buah melaka

Buah Naga atau lebih dikenali dragon fruit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Selain dimakan segar begitu sahaja, mak-mak juga boleh pelbagaikan resipi dengan buah ini dengan membuat buah melaka atau onde-onde.

Warna semulajadinya merah jambu cukup menarik mata yang memandang. Malah nak membuatnya pun cukup mudah hanya perlu kisar tak perlu ditapis dan dicampur kedalam tepung sebelum diuli. Mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang buat keluarga ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Harliana Aryana ini.

Onde Onde Buah Naga Sedap Warna Asli Memikat, Tak Payah Tapis, Kisar Terus Gaul & Uli

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Buah melaka atau Onde-onde dragon fruit. Dragon fruit tak payah tapis bagai blend terus gaul dan uli kaler asli dan sedappppp..Cuba lah.”

Bahan-Bahan:

1pek tepung pulut
1/2 biji separuh dragon fruit (nak letak lebih pun bole, blander tanpa air)

IKLAN

(Inti)
Gula melaka(tumbuk)

*Kelapa parut kukus+garam sikit

IKLAN

Caranya Membuat:

1.Masukkan tepung dalam besen campurkan dengan buah dragon fruit yang telah dikisar.
2.Gaul dan uli tambah air biasa sedikit demi sedikit sampai adunan licin tak lekat dekat tangan.
3.Ambil adunan sebesar ibu jari masukkan inti gula melaka dan buat bulat-bulat.

Onde Onde Buah Naga Sedap Warna Asli Memikat, Tak Payah Tapis, Kisar Terus Gaul & Uli4.Masak dalam air yang mendidih, bila bebola timbul angkat letak dalam penapis dan golek atas *kelapa.

IKLAN

Okey siap untuk dimakan..nyummy!

MW: Menarik sungguh onde-onde buah naga ini. Warna merah jambu semula jadi yang sangat memikat. Sesuai sangat untuk buat minum petang buat anak-anak dan keluarga nanti.

Baca Disini:
5 Sebab Kenapa Kena Makan Buah Naga, Punyalah Banyak Kelebihannya, Khasiat No 2 Mesti Ramai Wanita Suka!

Sumber: Harliana Aryana

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI