Sememangnya bab mencari barang yang hilang di rumah elok diberi pada isteri, tapi suami bukanlah cari barang guna siku pun. Cuma memang suami cari susah nak jumpa. Betul tak?
Tapi sekali isteri cari, sambil pejam mata pun dia boleh jumpa. Kagum sungguh dengan kelebihan isteri atau wanita dalam mencari barang.
Mencari Barang Hilang Elok DiBeri Pada Isteri
Kongsi Hilmi Jailani, bab mencari barang yang hilang ini eloklah diberi kepada isteri. Kalau belum ada isteri, boleh minta bantuan emak, adik perempuan, makwe lama, jiran perempuan, bini ketua kampung atau siapa sahaja yang bergelar perempuan.
Aku tulis benda ini khas untuk lelaki.
Kau tak pelik ke bila kita cari planta dalam peti tak jumpa. Isteri datang, sambil pejam mata dia seluk tangan dalam peti ais, elok je planta di genggaman dia tak sampai 1 minit!
Kalau lelaki yang baru kahwin mesti ingat bini dia ahli sihir. Lebih malang, isteri dituduh menyorokkan planta tak mahu berkongsi dengan suami.
Ikut kajian, wanita ini ada penglihatan periferi yang lebih luas berbanding lelaki. Bahasa mudahnya, sekali buka peti ais tu dia tak perlu nak pusing kepala kiri kanan untuk scan keseluruhan peti ais.
Dikatakan juga, hormon estrogen wanita turut membantu mereka mengenalpasti kedudukan semua benda yang ada dalam rumah. Waima seluar dalam suami yang ada bawah kerusi pun dia tahu.
Lelaki pula macam mana?
Para pengkaji dapati otak mereka ini lebih fokus kepada perkataan Planta. Mudah cerita, mereka buka peti ais terus cari bekas bertulis perkataan P-L-A-N-T-A.
Kalau ada hari bekas itu berpusing mengadap ke belakang, haram lelaki nak jumpa. Tambah pula bekas planta yang asal sudah berubah menjadi bekas tupperware yang total berbeza. Manalah lelaki tahu oi!
Ads
Tapi Suami Bukan Cari Guna Siku
Kalau sudah faham benda ni, mungkin suami isteri sudah boleh mula bekerjasama.
Ingat, suami tak jumpa planta bukan sebab cari guna siku atau lutut. Tapi sebab mereka memang tak jumpa. Dan suami jangan lagi tuduh isteri sorokkan barang dalam rumah.
Dapat sesuatu?
Mingguan Wanita : Kadang-kadang tak boleh hadam kenapalah suami tak jumpa padahal barang itu ada saja depan mata. Ini salah satu trik suami juga malas nak cari dan harapkan isteri.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Tegas tapi penyayang dengan orang sekeliling! Itulah sikap Yusuf Azmi.
Terbaru, bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi, 28 ada memuat naikkan status panjang mengenai pandangannya tentang kehidupan, malah dia juga sering memuji isteri dan menghargai masa bersama anak-anaknya.
Ternyata dunia bersama anak-anak yang dia miliki sangat membahagiakan. Malahan netizen juga mendoakan yang baik-baik di setiap ruangan komen Instgram miliknya. Ikuti secebis luahan lelaki ini dengan kehidupannya hari ini dan cuba rebungkan…
Luahan Yusuf Azmi Buat Isteri Dan Anak-anak
Dia yang dikagumi dengan sikap lantang bersuara sebenarnya memiliki aura romantik bila meluahkan perasaan kepada orang rumahnya. Ini jelas dalam kenyataan bertulis terkini dengan sekeping gambar bersama isterinya, Sebrina Hamdan.
“Kebahagian yang paling membahagiakan apabila melihat isteri tercinta dan anak anak tercinta bahagia. Itu membuatkan naluri dari dalam hati menjadi bahagia. Pemimpin bernama ayah. Beliaulah laluan untuk penerima segala kebahagian..Hatinya di dalam tiada siapa yang tahu. Tetapi Pemimpin yang bergelar ayah sentiasa memberikan senyuman untuk anak anak nya. Kerana beliau tahu yang semua itu amanah dari Allah.
Kita tidak harus merasa sedih tetapi apa yang kita lalui. Sesungguhnya ramai lagi manusia yang menderita kerana tidak mempunyai kebahagian seperti kita. Jangan melihat di langit kerana isi dan kulitnya jauh berbeza dan membuatkan kita tidak merasai nikmat yang Allah beri. Lihatlah si pejalan semut sentiasa bersyukur apa yang mereka perolehi. Mudah mudahan memberi manfaat kepada semua Ayah dan suami. Ayah cintakan semua anak anak ayah. Dan bidadari syurga ayah satu satunya baby manja Sebrina Hamdan.”
Selalu Baiki Diri
Jangan risaukan kata-kata orang kerana setiap orang membaca dunia dengan pemahaman dan pengalaman yang berbeza.
Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik. Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.
Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.
Kita Bukan Siapa-siapa Untuk Menilai Sesiapa, Eratkan Silaturahim.
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat
Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh.
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh…. Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama.
Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta. Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.
Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.
Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.
Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian… sedar lah diri segala yang kita miliki termasuk diri kita milik ALLAH SWT.
Doa Lelaki Ini Sempena Hari Jumaat
Pesan Yusuf Azmi lagi, rebutlah berbuat kebaikan pada hari Jumaat, kalau mampu gandakan alhamdulillah. Itu rezeki…
Semoga kita mendapat rahmat yang baik pada hari ini, Penghulu segala Hari. Berjalanlah kamu dengan merasa malu melihat ke langit dan rasa malu memijak ke bumi. Itu la dinamakan Tawadhuk. Apa percapaian pun di dalam hidup kita itu semua milik Allah. Dan bila kita mati kita kembali pada Allah. Jangan merasakan diri itu aku.. Kerana aku itu tiada. Berilah sedekah kepada sesiapa walaupun kita tiada apa apa. Kerana Sedekah itu bukan pada nilai wang yang besar. Carilah permata di sunggai yang mengalir. Jangan kita khuatir kita kehilangan. Kerana janji ALLAH itu pasti.
Salam Jumaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang ada benarnya isteri sebenarnya perlukan masa suaminya untuk bersama-sama, berbual mesra dan bercerita pelbagai perkara. Bukan hanya sekadar ‘jasad’ suami yang ada di depan mata, tapi buat hal sendiri, melayan handphone dan diam seribu bahasa. Pesanan buat suami, berilah ruang masa tersebut buat isteri agar isteri rasa dihargai dan diperlukan.
Saya ada banyak cerita tentang kisah romantik suami isteri. Tetapi hari ini saya ceritakan satu cerita tentang kasih isteri. Cerita ini masa lama dulu masa saya mula berkahwin. Masa tu saya di Johor dan isteri di Selangor. Saya kerja di Batu Pahat tetapi isteri jadi cikgu di Klang. Balik hujung minggu.
Satu hari macam biasa saya nak pergi kerja setelah bercuti sabtu ahad. Isteri saya cium tangan saya dan saya peluk dia. Tapi kali ini lama sikit dia peluk. Tiba-tiba saya rasa bahu saya basah dengan air mata. Saya tanya kenapa ?. ” Abang jaga diri baik-baik. Awin rindu kat abang bila abang tak ada “.
Adoi janganlah macam ni. ” Awin … abang kan pergi kerja. Cari duit. Ada rezeki kita tinggal sama. Awin pun jaga mak kat sini kan “. Awin anggukan kepalanya.
Saya fikir masa tu isteri saya rindu saya sebab saya jarang balik. Tapi saya salah. Masa kami sudah bersama tinggal di Muar. Keadaan begitu juga. Pernah sehari dia pujuk saya untuk tak pergi kerja. Masa tu saya ada meeting penting. Saya keluar juga tapi saya belikan sarapan dulu kat luar. Masa tu awin dah tak kerja jadi suri rumah sepenuh masa.
Tiba-tiba saya tersentak dan tersedar. Saya sibuk dengan hal saya sahaja. Saya balik rumah jam 10 malam dan kadang-kadang tak sempat nak balik kerana kerja saya tidur hotel.
Isteri Perlukan Masa Suami
Saya tak ruangkan masa untuk isteri saya sehingga walaupun tiap hari berjumpa dia rindukan saya. Isteri sebenarnya perlukan masa suaminya. Bersama, berbual dan bercerita.
Isteri sebenarnya perlukan masa suaminya. Bersama, berbual dan bercerita
Isteri ini macam anak-anak yang perlu dimanja. Isteri ini perlu suami dengar cerita-ceritanya sepanjang hari walaupun suami dah tahu dan ceritanya berulang-ulang.walaupun suami dah tahu dan ceritanya berulang-ulang. Isteri tak akan cakap dengan suami mereka mahukan itu semua. Mereka faham suami mencari rezeki untuk keluarga.
Sejak itu, saya suka keluar minum malam-malam dengan dia. Saya suka keluar sarapan dengan puan CEO. Cerita-cerita gosip. Isteri kita tak ada kawan. Kawan paling dia rapat dan dia percaya cuma kita. Lebih lagi bagi isteri yang jadi suri rumah.
Buat suami diluar sana. Berikanlah masa untuk isteri mu. Beri masa untuk mereka bercerita walaupun sudah bersama lebih 20 tahun dan sampai bila-bila.
#CeritaAyahRamaiAnak
#JiwangKarat
MW: Pesanan buat suami, rajin-rajinlah luangkan masa untuk isteri, dengar ceritanya dan layanlah dia berbual. Suamilah kawan yang paling rapat dengan isteri untuk berkongsi segalanya.
Percayalah kekuatan asmaul husna boleh membantu anak-anak tempuh peperiksaan dengan lebih tenang dan yakin.
Jadi mak ayah yang ada anak nak tempuh peperiksaan boleh amalkan zikir ini, info padat daripada Rosmanita elin, rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, program di Tanjung karang.
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.
Mudah-muadahan perkongisan ini dirahmati Allah.
Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna.
Ini pula cara kedua yang mak ayah boleh buat…
1. Buat solat taubat, solat hajat khusus untuk anak. Dalam doa tu sebut nama anak…
Ya Allah, Kau kembalikan segala elmu yang anakku (sebut nama anak) tahu, izinkanlah anakku (sebut nama) menjawab soalan dengan baik dan lapang dada. Jadikan anakku (sebut nama) seorang professional yang mukmin.
2. Sepanjang anak exam, baca yassin atau zikir, bayangkan korang duduk sebelah anak dalam dewan peksa. Baca sepanjang anak jalani exam.
3. Pastikan anak gi exam dalam keadaan berwuduk.
4. Maafkan anak-anak dengan ikhlas.
5. Mak ayah bersedekah. Klu naik teksi, bayar lebih, atau bayar lebih kat makcik-makcik jual kuih, nasi lemak atau banje kawan opis sarapan. Bila kita gembirakan orang lain, Allah pasti gembirakan kita.
6. Pastikan environment kat umah dalam keadaan positif. Elakkan marah-marah adik-adik atau abang kakak yang lain untuk elakkan suasana tegang kat rumah.
Moga Allah berikan keputusan terbaik untuk anak-anak semua. Amin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...