Begitulah Orang Susah, Orang Ikhlas, Selalu Memberi Apa Yang Dia Sayang

Jangan pandang sebelah mata dengan peniaga-peniaga yang berjualan. Kadangkala melalui mereka inilah tuhan berikan pelajaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Lelaki ini, Amirul Abraham belajar sesuatu daripada makcik peniaga ini; tentang erti ikhlas dalam memberi.

Dan hasil pertemuan dengan makcik peniaga ini menjentik hati lelaki ini untuk mendoakan kesejahteraan ibu-ibu yang menyayangi anak-anak mereka di dunia ini.

Makcik Salah Kira Ni..

Berapa semua makcik?”
RM20 je nak.
Saya hulur ngam 2 keping not 10 ringgit. Kemudian buka plastik berisi barang sayur dan ikan bilis.
Saya kira kira semula, mahu RM30 jumlah sebenarnya.
Makcik, nah 10 ringgit lagi.. makcik salah kira.”
Makcik tu ambil plastik saya, dia berjalan ke belakang kedai dan masukkan lagi sepeket ikan kering ini.
Sudah beri diskaun. Makcik ini tambah ikan kering lagi.
Eh. Kenapa tambah lagi? Total semua RM36 ni makcik.”
Takpelah nak. Ambil. Makcik belanja.”
Mana boleh macam ni makcik. Saya ada duit. Makcik tak boleh bagi saya diskaun. Umi saya baru kirim duit dari HongKong ni.” saya cuba bertegas.
Makcik tu senyum saja. Kemudian dia beri sepatah dua kata,

IKLAN

Ini Yang Orang Ikhlas Akan Lakukan

1. Tak salahkan orang macam makcik ni bersedekah dan beri lebih pada kamu? Makcik tenang. Kamu pun mesti gembira. Kan?
2. Makcik dah tua. Anak dah besar besar semua. Takde apa yang makcik nak kejar, nak. Ambil lah. Rasa nak sujud je kat kaki makcik ini.
3. Kamu pelanggan pertama makcik. Saya tengok jam dah pukul 10 pagi. Tapi saya yang pertama beli dari makcik ini. Sabar sungguh orang tua ini.
4. Makcik doakan anak gembira. Jaga diri selalu. Moga murah rezeki anak nanti. Eh. Macam terbalik pula doa makcik ni. Patutnya saya yang tadah tangan berdoa untuk makcik ini.
5. Orang susah, orang ikhlas beginilah kejadiannya. Selalu memberi apa yang dia sayang. Apa yang dia ada. Tidak berkira dengan sesiapa.

Kalau saya tak makan ikan masin ni mesti makcik sedih. Kejap lagi saya goreng ya makcik.
Ya Tuhan. Peliharalah ibu ibu kami di dunia. Sayangi mereka macam mana mereka menyayangi kami.

IKLAN

Lapar.

MW : Bersedekahlah, kerana ganjarannya tuhan akan gandakan lebih dari apa yang kita beri.

IKLAN

Ketenangan dan kebahagiaan dapat dirasai apabila ikhlas, penat berkhidmat pada orang kita sayang.

Sumber/Foto : Amirul Abraham

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita