Syurga bagi seorang isteri terletak pada suaminya, manakala syurga anak lelaki pula terletak pada ibunya.
Bahkan melangkah ke alam rumahtangga, kita diajar status ibu mentua itu sama dengan ibu sendiri. Sebagaimana kita menyayangi ibu yang melahirkan dan membesarkan kita, begitu jugalah kasih sayang yang terlempar pada keluarga mentua.
Namun tidak semua rumahtangga itu bahagia kerana wujudnya mentua toksid yang mampu merosakkan rumahtangga anaknya sendiri.
Dikongsi dari fb Dr Azizul Azli Ahmad, dikongsikan luahan seorang isteri mengenai sikap ibu mentua yang menjadi toksid dalam rumahtangganya hingga timbul rasa menyesal kerana terlalu caring.
Baca perkongsiannya, tidak semua rumahtangga begini kerana banyak juga mentua yang baik.
Mentua toksid juga wujud?
Ads
Assalamualaikum Tuan Azizul. Saya terbaca post tuan mengenai Antara Takdir atau Tadbir.
Saya dah tersalah langkah, terlebih-lebih caring terhadap keluarga mentua saya.
Memandangkan saya menantu pertama yang bergaji besar, mentua dan adik-beradik suami banyak berhutang dengan saya. Sebab saya jenis tak sampai hati. Sebutlah, laptop, barang kemas setiap sorang, kereta baru, duit rumah elak kena lelong semua saya bagi.
Ads
Cara hidup mereka adalah hidup untuk hari ini. Kalau nanti takde duit, boleh mintak tolong atau hutang orang. Yang buat saya terkejut, berhutang dengan Ah long pun pernah.
Baru-baru ini saya dan suami difitnah adik ipar kononnya sejak suami berkahwin dan hidup senang dengan saya, kami menghina mereka. Saya yakin ini adalah salah faham, tapi kami tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan dan kami dibuang.
Kami plan nak beli rumah pertama kami, tapi saya tak nak sambung bayar kereta mentua saya. Kalau saya tak bayar siapa nak bayar? Suami saya pun serik nak tolong keluarganya sebab kami difitnah sampai dibuang keluarga.
Kalau saya biar kereta tak dibayar dan ditarik, saya akan disenarai hitam ke oleh bank? Kereta mentua tu atas nama saya. Ini kali pertama dalam hidup saya menyesali perbuatan baik yang saya pernah buat.
Saya minta bantuan tuan untuk memberi cadangan kes saya ni. Terima kasih banyak-banyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rutin setiap hari buat yang bekerja, terpaksa melalui jalan jem, bergegas ke kenderaan awam untuk ke pejabat. Salah ‘timing’ boleh datang lambat kerja kalau terlewat bangun tidur, anak meragam waktu pagi dan sebagainya.
Sekali sekala datang lambat kerja, bolehlah dimaafkan sebab kita tak tau apa yang berlaku di tengah perjalanan ke tempat kerja. Ada sebabnya. Tapi bayangkan kalau setiap hari lambat, mahunya kawan-kawan akan pandang pelik jugak.
Tapi, tak perlulah nak ‘judge’ kawan-kawan yang datang lambat, kita tak tahu struggle dia waktu pagi. Tak payah nak bergosip atau mengata pun. Paling penting, jangan jaga tepi kain orang. Ada alasannya tersendiri.
Kita bila tengok kawan-kawan sekerja yang datang lambat pepagi, janganlah mudah kita nak judge. Kekadang kita tak tau masalah dia.
Mungkin rumahnya jauh, dia sanggup lambat sebab anaknya akan jadi orang pertama sampai sekolah. Gelap gelita lagi.
Kadang-kadang dia tidur lambat dan bangun awal, siapkan makanan anak-anak sebelum ke sekolah. Kekadang ada anak yang pagi-pagi meraung dulu sebelum mandi. Tapi sebagai ibu, tak nak marah sebab how we start a day, defines the day as a whole.
Ada orang rumahnya jauh dari orang lain, jadi walaupon tidur pada waktu yang sama, gerak pada waktu yang sama, orang yang lebih jauh tetap akan lebih lambat dari yang dekat
Elakkan la kata ‘time management kena betul, anak baru tiga, akak dah lima’. Kekadang, anak anda mak ayah yang jaga.start kereta jalan saja. Ada orang struggle nak keluar simpang-simpang.
Elakkanlah kata ‘anak dah 3 pun tak pandai urus masa’ sebab, setiap anak lain cabarannya. Lagi ramai anak lagi ambil masa nak adapt.
Lebih-lebih lagi kalau bujang lagi, sibuk komen orang datang lambat. Memang dalam hati orang yang dikata tu ‘nanti ko ade anak, ko tau le’.
Ada orang depressi, memang dia paksa diri ke tempat kerja dan jangan pula kita mengomen ‘eh, ape yang ko strss sangat?’
Atau ada pulak yang komen ‘org lain semua dah sampai, ko tak sampai lagi’. Baik tukarkan kepada ‘tengok awak tergesa-gesa, kenapa?’ lebih membina. Bila dibalas kenapa jangan pula balas ‘alasan je tu’. Haha memang minta musuh.
Memang tidak dinafikan orang menilai dari luaran, kerana manusia tak sempurna. Kalau lambat maksudnya lemau tak pandai kerja, tak cemerlang.
Namun manusia tu hanya ada 1 badan, 1 otak. Kalau dia lousy sebagai pekerja, mungkin di rumah dia seorang isteri, ibu dan anak yang baik?
Kalau dia seorang pekerja yang cemerlang, mungkin dia bukan isteri, ibu dan anak yang bagus. Dan mungkin yang lambat kerjanya lebih bagus dari yang awal?
jadi, jomlah jaga tepi kain sendiri. Jangan dok heboh siapa lambat hari ini. Diam-diam saja.
Mingguan Wanita : Setiap orang sudah diatur perrjalanan hidupnya. Kita jaga diri kita dan tak perlulah nak sibuk hal orang lain. Mana yang boleh kita tolong, tolong, bukan mengata lebih.
‘Rasa malu, takut bebankan suami bila kongsi perasaan.’ Isteri tulis surat luah rasa apa yang terbuku di hati. Masing-masing miliki cara tersendiri untuk hilangkan gundah di hati, dan wanita ini memilih untuk mengutus surat kepada diri sendiri.
Ternyata selepas berbelas tahun berlalu, cara itu membuahkan hasil dan dia buktikan dia mampu lalui segalanya dengan baik. Kongsi wanita ini..
Masyallah, nampak tenang..
Yes…
Ibu-ibu, saya sudah lepas fasa kelam-kabut. 24 jam dengan anak-anak kecil…
Bila sudah tua, benda-benda kecil macam ini sangat saya hargai. Saya akan record supaya saya sentiasa bersyukur. Sebab bukan senang nak dapat, dulu ini semua mimpi…
Kepada ibu-ibu yang lalui sama macam saya muda-muda dulu. 24 jam dengan anak-anak, tak sempat nak jumpa kawan, tidak sempat nak mandi, tak sempat nak lap almari, mop lantai, tidak sempat nak lawa-lawa wangi-wangi.
It’s ok, you are not alone. Your sacrifices are never a waste, dulu saya rasa… Alahai, dulu baju kasut lawa, muka tak pernah tidak ada blusher, is it worth it? What i choose and do now with the kids…
After 16 yrs.
Yes.. it is..
MasyaaAllah Tabarakallah
Macam mana saya kekal waras melalui semua itu dulu?
Segalanya dari Allah…
Satu yang saya ingat adalah
Saya luahkan, saya tulis surat pada diri saya sendiri. Kemudian saya buang, saya buang sama-sama rasa letih, sedih, happy, marah. Saya ini manusia biasa, bukan robot dan perasaan ini normal…
Kenapa tak cakap dengan suami, i can and i did. Tapi bukan budaya kita orang Melayu, jenis boleh nak sharing-sharing dengan good communication skills macam orang putih exspecially bila muda-muda ini kekok.
Rasa malu macam mengada-ngada dan rasa membebankan suami, sebabkan saya rasa macam inilah saya pilih untuk didik anak-anak saya supaya boleh berkomunikasi dengan baik dari kecil supaya mereka tidak rasa apa yang saya rasa. Budaya Melayu yang ada pada saya, buang jauh-jauh dari anak-anak saya ialah malu tak bertempat.
So saya share sikit-sikit sahaja dengan suami but it was never the same. Sebab dia tiada dengan saya dari 8 pagi sampai 5 petang, there is no way i can talk about all of it. Tak sama and honestly terlalu sibuk dan letih untuk mengadu nasib. So tulis surat is my way..
Ini cerita saya muda-muda dulu. Now we communicate very nicely, me and him, sudah tua. Pengalaman mematangkan diri dan kami semua sekeluarga berkomunikasi dengan baik. Kami belajar untuk hormat dengan pandangan masing-masing tak kira muda atau tua.. Masyallah sangat besar kesannya antara kami dan anak-anak.
Masyallah. Lepas 15 tahun, masa kemas-kemas rumah pindah baru ini, saya jumpa surat-surat yang tak terbuang, saya pun sudah lupa semua…
Oh, ada surat yang ada kesan air mata especially masa anak sakit berjemaah. Ada yang saya happy terutamanya bila anak-anak buat kejutan surat cinta atau anak-anak pandai buat sesuatu yang saya ajar.
Ada yang saya marah terutamanya bila ada orang cakap saya pemalas, bangun lambat, tak hantar anak sekolah, anak tak pandai bergaul, ada yang saya keseorangan dan bila nak keluar tapi tak ada kawan-kawan nak teman…..
Tapi setiap surat-surat itu, mesti ada.. “Allah ada and Allah will never leave me alone ”
Yes.. Allah ada… saya tak pernah keseorangan… Maha Suci Allah…
Baiknya Allah, dia buat saya lupa yang saya pernah letih, pernah sedih, pernah marah, pernah kecewa masa jalankan tanggungjawab didik anak kecil-kecil dulu…
Padahal diri ini sangatlah insignificant. Satu nyawa manusia yang kerdil yang tidak lekang dari dosa. Allahuakbar..
Still. He is there, here… along the way. Tanpa kelemahan, Allah maha Esa dan nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kau dustakan…
Sekarang bila fikir balik, kalaulah Allah biarkan aku sendirian dulu. Sungguh aku sudah tidak bernyawa sekian lama. Sungguhlah, kasih sayang dan pertolongan Allah sangat hampir dengan kita. Semoga kita menjadi orang-orang yang bersyukur.
Sesungguhnya dunia ini hanyalah persinggahan bagi manusia.
Lama tak bercerita di Facebook ni…
Penutup posting ini, ibu-ibu jagalah kesihatan mental ibu-ibu. Jangan burn out, reach out if you do. You are not alone walaupun kadang-kadang rasa alone sangat.
You are not, we are not. Allah ada dan pertolongan Allah itu sangat-sangat hampir. Hugs.
Mingguan Wanita: Sebaiknya, luahkan pada suami apa yang terbuku agar dia sama-sama fahami yang mak-mak lalui. Jika suami tidak dapat membantu sekalipun, sekurangnya dapat meluahkan.
Tak dinafikan setiap orang mesti ada kawan baik tak kiralah lelaki atau perempuan. Berkongsi susah senang. Tapi bila dah ada pasangan, jangan lebih-lebih. Sebabnya dia dah ada pasangan lain.
Walaupun kita kenal kawan baik itu sejak kecil atau zaman sekolah, janganlah lebih-lebih bila dia sudah ada pasangan. Bimbang boleh menimbulkan fitnah dan juga cemburu, malah takutnya ‘lain jadinya’.
Begitu juga bila ada kawan di pejabat atau tempat kerja. Tak salah pun nak berkawan, masa rehat makan bersama tapi janganlah berlebih-lebih. Itu pasangan orang dan hormatilah seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Syakirin ini.
“Berkawan” dengan pasangan orang ni, tak boleh mesej dia tengah-tengah malam dan tak perlulah guna emoji atau ayat yang mesra-mesra.
Paling penting, jangan dan tak boleh nak buat manja atau mengada-ngada. Sebab dia itu pasangan orang.
Itu adalah adab dan tatacara yang sebaiknya, seandainya perlu berkawan dengan pasangan orang, kenalah hormat hubungan sedia ada dia, komitmen dia, tanggungjawab dan kewajipan dia.
Jangan sesekali mengharapkan dia mendengar masalah kita sebab dia tak boleh dengar masalah kita dan dia hanya boleh dengar masalah pasangan dia sendiri.
Selain itu, kena ingat, dia tak boleh nak sentiasa layan kita sebab dia hanya boleh layan pasangan dia sendiri.
Jangan harapkan dan dia tak wajib untuk utamakan kita atau dahulukan kita dalam kehidupan seharian dia sebab dia wajib utamakan dan dahulukan pasangan dia sendiri.
Bila berkawan dengan pasangan orang, jangan jadi attention seeker, itu adalah tak bermoral perbuatan ni dan bila berkawan dengan pasangan orang, jangan keluar berdua. Maksiat perbuatan ni.
Ada had dan ada batas antara jantina berlainan. Jangan suka-suka redah sehingga lupa dia itu pasangan orang.
Kawan atas dasar kerja, kawanlah tapi jangan lebih-lebih, Tak kiralah kawan atas dasar tadika kemas sekalipun, tak salah untuk berkawan.
Tapi ingat, dalam benak hati, dia itu pasangan orang dan bukannya pasangan sendiri.
Mingguan Wanita : Kalau tak ada orang yang meulakan dulu, perkara ini tidak akan berpanjangan. Cuma harapnya, jangan terus melayan takut nanti tak terlayan.
Dua beradik pelajar vokasional maut langgar MPV rosak di Lebuhraya PLUS Sungai Petani menghala ke Bertam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batas Ubi, Teroi, kira-kira jam 3 petang hari ini.