Sebab Cerita Macam Inilah, Bukan Semua Tetamu Boleh Jemput Masuk Rumah

Pernah terbaca satu kata-kata, ‘jika dijemput masuk ke rumah orang, masuklah seperti orang orang buta, dan keluarlah seperti orang pekak.’ Maksudnya di sini, wahai tetamu.. apa pun yang jadi dalam rumah yang dikunjungi itu, usah disebarkan keburukannya pada orang luar.

Lagipun, bukan setiap hari kita berdepan dengan tuan rumah. Mungkin waktu kedatangan tetamu, tuan rumah sedang ditimpa musibah. Hingga menghalangnya menguruskan kediaman dengan baik. Janganlah dicanang, kekurangan itu.

Boleh jatuh fitnah. Salah menerima tetamu ‘radio karat’ boleh sebabkan keluarga diperkatakan orang lain bertahun-tahun lamanya. Begitulah sukarnya pengalaman, Murliati Rahim ini.

Terputus Bekalan Air, Rumah Pula Didatangi Tetamu

Sedang basuh pinggan mangkuk tadi, teringat kisah hidup saya masa duduk di gombak dulu. Kawasan rumah saya dulu dekat Batu 10 Gombak, Jalan Bentong Lama tu.

Masalah kat situ satu je, kerap sangat tak ada air. Kadang-kadang tu 3 ke 4 kali seminggu tak ada air. Bukan sekejap sekejap tak ada air tau. Seharian tak ada air.

Satu hari tu Allah nak uji. Rumah kami didatangi tetamu. Memang gundah gulana laa rasa hati waktu tu. Macam mana la saya nak mengemas, mencuci pinggan mangkuk, mengelap lantai lagi. Ada anak kecik yang ramai ni faham laa kan.. Saya buat sajalah apa yang mampu.

Sampai saja tetamu, berulang kali laa saya minta maaf. “Minta maaf, rumah kami 2 hari dah tak ada air. Tunggu hari minggu baru sempat nak mendobi dan mengangkut air pula.”

Eh, tak apa tak apa.. Faham…” kata tetamu saya.
Biasa laa macam ni..” sambung tetamu saya lagi.

Lain Pula Cerita Yang Tersebar Dari Mulut Tetamu

Selepas beberapa minggu tu, saya balik ke kampung.

Sampailah cerita pada saya, yang rumah saya ni bersepah, pinggan mangkuk tak basuh, baju tak bercuci. Penyegan benor anak kamu tu.. Esok laki lari.

Yang saya peliknya, cerita tu sampai hingga ke Utara, ke Selatan, ke Timur, ke Barat.. Cepat betul radio karat buat kerja.

IKLAN

Baru datang beberapa jam, sembang macam dah duduk setahun dengan kita.

Hal itu membuatkan suami saya bersuara, “Lin abang tak benarkan lagi si dia datang ke rumah kita lagi dan Lin kena beringat apa-apa yang jadi dalam rumahtangga kita jangan sesekali sampai pada si dia. Dia bukanlah orang yang baik untuk dijadikan panduan.”

Ha, apa perasaan awak kalau suami tak bagi sedara mara kita ke kawan-kawan kita ke datang ke rumah. Ko rasa? Tak ke sentap!

Tapi, waktu itu saya memilih untuk percaya pada suami. Saya pegang kata-kata suami. Sejak itulah, saya tak berani dah jejak kaki ke rumah si dia.

Bersyukur Dengar Cakap Suami

Hari ini, saya dan suami rasa bersyukur sangat sebab kami buat keputusan yang betul. Kalau tak macam-macam fitnah lagi lah yang keluar dari mulut si dia.

Sehingga ke hari ini setiap kali saya duduk dekat si dia masih lagi bercerita tentang hal rumah tangga orang lain.

IKLAN

Memang sedih sangat. Kadang-kadang tu saya rasa nak bagitahu je pada orang-orang semua. “Eh, korang janganlah pergi rumah dia, duduk kejap-kejap tak apa, tapi janganlah sampai bermalam dirumah dia. Malapetaka!”

Tapi nanti, orang kata kita pulak yang buat cerita. Jadi saya pilih untuk senyap. Mampu berdoa dalam hati sajalah.

Bukan Semua Orang Boleh Jemput Masuk Rumah..

Disebabkan fitnah si dia yang satu itulah, sampai ke hari ini kalau saya bersuara je, pasti akan ada yang kata, “hang tu pemalas, penyegan, dan tahu mengarah laki saja..”

Hmm.. Malas nak layan… Sabar je laaa..

Nasib baiklah dia tak interbiu jiran sebelah rumah saya sekali.

Pengajaran buat semua..

IKLAN

Ingatlah, tak semua orang kita boleh jemput masuk ke rumah kita.. Tak kisahlah orang dekat ke orang jauh ke. Berhati-hatilah..

Ya.. Memang menjadi kewajiban kita meraikan tetamu dan pahalanya sangatlah besar di sisi agama. Namun, sebagai tuan rumah, kita juga ada hak untuk menerima atau melarang sesiapa pun untuk berkunjung ke rumah kita.

Beringat-ingatlah sebelum membuka pintu kepada orang luar untuk masuk ke rumah kita.

Point di sini, wajib dengar cakap suami!

 

Sebab Cerita Macam Inilah, Bukan Semua Tetamu Boleh Jemput Masuk Rumah

 

Tengok Luqman ni sedihnyaaa laaa dia… Kenapa tu.. Ada orang mengata awak juga ke?? Alahaiii…

Sabarlaa nak.. Ini semua ujian hidup.

MW : Sebenarnya boleh saja tahan hati dari mengata hal orang, caranya sentiasalah bersyukur dan berlapang dada dengan setiap rezeki yang tuhan berikan untuk diri sendiri mahupun orang lain. Bila lebihkan bersyukur, automatik rasa serba tak kena tu akan hilang.

Baca sini : Bila tetamu jauh datang, segeralah bancuh air. Jangan tuan rumah sibuk membawang.

Sumber/Foto : Murliati Rahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI