga jadi tak peliklah kalau mereka ada terpacak kat tempat mengundi. Perkara normal akan berlaku, nampak artis terus meluru nak bergambar sebab nak tayang kat media sosial yang si retis itulah orang kampungnya. Alahaaii… sabarlah nak! Haaa.. satgi kalau ada perangai ni, tolong tempek kat komen ya.

IKLAN

5. Potong que

Eh, tetiba ada yang menyelit dalam barisan. Jangan potong mood ya, masa ni semua orang nak cepat sebab tak tahan nak beratur. Jadi belajar menghormati masa orang lain dulu. Senang cerita, nak awal sila datang awal!

6. ‘Membawang’ sampai tak ingat

Masa inilah tetiba jumpa orang yang dah lama tak jumpa, lepas itu sedap bercerita macam-macam. Tapi jangan sampai ganggu orang lain ya, nak ‘membawang’ pun tengok tempat. Cakap pandang-pandang,

IKLAN

7. Up jari ‘berinai’

Kejap lagi meriah lah laman sosial dengan gambar dan caption jari ‘berinai’ biru itu. Lepas itu tunjuk gambar orang beratur, update emosi. Hah, kalau ada yang siap buat live puntak pelik. Kita tunggu je lah. Tapi jangan excited sampai ambil gambar anda nak pangkah apa ya. Hati-hati…

Ok, tak kisahlah apa perangainya nanti, tapi pastikan kita bukan sekadar bising di laman sosial ya. Sila tunaikan tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia dan pilihlah calon yang betul-betul layak untuk masa depan Negara.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI