Hidup dalam rumah tangga, sukar untuk dijangka. Daripada tiada apa-apa hinggalah rezeki melimpah ruah untuk keluarga. Tidak kurang juga merasakan bebanan makin bertambah apabila sudah ada keluarga.
Jangan berfikiran begitu, sedarlah ada banyak rezeki yang datang dan melimpah ruah pada kita selepas berkahwin. Usah rasa terbeban apabila sudah berkahwin dan rasa tidak cukup bila ahli keluarga bertambah.
Sebenarnya, itulah orang cakap, ia datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya fikirkan rezeki dari segi kewangan semata-mata tetapi kehadiran anak juga sudah dikira rezeki. Adalah bahagian rezeki anak yang kita tidak tahu. Hanya Dia yang mengetahui.
Sedar tak, ada masa kita merasakan rezeki tak pernah cukup. Ada sahaja masalah dan perkara yang menghalang. Jika keadaan ini berlaku, suami kena tengok bagaimana hubungan kita dengan isteri dan anak-anak. Begitu juga isteri pun sama, kena tengok hubungan dlam rumah tangga.
Mungkin salah satu rezeki kita tidak pernah cukup sebab masing-masing tidak menjaga hati dan hargai pasangan. Bagi suami, kunci utama rezeki dalam rumah tangga tentulah berkai rapat dengan isteri.
Inilah yang dikongsikan oleh Siti Nur Ailiey tentang perkara ini. Paling penting, dua kunci utama rezeki dalam rumah tangga adalah isteri dan jaga solat.
SEORANG SUAMI MENGADU kepada seorang USTAZ, akan rezekinya yang sempit. Belum sampai pertengahan bulan, dia merasa wang gajinya hampir habis. Semua serba tidak cukup. Terasa dunia ini sempit. Sudah usaha macam-macam. Semuanya tidak menjadi.
Ads
USTAZ tersebut memberi DUA KUNCI REZEKI:
1. JAGALAH SOLAT DENGAN SEMPURNA – Terutama solat fardhu.
Solat adalah hubungan dengan Allah, Pencipta dan Pemelihara seluruh alam dan Pemberi Rezeki kepada semua manusia. Apabila Allah ‘MEMANGGIL’ kita 5 kali sehari semalam, untuk bersolat kepada-Nya, maka JANGAN KITA LENGAHKAN. Tinggalkan SELURUH usaha mencari rezeki yang kita sedang lakukan kerana YANG MEMBERI REZEKI sudah memanggil kita, untuk berbicara dengan-Nya.
2. JAGA ISTERI DENGAN BAIK dan penuh kasih sayang
ISTERI adalah orang yang paling hampir dengan kita setiap waktu, dia yang paling setia dan dia meninggalkan keluarganya untuk tinggal bersama dengan kita. Setiap yang dia lakukan kerja-kerja rumah tangga untuk kebahagiaan kita dan anak-anak. Begitulah isteri.
Kita rasa bahagia bersama isteri dan anak-anak. Namun bila kita MENIPU, MENYAKITI, MENYUSAHKAN PASANGAN, HIDUP KITA JADI SERBA TIDAK KENA.
Ads
Si suami diam termenung. Setelah pertemuan itu, tidak lama dia bertemu Ustaz.
Katanya:
“YA ALLAH, REZEKI SAYA BERTAMBAH. Semuanya jadi mudah dan lapang, Hati saya tenang. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..”…
USTAZ ITU BERCERITA LAGI:
“Pernah ada seorang PENIAGA, dia rasa perniagaannya dibuat orang. KENA SIHIR. Pelanggan-pelanggannya semakin berkurangan. Sudah buat bermacam-macam tapi tetap rugi.
Dia bertemu saya dan katakan padanya:
“ABANG BERBUAT BURUK KEPADA ISTERI ABANG atau TIDAK? Jawabnya, ya ustaz. SAYA TIPU ISTERI SAYA. Insya Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya kembali melimpah.
Sebenarnya, BERSYUKUR kepada Allah dan HARGAI IBU BAPA, ISTERI dan anak-anak, itulah REZEKI PALING BESAR. Wallahu a’lam.
MW: Tak rugikan buat baik pada isteri dan anak-anak. Semuanya akan berbalik pada keluarga dan sudah tentu balasannya dengan diberikan rezeki yang tidak pernah habis.
Bagi mak-mak pastinya risau bila anak ada batuk, selsema mahupun berkahak.Selain menggunakan perubatan moden, sebenarnya mak-mak juga boleh cuba petua tradisional semula jadi untuk atasi penyakit ini, iaitu dengan menggunakan Minyak Bawang Putih.
Bergelar ibu muda, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35,tidak terkecuali mencuba petua tradisional ini bagi merawat batuk, selsema dan kahak yang dihidapi anaknya, Ungku Arsalan Haq Ungku Hariz Faizal, 4 bulan yang juga digelar sebagai ‘babyninja’.
Menurut pengacara Gegar Vaganza ini, rawatan petua tradisional ini khusus untuk bayi, diperolehi daripada kawan-kawannya dan dikongsikan didalam laman instagramnya baru-baru ini.Jihan turut berkongi cara serta kaedah rawatan yang dilakukan untuk anaknya.
Berikut antara perkongsian oleh Jihan;
Untuk bayi sahaja. Sebab saya dah jadi mak jadi hidup saya lebih teruja bincang pasal anak. So hari ini dapat ilmu baru dari kawan-kawan.
Petua hilang batuk, selsema, kahak.
Kaedahnya :
Bakar 2 ulas bawang putih. Campur 2 sudu minyak zaitun. Ganyang bawang putih sehingga sebati. Selepas itu sapu dekat dada, belakang badan dan tapak kaki bayi. Boleh simpan 2 hingga 3hari.
Kongsi apa petua & cara korang pula. Mungkin boleh cuba dan lebih mujarab. Lain orang lain caranya. Kita bawak berbincang, kongsi pengalaman & ilmu memasing.
Terdahulu, Jihan mendirikan rumahtangga dengan pelakon Ungku Hariz Faizal, 32, pada 20 Mac 2016 dan pasangan selebriti ini menimang cahaya mata lelaki pertama pada 25 Januari lalu.
Jadi buat mak-mak yang anak mengalami masalah batuk, selsema dan berkahak bolehlah cuba petua tradisional yang diamalkan oleh Jihan ini buat anaknya. Semoga bayi cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Realitinya, memang ada sampai isteri minta suami pandang dirinya sebab rasa dirinya diabaikan. Baik lelaki atau wanita, tolonglah jangan sesekali bandingkan kehidupan rumah tangga dengan orang lain. Apa yang Allah beri selalunya tak sama, tapi macam mana pahit pun dugaan pasti terselit nikmat.
Macam-macam ujian yang Allah bagi, ada yang diuji dengan kekurangan wang, harta, kasih sayang dan ada juga diduga dengan kekurangan perhatian dari insan tercinta seperti yang dialami wanita ini.
Daripada perkongsian dalam Facebook Ustaz Ebit Lew isteri ini meminta nasihat dari ustaz hanya untuk suami memandang dirinya. Sedih bukan.
Ikuti perkongsian dari ustaz tentang saranan amalan yang dilakukan hingga akhirnya suami wanita ini menangis apabila sedar akan kesalahannya.
Seorang kakak mesej saya tanya soalan. Suaminya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang hp dan tak bercakap langsung.
Katanya, setiap hari saya bekerja. Kena urus anak 3 orang seorang diri. Urus rumah seorang diri. Saya tak kisah pun. Cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat. Ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya.
Stress sangat dan dah puas menangis. Penat dan rasa macam jadi bodoh jer rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun… Suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa.
Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah.
Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah jadi macam hotel. Tempat tidur jer. Dulu rumah zaman Nabi saw walau buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia. Rumah tangga pengubat jiwa.
Cuba Puan buat 3 amalan ini;
Pertama
Solat sunat hajat 4 rakaat hajat setiap hari. 2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 300 kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya.
Kedua
Tetapkan waktu Ta’lim. Dan ajak suami sama-sama duduk. Jika dia tak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta’lim. Baca Al-Quran dan hadis buat rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang bawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita.
Ketiga
Setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan kata lebih kurang begini. “Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kasih jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk syurga”
Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang mula caci mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Jika puan marah dia. Dia marah balik semula. Jadi bergaduh lagi besar. Rahmat Allah hilang.
Hari ketujuh suami menangis
Dia pun buat selama seminggu 3 perkara ini. Suaminya menangis semasa hari ketujuh dia buat. Suaminya minta maaf. Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang. Suaminya mula duduk Ta’lim sama-sama. Sekarang suaminya bangun 5 pagi solat tahajud. Kejut dia untuk tahajud sama-sama.
Katanya, bila kami sama-sama tahajud walau 2 rakaat dan doa sama-sama terasa seperti pengantin baru. Bercinta semula. Begitulah nur dari amal. Doa sangat power. Begitulah bidadari yang sangat mulia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau anak kena sawan, boleh berderau jantung mak ayah yang tengok keadaan anak tetiba kekejangan dan mata ke atas dengan air liur meleleh.
Biasanya sawan ini boleh dialami anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun tetapi jika mak-mak boleh tahu elakkan daripada terjadi dari awal itu lebih bagus.
Tetapi sekiranya anak kecil anda dah kena sewan, mak ayah kena berjaga-jaga dan ini sedikit perkongsian daripada Dr Ezairy M.Sallih, apa yang mak ayah boleh lakukan bila anak diserang sawan tiba-tiba di rumah…
Anak anda sering mengalami serangan sawan atau ‘tarik’ di rumah? Tiba-tiba sahaja diam, hilang kesedaran, kaki tangan kejang, keras dan tersentak-sentak?
