Najman Positif Covid-19 tahap 4, begitulah perkembangan terkini bekas penyampai radio Era dan Sinar FM, Najman Mohamed, 51 yang sedang dirawat di Hospital Pakar Puteri (KPJ), Johor Bahru selepas disahkan positif Covid-19 tahap empat.
Seperti yang difahamkan perkembangan terbaharu keadaan Najman kini sudah berada ditahap empat berikutan paras oksigen dalam badannya yang semakin menurun. Sementara isterinya beransur pulih yang sebelum ini Positif Covid-19 di tahap empat.
Najman Positif Covid-19 Tahap 4
Sebelum ini menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, Najman berkongsi tentang keadaan dirinya yang terpaksa menggunakan oksigen.
“Demam melampau, level oksigen bawah level 92. Atas nasihat doktor guna oksigen.
“Ya Allah, sembuhkan penyakit hambamu ya Rabb,” tulis Najman.
Malah pada masa yang sama Najman juga turut menerangkan isteri, Hawa Atan dan dua anaknya Amirul Akidd dan Amirul Akiff turut disahkan positif.
“Isnin pagi buat senaman paru-paru, rasa lain macam dan terus ke hospital. Sampai terus terus buat Xray dan City Scan sebelum disahkan Covid tahap 3.
“Isteri ditahan di hospital pada 13 Ogos lalu dan sekarang berada di tahap empat dan sampai hari ini oksigen tidak stabil serta diberikan bantuan oksigen. Anakanda Amirul Akidd pun positif dan menjalani kuarantin di rumah,” luahnya yang pada waktu itu berasa tidak sedap badan ketika melakukan senaman sebelum dimasukkan ke hospital.
Allah Jua Yang Maha Penyembuh
Najman juga memohon doa dari orang ramai agar keluarganya diberi kesembuhan.
Ads
“Mohon doakan kami diberikan kekuatan dan kesembuhan. Allah jua yang Maha Penyembuh.
“Stay at home. Virus ni tak nampak dan tidak bergerak, manusia yang menggerakkannya,” terang Najman.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Najman Mohamed
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hijrah Farah Nabilah, tampak ayu berhijab. Akhirnya pelakon yang juga ibu kepada seorang cahaya mata akui dirinya kini sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.
Sebelum ini Farah sering tampil berselendang dan kemudian berhijabmenerusi penampilannya di akaun Instagramnya.
Syukur alhamdulillah akhirnya segala teka-teki terjawab apabila Farah akui sudah tampil dengan imej terbaru.
Tidak mahu memberi penerangan lanjut mengenai penghijrahannya, Farah tidak menafikan sudah tampil bertudung.
“Ya, saya sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Bagaimanapun, tak perlulah saya ulas panjang lebar, lagi pun, saya rasa tidak perlu diumumkan.
“Cuma, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan saya dan segala kebaikan kepada keluarga,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Isteri kepada Mohammed Amirul Yunus ini tampil ayu dengan imej barunya. Malah ibu kepada Andre Omar yang kini berusia 9 bulan ini mengikut jejak beberapa selebriti wanita lain yang sebelum ini telah nekadkan hati berhijab.
Antara selebriti yang telah berhijrah seperti Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha dan Betty Rahmat.
Sumber: BH Online
Sumber Foto : Instagram Farah Nabilah
Mingguan Wanita : Syukur alhamdulillah ramai yang kelihatan cantik dan ayu selepas berhijab. Semoga terus istiqamah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Selalu bersembang mengingati kematian, isteri hamil 7 minggu reda, ingat pesan arwah suami walaupun sedih dengan kejadian yang menimpa.
Dirinya yang kini hamil tujuh bulan meluahkan bayi yang dikandung adalah peninggalan berharga suaminya biarpun arwah pergi dahulu sebelum sempat menatap wajah anaknya.
Nur Syahirah Abdullah reda dengan kejadian menimpa suaminya dan berjanji akan menjaga anak dalam kandungan yang kini sudah memasuki tujuh minggu.
“Ini peninggalan berharga suami untuk saya selepas hampir dua tahun berkahwin,” kata Nur Syahirah, 25.
Nur Syahirah adalah isteri kepada Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan Kampung Acheh-Sitiawan, Perak.
Kejadian pada 5.30 petang itu turut menyebabkan Hasrandy Bahrum, 27, dan Mohd Suhail Zainal, 22 meninggal dunia.
Ketika kejadian Mohd Nur Hisham menunggang sendiri motosikalnya, manakala Hasrandy serta Mohd Suhail pula menaiki motosikal sama dan ketiga-tiga mereka maut di lokasi kejadian.
Nur Syahirah berkata, dia kini hamil tujuh minggu anak sulung mereka dan arwah suaminya teruja serta gembira apabila dia disahkan hamil, Julai lalu.
“Suami gembira sehingga mengalirkan air mata sebaik tahu saya hamil dan dia teruja menunggu kehadiran anak sulung kami.
“Saya sedih tetapi reda kerana suami selalu berpesan supaya kuatkan semangat kalau dia sudah tiada nanti, malah kami selalu bersembang mengingati kematian dan dia kerap cakap sayangkan saya sampai hujung nyawanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), hari ini.
Pada hari kejadian dia berasa tidak sedap hati dan bertambah risau apabila suaminya masih tidak pulang walaupun sudah habis waktu bekerja.
“Saya rasa sayu dan tiba-tiba menangis. Saya cuba hubungi suami apabila dia masih belum sampai rumah tetapi panggilan tidak berjawab sebelum mak minta saya ke rumah kawan untuk mendapatkan bantuan pada 6.30 petang.
“Kawan suami ketika itu sedang melihat video kemalangan berkenaan, namun masih tidak tahu yang suami terbabit kemalangan itu. Kami terus ke lokasi dan luluh hati saya apabila melihat topi keledar dan tempat duduk motor suami di situ.
“Melihat keadaan lokasi dan barang suami saya dapat rasakan yang suami saya sudah tiada,” katanya yang baru tinggal bersama suaminya Januari lalu selepas tamat pengajian di Pasir Gudang, Johor Bharu.
Nur Syahirah berkata, suami tidak menunjukkan perubahan ketara cuma dia menyedari Mohd Nur Hisham yang tidak pernah memancing sebelum ini menunjukkan minat melakukan aktiviti itu dan mula membeli peralatan serta menonton cara memancing di YouTube sejak tiga minggu lalu.
“Biasanya setiap pagi suami akan pegang perut saya serta bacakan doa untuk kandungan tetapi semalam dia tak buat macam itu.
“Sebelum pulang kerja suami ada hantar gambar ‘selfie’ dan beritahu mahu balik pada jam 4.55 petang. Dia juga beritahu dia sayangkan saya dan ada beri lagu Hanya Satu nyanyian BPR di telegram,” katanya memberitahu mereka berdua berasal dari Kuantan, Pahang dan jenazah suami akan dikebumikan di Batu Lima, Kuantan.
Sementara itu, Jufry Rustam, 37, yang juga sepupu kepada Hasrandy berkata, adik sepupunya berasal dari Inanam, Sabah itu masih bujang dan mereka tinggal bersama di Sitiawan.
“Sepupu seorang anak yang bertanggungjawab dan dia yang membantu keluarganya di Sabah termasuk masih menanggung persekolahan seorang adiknya,” katanya. Seorang lagi mangsa, Mohd Suhail berasal dari Sepanggar, Sabah.
Mingguan Wanita : Team MW merakamkan ucapan takziah kepada isteri mangsa dan mendoakan agar keluarganya datang menerima ujian ini. Al-Fatihah.
Seorang rider terlantar dan tidak boleh berkerja selepas terlibat dalam kemalangan, dugaan berganda bila isterinya pula keguguran.
Masalah yang datang bertimpa-timpa ini sudah tentu membuatkan pasangan muda ini sedih dengan takdir yang dilalui.
Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemalangan pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.
Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam, Langkawi, Kedah, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.
Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.
“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.
“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengandung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.
Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Isteri saya yang tidak bekerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.
“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya ke hospital,” ujarnya.
Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung keperluan hariannya.
“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah sebanyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586. Hulurkan tangan, ringankan beban keluarga ini untuk meneruskan hidup.
Konsep 2-4-2 menjadi amalan mudah untuk kekal bertenaga ketika berpuasa. Ketahui cara pembahagian air 2-4-2 yang dikongsi doktor bagi elak dehidrasi dan badan lemah sepanjang Ramadan.