Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah memikul tanggungjawab menjaga anak yang mempunyai masalah kesihatan dari kecil. Apatah lagi mempunyai kekurangan deria penglihatan yang membuatkan dirinya ‘kelihatan’ berbeza berbanding kanak-kanak lain.
“Nanti Ayra kat syurga, nak minta dengan Allah… mata warna pink (merah jambu),”itu permintaan Nur Adriana Ayra Kamarudin atau mesra disapa Ayra yang dilahirkan dengan masalah penglihatan pada mata kirinya.
Ibunya, Norazah Launah, 45, berkata Ayra, 4, adalah anak bongsu daripada enam beradik dan satu-satu cahaya matanya yang mempunyai masalah penglihatan.
Masalah Diabetes Sewaktu Hamil
Menurutnya, dia diberitahu keadaan dialami Ayra itu mungkin berpunca daripada masalah diabetes dihadapinya ketika hamil.
Katanya, meskipun begitu, dia dan suami, Kamarudin Ahmad, 45, amat menyayangi Ayra yang dianggap amat istimewa kerana petah berkata-kata sehingga adakalanya dia terkedu dengan pertanyaan terutama berkaitan mata.
“Pernah sekali, Ayra pulang dari sekolah (tadika), dia terus pergi ke cermin melihat wajahnya lalu bertanya kepada saya mengapa dia tiada mata.
Ads
“Memang sedih dengar pertanyaannya itu, tetapi untuk tenangkannya, saya beritahu Ayra yang matanya istimewa dan Allah kurniakan begitu kerana sayangkannya.
“Saya beritahu lagi di dunia tiada (mata), tetapi di syurga boleh minta apa saja dengan Allah,” katanya
“Seorang guru menghubungi saya dan memberitahu ada doktor datang untuk memeriksa mata di tadika. Saya pun jumpa doktor berkenaan dan dimaklumkan mata Ayra boleh dirawat.
“Doktor bagaimanapun tidak beri ubat, tetapi saran untuk menyapukan balm dengan bawang putih kemudian berselawat dan urut di belakang telinga Ayra kerana di situ ada urat matanya.
Ads
“Ada satu masa, saya tak buat namun Ayra datang ke bilik dengan bawa balm dan minta urut hingga membuatkan saya rasa serba-salah jika beri harapan kepadanya kerana nampak dia benar-benar mahukan mata seperti orang lain,” katanya.
Katanya, keluarganya mahupun suami menerima Ayra seadanya.
“Keluarga faham, malah tidak pernah lagi orang keliling ejek Ayra ketika saya bawanya keluar berjalan. Bagaimanapun, Ayra pernah mengadu ada yang kata matanya buta di tadika.
“Seperti biasa, saya pujuknya dengan mengatakan dia tidak buta, tetapi Allah ‘ambil’ matanya sekejap dan akan bagi balik.
Ads
“Jujurnya, saya sudah reda. Alhamdulillah, dia tiada penyakit,” katanya.
Hebat sungguh penangan chia seed ini. Tambah pula pada bulan puasa ini, ramai yang kongsi tip minum susu campur chia seeds! Malahan ada yang kata jika mengamalkannya boleh kurus. Lagilah ramai yang suka!
Namun disebabkan ikut-ikutan, ada yang mengalami kesan sampingan pengambilan chia seed. Barulah ada yang tertanya-tanya, chia seeds ini ada kesan buruk ke?
Ada sesiapa pernah mengalami kesan sampingan akibat pengambilan chia seed?
Antara kesan sampingan makan chia seed tanpa cara yang betul ialah:
Sakit kepala
Demam
Selsema
Itu antara kes yang ringan. Penyelesainnya minum air secukupnya selepas itu mengurangkan kesan yang berlaku tadi.
Kes yang berat yang pernah terjadi ialah apabila chia seed menghalang saluran esofagus menyebabkan kesukaran bernafas.
INILAH PUNCANYA
Sebenarnya chia seed boleh menyerap sehingga 27 kali ganda air. Apabila chia seeds dimakan tanpa direndam, ia akan menyerap air di dalam badan. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti kesukaran menelan ada kemungkinan chia seeds yang telah menyerap air tadi yang telah kembang di dalam badan berkumpul dan terhalang di esofagus. Akhirnya ia menyebabkan kesukaran menelan. Hanya pegawai perubatan sahaja yang akan dapat menyelesaikan masalah ini. Jadi, jika anda telah makan chia seeds dan rasa sukar untuk menelan selepas itu, sebaiknya berjumpalah dengan doktor.
Jadi bagi yang makan chia seed tanpa direndam hingga kembang akan rasa dahaga teramat sangat. Kekurangan air di dalam badan itulah yang menyebabkan sakit kepala dan demam. Chia seed tadi telah menyerap air di dalam badan.
CARA YANG MAKAN YANG BETUL
Bagi yang ingin menikmati chia seed, chia seed sepatutnya direndam terlebih dahulu sehingga ia menyerap air sepenuhnya dan akan kelihatan gel di sekelilingnya. Dan sukatannya pula jangan terlalu banyak.
Memadai satu sudu kecil sehari sehingga badan serasi untuk menambah sukatannya…
Walaupun chia seed amat baik untuk kesihatan kerana mengandungi kalsium, fiber, protein dan Omega 3 cara pengambilan yang salah boleh menyebabkan masalah kesihatan. Jadi sila beringat dan pastikan anda makan chia sedds dengan cara yang betul, ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita melakukan aktiviti riadah seperti keluar berjoging dan bersukan mungkin dianggap biasa di negara kita dan kebanyakan negara lain. Namun tidak bagi negara yang mempunyai undang-undang yang ketat seperti Arab Saudi.Larangan peraturan ini tidak lagi berlaku di negara tersebut.
Ini kerana baru-baru ini,sekumpulan wanita di bandar Jeddah kelmarin meraikan Hari Wanita Antarabangsa dengan melaksanakan kebebasan baru yang diberikan kepada mereka iaitu hak untuk keluar berjoging.
Dengan memakai jubah yang disesuaikan untuk bersukan, wanita berkenaan bersorak kegembiraan ketika berlari di sepanjang lorong sambil diperhatikan pemilik kedai yang kebingungan.
Revolusi Wanita Arab Saudi
Walaupun kerajaan sudah memperkenalkan pendidikan jasmani kepada remaja perempuan tahun lalu dan mula memberikan lesen untuk mewujudkan kelab sukan wanita, tetapi masih ada juga yang kehairanan melihat wanita berkenaan berjoging di tempat awam.
“Ini adalah permulaan revolusi untuk wanita di Arab Saudi. Semuanya akan berubah untuk kami termasuk dalam pekerjaan, kehidupan dan masyarakat,” kata seorang peserta acara itu yang juga pelajar universiti, Sama Kinsara.
Wanita di negara ini mengalami perubahan besar selepas Putera Mahkota Mohammed bin Salman menarik beberapa sekatan utama ke atas hak mereka.
Wanita kini boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium, mengambil bahagian dalam acara sukan dan akan dibenarkan memandu kereta menjelang Julai depan.
Namun, Arab Saudi masih antara negara yang mempunyai undang-undang paling ketat untuk wanita di dunia.
Ini kerana tiada wanita yang dilantik menjadi menteri dan masih mengekalkan sistem yang mengharuskan wanita mendapatkan kebenaran mahram untuk membuat keputusan penting.
Tahniah buat wanita Arab Saudi diatas kebebasan dan hak yang diberikan untuk melakukan aktiviti sihat ditempat terbuka seperti wanita dinegara-negara lain.
Women cheer during a running event marking International Women’s Day in Old Jeddah, Saudi Arabia March 8, 2018. REUTERS/Faisal Al Nasser
Ramai mak-mak yang alami masalah berat badan, berimpian nak kembali langsing. Berkobar-kobar dalam hati tiap kali buka atau baca kisah kejayaan kurus seseorang. Tapi, selesai saja baca semangat jatuh merudum.
Apakah sebenarnya yang menghalang? Coach Arif Sukriyang juga dikenali sebagai Ustaz Fitness berkongsi apa yang membuatkan dirinya tahan godaan sewaktu hajat nak turunkan berat sudah tertanam dalam diri.
“Masa berat mencecah 125 kilogram dulu, saya tak buat diet ikut-ikutan. Fokus utamanya adalah biar ia ikut kemampuan dan mulakan secara berperingkat.”
Dan inilah 10 tip diet tahan godaan yang buatkan Coach Arif kekal konsisten turun berat tanpa culas. Mudah sangat rupanya, tak perlu keluar modal besar-besar pun.
10 Tip Asas Obesiti Untuk Fit ‘Diet Tahan Godaan’
1. Berjalan kaki 30 minit sehari tanpa melakukan aktiviti fizikal yang membebankan lutut. Kau faham saja. Badan dah besar gedabak gitu takkan nak paksa joging. Bahaya!
2. Masih makan nasi. Namun, perlahan-lahan kurangkan kuantitinya. Dari dua tiga pinggan kepada sepinggan. Hinggalah ikut sukatan sepatutnya.
3. Jangan ikut menu orang. Ini penting. Kau sendiri yang tahu apa yang kau suka dan tak suka. Makan saja dulu awal-awal ni, yang penting beringat.
4. Sentiasa maafkan diri sendiri. Sesekali terbabas waktu pagi, jangan muram dan kecewa sampai petang. Hari masih panjang. Tewas pagi, tengah hari masih ada lagi. On track semula!
5. Alat penimbang letak jauh-jauh. Awal-awal ini kau fokus nak boleh kawal makan dulu pun dah okey. Berat tu letak tepi dulu. Sudah disiplin baru fokus berat.
6. Yang silap dalam diet adalah bila kau potong semua benda yang pernah kau suka makan sebelum ini. Jangan buat begitu. Mulakan secara berperingkat.
7. Ada orang tu diet hari ini, esok tak buat. Lusa buat, tulat tak buat. Benda begini jadi sebab kita terlalu rasa sulit dalam diet. Biasanya sebab kau selalu ikut menu orang itu dan orang ini.
8. Tak perlu buat begitu pun. Setkan dulu minggu ini apa target yang kau nak capai? Lepas itu buat dan buat. Selagi tak berjaya jangan berhenti.
9. Selang-selikan juga dengan bersenam. Boleh cuba main besi, dumbell atau apa saja. Yang pasti ada pantauan jurulatih.
10.Terakhir pada hujung minggu buatlah satu hari namanya cheatday. Ini terpulang nak buat atau tak. Cuma saya pilih untuk buat sebagai reward hasil on track sebelum ini.
Kata Ustaz Fitness ‘Diet Biarlah Enjoy’
Pilihan semua ada pada kalian. Sama ada masih di tahap yang sama atau bergerak ke peringkat seterusnya.
Yang penting diet biarlah enjoy. Jangan ikut mana-mana menu orang lain. Asal menu kalian masih berkualiti, sihat dan jaga kuantiti, itu sudah okey.
Belajar sesuatu? Klik share dan amalkan jom.
Sumber/Foto : Arif Sukri, Ustaz Fitness Kesayangan Negara
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...