Apa perlu ibu bapa lakukan?
Perhatikan 9 langkah ini…
Langkah 1: Bertenang dan jangan panik.
Ini paling penting. Ramai orang takut apabila mereka melihat seseorang mengalami kekejangan atau serangan sawan. Anda perlu membantu anak anda dengan tenang. Tenangkan anak anda dan pesan orang lain di sekeliling bahawa segala-galanya adalah terkawal.
Langkah 2: Mencegah kecederaan.
Jauhkan anak anda dari sumber bahaya. Jika dia berhampiran tangga, dapur panas, jalan yang sibuk, atau bahaya lain, lindungi dia seboleh yang mungkin. Jauhkan objek berdekatan yang tajam atau keras. Cuba letakkan sesuatu yang lembut seperti baju atau selimut yang dilipat di bawah kepalanya.
Semasa serangan sawan itu berlaku, apabila tubuhnya kaku, dia mungkin berhenti bernafas dan menjadi biru. Ini kerana darah lebih banyak dihantar untuk melindungi organ-organ pentingnya, seperti apa yang berlaku ketika anak melompat ke dalam air sejuk. Tempoh ini biasanya ringkas dan selalunya tidak memerlukan CPR. Dia akan mula bernafas sebaik sahaja ototnya berehat. Jangan menahannya atau cuba menghentikan gerakannya.
Langkah 3: Perhatikan tempoh masa serangan sawan atau kekejangan berlaku.
Seboleh-bolehnya, perhatikan masa mula serangan sawan itu berlaku, dan berapa lama ia berlaku. Sekiranya ia berlangsung lebih daripada lima minit, hubungi ambulans atau mana-mana bantuan kecemasan. Perhatikan sifat, kriteria dan panjang serangan sawan supaya anda dapat memberikan laporan yang tepat.
Langkah 4: Pastikan anak anda selesa.
Tanggalkan cermin mata supaya ia tidak pecah. Jika anak anda mempunyai makanan di dalam mulutnya, jangan cuba mengambil makanan itu, kerana ini sebenarnya boleh menyebabkannya tertelan lebih jauh ke dalam.
Cuba iringkan perlahan-lahan tubuhnya ke bahagian sebelahnya atau iringkan kepala ke tepi supaya mana-mana cecair boleh keluar dari mulutnya. Pastikan saluran pernafasannya stabil dan terkawal. Longgar dan tanggalkan apa-apa di sekeliling lehernya untuk memudahkan pernafasan. Buka butang atau tali pinggang yang ketat.
Langkah 5: Jangan letakkan apa-apa di mulut anak anda.
Meletakkan jari, sudu, atau apa-apa objek lain di dalam mulutnya boleh menyebabkan anak anda tercekik atau patah gigi, dan boleh juga menyebabkan jari digigit. Ramai antara kita yang salah faham bahawa seseorang itu boleh menelan lidah mereka semasa serangan sawan berlaku. Ini tidak benar kerana lidah terlekat ke pangkal mulut. Ia tak akan tertelan lidah!
Langkah 6: Jauhkan diri dari orang ramai.
Hanya satu atau dua orang diperlukan untuk pertolongan cemas. Tak perlu terlalu ramai. Ini boleh mengganggu proses rawatan kecemasan.
Langkah 7: Jangan berikan air, makanan atau pil sehingga serangan sawan selesai.
Ini akan mengelakkan daripada anak anda tercekik. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin telah menetapkan ubat-ubatan yang perlu digunakan pada masa serangan sawan itu; gunakannya seperti yang diarahkan. Periksa sama ada dia telah sedar dengan bertanya beberapa soalan mudah sehingga anak anda kembali kepada keadaan biasa.
Langkah 8: Jadilah ibu bapa yang ‘supportive’.
Kanak-kanak biasanya sembuh dari serangan sawan dengan sendirinya. Jika anak anda sudah boleh memahami dan bersekolah, terangkan kepadanya apa yang berlaku, dan berapa lama serangan itu berlaku. Anak anda mungkin mahu ditenangkan. Bantu dia tahu di mana dia berada dan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin boleh mengalami situasi seperti buang air kecil atau besar ketika serangan berlaku tanpa disedari. Bantu dia untuk membersihkan.
Langkah 9: Selepas serangan sawan.
Sekiranya anak anda mengadu sakit di bahagian kepala, sakit otot atau lidah, beberapa ubat boleh membantu. Sekiranya dia mengalami kesakitan yang teruk, atau jika dia cedera semasa serangan berlaku, bawa dia untuk berjumpa doktor. Sekiranya anak anda mempunyai demam yang berkaitan dengan serangan itu, rujuk doktor di klinik atau hospital. Dia mungkin mempunyai jangkitan yang perlu dirawat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...