Bukan seorang, dua daripada mak-mak berdepan dengan masalah hubungan mertua-menantu. Awalnya hubungannya baik dan indah, namun semakin lama bila masing-masing menunjukkan perangai sebenar, hubungan yang baik menjadi retak.
Sesungguhnya menantu datang daripada keluarga berbeza, dibesarkan juga dengan cara yang lain. Namun berhentilah anggap mereka orang luar. Mungkin ada beberapa perkara yang tidak kena di mata, sebaiknya berbincanglah demi hubungan mertua dan menantu yang baik.
Bekerja sebagai pendidik, waktu paling seronok adalah ketika kita dapat berkumpul beramai-ramai sambil menghadap bekalan selepas selesai kelas jam 10.00 pagi.
Macam-macam cerita yang kami bualkan. Hal anak- anak, cerita dalam kelas dan adakalanya berkongsi masalah pengurusan pelajar dan silibus.
Baru-baru ini keluar kisah hubungan mentua-menantu dan sesama ipar duai.
Kisah ini bermula apabila saya sendiri menceritakan keadaan diri saya setiap kali balik ke rumah mak kandung saya (baca: saya anak yang dari lahir dan tidak tinggal bersama ibu bapa kandung. Saya dipelihara oleh Arwah Aki dan Uwan).
“Akak kan, setiap kali balik rumah mak, akak ini macam tetamu. Bukan tak mahu buat apa-apa kerja tapi kekok. Rasa serba tak kena.”
“Eh, kak! Saya sekarang ini tiap kali balik rumah mak mentua, saya memang buat macam tetamu.
“Dah lama sangat jadi menantu dia kan, saya pilih untuk elakkan saya sakit hati kalau dia komen apa-apa bila saya usik barang di dalam rumah dia. Jadi, lebih baik saya terus tak buat apa,” seorang adik pula membalas.
“Kakak pun sekarang ini kalau balik rumah mentua pun sudah tak berapa nak sangat cakap lebih-lebih.
Ads
Maklumlah, adik-adik ipar pun ramai sudah besar, sudah ada keluarga. Cakap pun sudah makin lantang, makin tak jaga, jadi akak pilih untuk tak mahu cakap lebih-lebih.” Sampuk pula seorang kakak.
“Ye lah kan, apa- apa pun kita ni tetap orang luar.” Bak dirancang, ramai yang sepakat komen begini.
Saya sebetulnya punya pandangan hampir serupa, cuma barangkali rezeki saya lebih baik kerana dikurniakan arwah ibu mentua yang menganggap tiga menantunya sama seperti dia menerima tiga anak baru.
Jadi, sejak awal perkahwinan saya, kami tiada jurang. Kami bergaul baik dan mesra.
Bohonglah kalau saya katakan sepanjang tempoh itu tiada berkecil hati, terguris rasa sesama kami.
Tetapi, kami ambil pendekatan selesaikan dengan cara perbincangan dan saya harus syukuri nikmat dihadirkan kakak-kakak ipar yang mahu menganggap saya sebagai ganti adik mereka yang telah lebih dulu dipanggil pulang ke sisi Allah SWT.
Sungguh, sebaik menerima mesej kakak ipar kedua yang mengatakan saya bukan lagi dianggap sebagai adik ipar tetapi mereka mahu saya terima mereka sebagai kakak kandung, hati saya jadi lapang. Diri terasa bebas dan tenang.
Rata-rata, tidak dinafikan ramai daripada kita masih mempunyai mentaliti “menantu itu adalah orang luar”.
Entah mengapa, saya kurang bersetuju dengan kenyataan itu.
Ads
Keluarga Berbeza Tak Bermakna Menantu Orang Luar
Ya, menantu itu datang daripada keluarga berbeza, dibesarkan dengan cara yang tidak sama, mempunyai kebiasaan tidak sekata dengan kebiasaan keluarga kita tetapi berhentilah menganggap mereka bukan sebahagian ahli keluarga kita.
Saya tidak selayaknya memberi hujah panjang lebar tentang perkara ini. Tidak adil barangkali kerana saya tidak teruji dengan keadaan seperti yang sesetengah kita terpaksa harungi, namun saya perlu siapkan diri untuk menghadapi keadaan serupa bila tiba masanya untuk anak-anak saya sendiri berkeluarga.
Semoga saya mampu didik diri untuk berlapang dada menerima lebih dan kurangnya pembawakan diri seorang menantu itu dalam keluarga saya.
Walaupun Keluarga Berbeza, Cuba Sesuaikan Diri
Para menantu juga seeloknya belajarlah sesuaikan diri apabila memasuki alam berumah tangga.
Samalah juga bila kita mahu mentua dan ipar duai menerima banyak perbezaan kita berbanding cara hidup mereka, maka kita juga harus siapkan diri untuk biasakan diri dengan gaya hidup mereka.
Banyakkan toleransi dan cuba amalkan konsep faham-memahami dalam melayari alam rumah tangga. Sedih sebenarnya setelah berumah tangga sekian lama, masih ramai antara kita belum dapat mencari titik sefahaman dalam hubungan mentua- menantu- ipar duai ini.
Kembali kepada Allah, fahami konsep berkeluarga dan berukhuwah. Insya-Allah semuanya akan baik- baik sahaja. Allah pasti akan selalu menjaga kita terutamanya apabila kita tidak jemu meminta.
Ezatul Marini Mohd Ghazali
Acik Bawang Bu Guru
Penulis BLUR/ CLEAR/ MRS.PAPA/ BERANI BERHIJRAH
Tanjong Malim Perak
MW: Apa jua yang Berlaku, berbincanglah dengan baik. Jangan jadikan menantu atau mertua sebagai musuh, sudahnya nanti rumah tangga yang dibina pula berantakan. Jadi renung-renungkan ya.
Sumber: Acik Bawang Network
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas bersalin, para isteri pastinya memerlukan sokongan daripada suami bagi mempercepatkan pemulihan luka dan kembali sihat sedia kala. Bersalin merupakan satu perjuangan buat isteri, rela mempertaruhkan nyawa dalam melahirkan cahayamata buat suami.Apa yang para isteri mahukan hanyalah suami benar-benar memahami situasi dan keadaan yang dihadapi.
Menurut perkongsian oleh Dr Taufik Razif, sebenarnya ada 5 perkara yang suami kena ambil tahu tentang isteri yang lepas bersalin baik dari segi perubahan emosi mahupun fizikal.
Berikut antara perkongsian beliau;
5 benda suami nak kena tahu tentang isteri yang lepas bersalin (post partum )
1. Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.
2. Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.
3. Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.
4. Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau-lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).
Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :
– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa
– Batuk darah
– suhu badan naik
– sesak nafas
Bahaya ke pulmonary embolism ni?
– Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!
5.Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues.
Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.
Masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri dah tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka kesan koyakan Episiotomy je tapi luka emosi tu sendiri yang lebih dasyat sebab tu la si isteri sangat perlukan tidur, makan dan minum yang cukup dan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri.
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat & tolong sebarkan pada suami isteri yang belum tahu tentang benda ni ye.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada pasangan yang keduanya diberi cuti dan ada juga bekerja dari rumah. Segelintirnya pula ada yang isteri bekerja dan suami terpaksa mengambil segala tugas isteri di rumah kerana suami diberi cuti.
Sebenarnya tak mudah ya, bila sang suami yang perlu mengambil tugas menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga. Bila suami mengambil alih tugas isteri, barulah tahu apa yang isteri hadapi setiap hari dalam menguruskan rumah tangga.
Setiap hari isteri pesan abang basuh baju, abang mandikan anak, abang bagi anak makan, abang kenapa mainan anak bersepah ini, kemas… kemas… kemas.
Naluri jantan tercabar bila diarah-arah seperti itu.
Mentang-mentanglah dia yang keluar rumah bekerja sekarang ini, kita duduk rumah kita pula yang kena buat semua kerja rumah. Huh!
Betul-betul kena penjara sosial…
Sudahlah tidak dapat keluar, kena terperuk dalam rumah asyik buat kerja rumah pula itu.
Tak sempat nak scroll facebook, tak sempat nak hello kawan tanya khabar, tak sempat nak duduk silang kaki tangan mendepa, tak sempat nak manfaatkan HBO yang astro sudah bagi free.
Serius, langsung tak sempat!
Tak pernah lagi rasa sanggap me-time teruk macam ni. Setiap hari ternanti-nanti isteri balik kerja hendak pass baton.
Huwaa..
Buat korang yang ada isteri di sisi, hargailah isteri korang. Jangan biar isteri korang buat kerja rumah seorang diri.
Sungguh, penat dia bukan kaleng-kaleng. Kasihan pada mereka.
Macam manalah suri rumah yang bertahun-tahun buat kerja rumah seorang diri 24 jam sehari, 365 hari setahun itu boleh survive sampai sekarang. Kamu semua memang hebat!
Kamu semua adalah frontliner sejati setiap rumah.
Jika kekuatan lelaki ada pada tenaga maka kekuatan wanita pasti ada pada kesabaran yang amat tinggi.
p/s : Hikmah duduk rumah kali ni supaya para suami boleh lihat dan rasa sendiri apa yang para isteri dah hadap sepanjang hidup mereka. Ia mengajar kita supaya lebih menghargai.
MW: Semoga setiap lelaki menjadi seorang suami yang menghargai isterinya lebih-lebih lagi yang bergelar suri rumah tangga yang 24 jam menguruskan keluarga dan rumahtangga tanpa mengenal erti penat dan jemu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tip nak belajar di sekolah Cina, mak ayah kena tenang kalau anak kena marah dengan cikgu, itu budaya biasa. Ramai ibu ayah yang bercita-cita menghantar anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Sebabnya sistem jadual sekolah mereka agak tersusun selain murid ada banyak kerja sekolah walau hari cuti.
Bagi ibu ayah yang mahu hantar anak belajar di sekolah Cina, seorang individu Adam Kelvin, berkongsi tips dan persediaan apa yang perlu mak ayah buat kalau bercita-cita nak hantar anak belajar di SJKC.
Tip Nak Belajar Di Sekolah Cina
Ini sebahagian tips dikongsikannya, apa perlu mak ayah hadapi selain murid juga kena kuat mentalnya.
Tip Persediaan Anak Masuk ke SJKC
Hantar ke tadika cina seawal mungkin.
Kalau boleh cari tadika cina yang belajar bahasa cina setiap hari. Bahasa ni all about practice.
Tak cukup sekadar kelas bahasa cina 2x seminggu. Main language mesti bahasa cina. Tadika anak saya medium english tapi bahasa cina ditekankan sebab ada je ramai orang cina sekarang tak pandai berbahasa cina.
Orang selalu share yuran tadika swasta sekarang mahal. Tak tengok lagi yuran tadika cina yang femes. Huhu..menangis poket. Boleh la mula menabung dari sebelum berkahwin untuk tabung pendidikan awal anak. Advance tak cadangan saya?
Mak Ayah Kena Tenang Kalau Anak Kena Marah Dengan Cikgu, Itu Budaya Biasa
Kalau anak kena marah dengan cikgu, tenang saja.
Sjkc ni terkenal dengan guru yang strict. Tapi saya tak ada la nak strict sangat. Masa anak saya umur 4-5 tahun masih hantar ke montessori cina. Ada fasa main lagi. Masuk 6 tahun saya tukar ke tadika supaya anak saya bersedia dengan environment sjkc kelak.
Tapi cikgu bahasa cina anak saya ni baik sangat. Tegas tapi budak-budak suka. Anak saya boleh tahan dengan garang cikgu bahasa cina dia. Dia kata garang tapi best.
Setiap masa dia tanya nak masuk kelas tuisyen bahasa cina dengan cikgunya tu. Sayangnya cikgunya tak ready nak open kelas.
Kahwin dengan orang Cina.
Kalau tak ada cara lain. Buntukan?
Ni tip paling berkesan untuk anak well prepared masuk ke SJKC nanti.Boleh la mula mengorat ahmoi atau leng cai kat luar sana kalau nak anak mudah ke sjkc nanti.
Tapi…make sure kahwin dengan orang Cina yang boleh bercakap, menulis dan membaca bahasa Cina tau. Hahaha.. Jangan kata anak je, dengan pasangan sekali dia ajar bahasa Cina.
Wife saya tak ada masalah sebab dia dulu produk SJKC. Adik-beradik wife saya semua masuk SJKC. So kalau balik kampung, nak mengata orang, mereka akan cakap bahasa Cina. Hahahhahaha..
Okay..ni gurau je ya. Jangan serius sangat. Gantung kat pokok tauge baru tahu!
Bahasa cina ni tak ada klu abjad macam english atau melayu. Setiap karakter bahasa cina tu memang kena hafal dan ingat. Nak dapat tu yang susah sebenarnya bahasa cina ni.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.