Tiada isteri yang mahu bermimpi rumahtangga yang dibina terhenti di tengah jalan. Pasti semua mahu bermimpi yang indah-indah agar memori itu kekal hingga hari menua. Namun takdir Allah tiada siapa menduga.
Bab jodoh pertemuan, ajal maut semuanya atas kehendakNya yang maha esa. Manusia hanya mahu merancang dan Allah menentukannya.
Dalam pada itu rumahtangga pasangan selebriti Mizz Niza dan Noh Salleh sudah pun berakhir selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga. Pasangan ini tidak dikurniakan zuriat sebaliknya ada mengambil anak angkat iaitu Musa baru-baru ini.
Di instagramnya, @officalmizznina dirinya kekal kenang mengumumkan perpisahannya dan bekas suami, Noh Salleh.
Jelasnya, selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
Ads
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.
Ads
“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
Dalam pada itu, Mizz Nina turut meminta agar peminat semua menjauhi prasangka hingga boleh mendatangkan fitnah seperti mana yang tertulis dalam surah Al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud iaitu :-
Ads
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Apa yang pasti, manusia hanya mampu merancang Allah menentukannya. Jangan dibicara siapa salah, siapa betul kerana hanya mereka yang duduk di dalamnya tahu apa yang terjadi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita baik buat wanita yang ingin berkunjung ke Arab untuk melakukan ibadah umrah mahupun haji, namun sering ‘terhalang’ sebab tiada mahram.. Alhamdulillah, kini tiada lagi halangan berkunjung ke Tanah Suci.Memetik laporan Agensi (Arab News), kini wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi tanpa mahram menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).
Hanya 25 Tahun Ke Atas
Namun, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.
“Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”.
Baru-baru SCTH berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.
“Peraturan eksekutif membabitkan pengeluaran visa itu sedang dimuktamadkan.
“Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar,” kata Omar kepada Arab News.
Sistem Visa Pelancong
Sementara itu, pelaksanaan sistem visa pelancong sepanjang 2008 hingga 2010, berjaya menarik lebih 32,000 pelancong mengunjungi Arab Saudi.
Ketika ini, prosedur pengeluaran visa itu dikendalikan beberapa syarikat pengendali pelancongan yang diberikan lesen oleh SCTH.
Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi. Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.
Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan.
Dengan pengumuman ini, semoga lebih ramai wanita dapat merasai peluang kemanisan beribadah di Tanah Suci.
Sejak Jumaat lalu, panas ruangan media sosial dengan konstroversi pelakon baru, Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19 yang didakwa menjadi perosak rumah tangga.
Kontroversi Alya semakin panas apabila, isteri kepada seorang ahli perniagaan, Penny Salman berkongsi di instagram miliknya mendakwa yang suaminya mempunyai hubungan sejak setahun lalu dengan pelakon yang juga model muslimah ini.
Bagaimana pun, Alya tampil memberi kenyataan yang dirinya sudah bertunang dengan ahli perniagaan berkenaan pada 27 Februari lalu. Dan hubungannya berakhir pada Mac lalu, apabila pertunangannya itu tak mendapat persetujuan isteri ahli perniagaan berkenaan.
Bagaimanapun, Penny mendakwa yang Alya masih lagi berhubungan dengan suaminya. “Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi.” Terang isteri ahli perniagaan berusia 30 tahun ini di instagram story dan turut berkongsi gambar Alya yang bergambar disamping suaminya.
Paparan insta story Penny Salman.
Saya Masih Muda Dan Naif – Alya Iman
Susulan pendedahan itu, instagram Alya diserang pengguna laman sosial yang mengikuti cerita kontroversi anak pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini.
Menerusi instagram story, Alya menulis permohonan maaf, “Saya masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.”
Akuinya, kecaman dan fitnah yang dilemparkan ke atas itu akan lebih mematangkan dirinya.
“Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Dan saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah.”
Malah, Alya turut menjelaskan yang dis sudah pun memulangkan semua hadiah yang diberikan kepadanya.
Tabiat pelik seorang lelaki di China yang gemar menghidu stoking busuknya setiap hari akhirnya membawa padah apabila dia mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya.
Mirror Online melaporkan, setiap hari lelaki berasal dari Zhangzhou, tenggara China itu akan menukar baju yang bersih dan selesa namun tetap akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja.
Tabiat pelik tersebut mengundang padah, menyebabkan paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking yang terbentuk akibat kakinya yang berpeluh.
Dia mengalami batuk teruk dan kesukaran bernafas hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital bahagian kes kecemasan.
Laporan imbasan X-ray paru-paru lelaki ini dijangkiti kulat.
Laporan perubatan pada imbasan X-ray paru-paru lelaki ini mengesahkan jangkitan itu berpunca daripada ketagihannya menghidu stoking setiap hari.
Ketagihan pada bau stoking pernah dilaporkan media di beberapa negara, pada awal tahun ini, seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita untuk mendapatkan stoking busuk yang dipakai mereka.
MW: Macam-macam lah tabiat pelik-pelik yang ada di dunia ni. Bahayanya boleh mengundang padah dan jejaskan kesihatan! .
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.