Siapa sangka barangan keperluan harian menggunakan sampel percuma, boleh jimat sehingga RM38,000 dalam masa 2 tahun!

Sebenarnya memang ada pelbagai cara untuk menjimatkan perbelanjaan harian mahupun bulanan. Rajin mengumpul dan menggunakan sampel percuma yang diberikan oleh pelbagai pengeluar produk adalah salah satu caranya.

Ketagih Ambil Sampel Percuma

Seorang wanita yang ketagih mengambil sampel percuma mengaku berjaya menjimatkan wang lebih 7,000 pound (RM37,514) dalam tempoh dua tahun dengan hanya menggunakan barang berkenaan.

Lapor Daily Mail, Maria Sillaste, 33, dari Liverpool mula mengumpul sampel percuma itu sejak dua tahun lalu.

Keperluan Harian Guna Sampel PERCUMA, Wanita JIMAT RM38,000 Dalam 2 Tahun!

Sampel PERCUMA Pelbagai Produk

Katanya, sampel percuma yang diambil terdiri daripada pelbagai produk termasuk makanan, minuman, penjagaan kulit dan juga peralatan rumah.

“Saya mula ketagih memburu barangan demikian selepas melihat hantaran mengenai cara mendapatkan sampel minyak wangi secara percuma dalam media sosial.

“Sejak itu, saya mencari lebih banyak lagi sampel percuma yang boleh digunakan untuk keperluan harian,” katanya.

IKLAN

Keperluan Harian Guna Sampel PERCUMA, Wanita JIMAT RM38,000 Dalam 2 Tahun!

Jimat Banyak Wang

Menurut Sillaste, dia menyedari mampu menjimatkan lebih banyak wang dengan hanya menggunakan barang percuma yang dikumpulkannya.

Katanya, salah satu sampel percuma terbaik dimilikinya setakat ini adalah pengisar jenama Tefal yang berharga 150 pound (RM803.88).

“Antara barang yang paling bermanfaat kepada saya adalah mendapat baucar beli-belah secara percuma,” katanya.

IKLAN

Keperluan Harian Guna Sampel PERCUMA, Wanita JIMAT RM38,000 Dalam 2 Tahun!

Kumpul Sampel Bersama Keluarga

Jelas Sillaste, dia juga menggunakan baucar percuma itu untuk mengumpul barang keperluan untuk keluarganya.

“Saya pernah mendapat sampel minuman, snek, penjagaan kulit, minyak wangi, barang daripada jenama besar, peralatan rumah, lampin bayi, kain lap dan baucar untuk dibelanjakan secara percuma.

“Mengumpul sampel percuma sudah menjadi sebahagian kehidupan keluarga saya, malah kami gemar buat bersama-sama untuk menikmati barangan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak,” katanya.

Mesti Baca:36 Tahun Berbelanja Tak Guna Duit Satu Sen Pun!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:“Apabila Membantu Orang, Jangan Harap Sebarang Balasan Sekalipun, Waima TERIMA KASIH”

Mingguan Wanita: Macam-macam cara boleh berjimat, guna barangan sampel untuk kegunaan harian salah satu caranya. Memang bijak dan rajin sungguh.

Sumber: Utusan, Daily mail

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI