Jangan Dah Terlambat, Baru Suami Ganti Masa Yang Hilang Dengan Isteri

Penat macam mana pun seorang isteri itu, dia akan jadi lebih bahagia bila dapat berdua dengan suaminya. Jadi, sebagai suami, wajiblah mengganti semula masa yang hilang dengan isteri itu.

Begini yang disarankan Ustaz Khairul Anuar Basri dan kenapa seorang suami, perlu bertanggungjawab melunaskan masa yang telah hilang itu. Jangan sampai terlambat!

Masa Yang Hilang Dengan Isteri, Wajib Kena Ganti Balik Tau!

Ingat tak masa sebelum kahwin dulu? Girlfriend kita keutamaan kita. Sibuk macamana sekalipun, kita akan cari jalan untuk jumpa dengan girlfriend kita.

Letih macamana pun, kita sanggup berlama-lama dengan girlfriend kita. Banyak masa yang akan kita manfaatkan bersama. Seolah-olah esok dah takde hari dah.

Bila tak jumpa, rasa rindu pula. Rasa nak segera berjumpa. Hari demi hari, asyik duk kira bila nak hujung minggu. Yang dekat cara dekat, yang jauh cara jauh.

Tak cukup dengan jumpa, call lagi. Tak cukup dengan call, mesej lagi. Maybe masa zaman tu, mesej la kot. Sebab whatsapp pun belum wujud lagi.

Tambah syok kalau zaman dulu-dulu wajib hantar surat. Hari-hari jenguk luar rumah kot-kot posmen datang hantar surat. Tulis surat berkajang-kajang. Oh.. alangkah bahagianya.

Awal-awal kahwin, kita masih lagi intim dengan isteri kita. Almaklumlah, pengantin baru kahwin kan…. macam belangkas la jadinya. Ke sana ke mari asyik berkepit aje.

Lahir Anak Pertama, Masa Suami Dengan Isteri Makin Berkurang

Jangan Dah Terlambat, Baru Suami Ganti Masa Yang Hilang Dengan Isteri

Bila lahir saja anak yang pertama, hubungan makin renggang. Kadang-kadang kita rasa tak, tapi sebenarnya kita makin tak banyak masa dengan wife kita.

Tambah lagi kalau kita sibuk dengan kerja. Dia pun sibuk dengan kerja. Dan paling best, dia terpaksa sibuk dengan menguruskan anak-anak sekali. Yang kita ni banyak yang mengelat aje.

Kadang-kadang kita ambil peluang pergi bercuti bersama keluarga. Niat nak enjoy-enjoy, happy-happy. Tapi sebenarnya kita tak enjoy sangat. Sebab letih melayan karenah anak-anak pulak. Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Sorang nak makan, sorang nak kencing.

Niat asal nak senang-lenang enjoy the trip, bertukar jadi trip yang memenatkan. Nak feeling-feeling sikit dengan pasangan pun tak sempat. Ader je anak yang akan menyibuk.

IKLAN

Tambah letih, si isteri aje yang sibuk layan anak. Si suami buat hal sendiri. Apa-apa hal minta dengan ibu. Apa-apa hal tanya dengan mama. Habis ayah dan papanya buat apa?

Masa kita amat berharga.. setiap detik yang berlalu dah tak boleh nak diulang semula. Ia akan kekal sebagai sejarah yang hanya layak untuk dikenang.

Anak Makin Membesar, Sepatutnya Jadikan Peluang Ganti Masa Yang Hilang..

Bila anak dah meningkat dewasa, inilah peluang untuk rapatkan kembali hati yang dah lama jauh. Intimkan kembali suasana sebagai sepasang suami isteri.

Kenang semula kenapa dan mengapa kita kahwin dengan isteri kita? Adakah kita berkahwin untuk tidak bersama? Ataukah perkahwinan itu sepatutnya lebih menjadikan kita rapat dan erat seperti suatu ketika dahulu.

Suami wajib ganti balik masa yang dia telah hilang untuk berdua dengan isterinya. Yang dengan seisi keluarga, itu masa dengan seisi keluarga. Ini masa suami dengan isteri. Hanya dengan isteri. Berdua.

Anak-anak saya sekarang dah meningkat dewasa. Yang paling bongsu pun umur nak masuk 6 tahun. Kencing berak dah boleh urus sendiri. Abang dan kakaknya memang dah umur remaja. 15 dan 16 tahun. Dah boleh jaga makan pakai adik-adik mereka.

Rupanya anak perempuan boleh jadi asbab mak ayah masuk syurga.

Jangan Dah Terlambat, Baru Suami Ganti Masa Yang Hilang Dengan Isteri

IKLAN

Apa yang saya buat sekarang?

Pergi Breakfast Berdua Itulah Dating

Kalau nak ke mana-mana, saya akan bawa isteri saya. Hanya kami berdua. Anak-anak tinggal kat rumah.

Awal PKP sebelum kami ambil keputusan untuk diet dulu, kami selalu ambil kesempatan dating masa breakfast. Saya bawa isteri saya pergi breakfast kat mana-mana kedai yang kami berdua pilih.

Berjongging Berdua, Pun Kira Dating

Sejak-sejak kami berdua diet, kami dah tak sarapan nasi berlauk atau nasi lemak atau nasi dagang lagi. Kami sediakan sarapan sihat kami di rumah saja. Sebelum sarapan, saya akan berjogging berdua bersama isteri. Waaahhh… saya rasa saya dah usahakan untuk ganti balik waktu berdua kami yang pernah hilang dulu.

Urusan Berdua Tak Bawa Anak, Boleh Dikira Dating

Kalau saya nak ke pasar, saya akan ajak isteri. Anak-anak takleh ikut.
Kalau saya nak gi cucuk duit di bank, saya akan ajak isteri. Anak-anak takleh ikut.
Kalau saya nak keluar atas apa-apa urusan yang tak rasmi, saya akan ajak isteri. Anak-anak takleh ikut.
Rasa bahagia sangat. Rasa best. Sebabnya itu adalah usaha saya untuk ganti balik masa saya yang dah hilang dulu.

Lagi 10 Tahun, Niat Round Dunia Dengan Isteri

Saya berazam dalam masa 10 tahun lagi, saya nak round dunia dengan isteri saya. Masa tu anak-anak semuanya dah takde kat rumah. Ada yang dah mula kerja. Yang paling bongsu pun mungkin dah masuk asrama sekolah menengah.

Isteri Kita Tu, Sebut Saja Nak Me Time Sebab Penat

Kawan-kawan…

Isteri kita ni sebenarnya dia nak kita. Dia cakap je dia nak me time. Sebab dia penat. Dia letih dengan aktiviti untuk orang lain.

Tapi sebenarnya dia nak me time berdua dengan kita. Dia bukan nak sangat me time dengan kawan-kawan dia tu. Cubalah tanya. Seorang isteri yang jujur akan cakap; daripada aku ke sana ke mari dengan kawan-kawan, baik aku pergi dengan husband aku!
Betul tak?
Mesti la betul…

IKLAN

Orang cakap, bukanlah makanan yang kita makan itu yang sedap. Bukanlah juga tempat yang kita pergi itu yang menarik. Tetapi makanan akan jadi sedap dan tempat akan jadi menarik kalau kita makan dan pergi bersama dengan orang yang kita sayang, orang yang kita cinta.

Saya dah pergi banyak negara yang cantik dan menarik. Tapi saya selalu teringat masa saya sampai negara-negara tu, alangkah bestnya kalau isteri aku pun ada sekali.
Kepuasan hati tu lain machiam. Seronok kita tu jadi beronok-ronok.

Hatta tempat paling best dalam dunia iaitu Mekah dan Madinah pun, kalau pergi seorang tak berapa nak best. Kalau ada wife… fuuuuhhhhh… best woooo!!!

Sebab itulah Wahai Suami..

Moral of the story wahai bangsa suami :

√    Kita mesti ada perasaan tanggungjawab untuk ganti balik segala masa kita yang sepatutnya kita isi bersama isteri kita tu semula. Jangan sampai masa dah terlambat.

√    Hilangkan segala penat lelah fizikal dan mental dengan aktiviti berdua-duaan dengan isteri kita. Tak kira la pergi melancong atau buat sebarang aktiviti outdoor.

√    Isteri kita, pelengkap hidup kita. Walau macamana tak suka pun kita pada sesetengah perangai dan tabiat isteri kita, kita kena sedar 1 perkara. Bila dia sudah tiada, ketika itu kita akan tahu bahawa sesetengah kelemahan itulah yang sebenarnya menyempurnakan hidup kita.

Isteri happy, keluarga bahagia. Suami terbaik, suami yang berfikir macamana nak happykan isterinya..

Hingga jumpa lagi dan selamat beramal.. hehehe..

#KAB
– geng-geng isteri, cuba tag suami masing-masing. Lepas tu jangan lupa share sekali biar lebih ramai suami yang tahu –

Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI