Sumber / Sumber Foto :  Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Gagal tak bermakna masa depan gelap, buat para pelajar yang baru saja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pastinya yang mendapat keputusan cemerlang akan berasa sangat gembira. Disebalik itu mereka yang keputusan tidak memberangsangkan janganlah cepat mengalah dan berasa rendah diri.

Buat ibu bapa janganlah terlalu kecewa jika anak-anak tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan. Gagal SPM bukan bermakna kehidupan menjadi gelap.

Elakkan diri anda resah gelisah malah ada yang kemurungan apabila keputusan SPM anak tidak seperti yang diharapkan.

Gagal Tak Bermakna Masa Depan Gelap

Kegagalan dalam SPM bukan bermaksud gelap masa depan, asalkan bijak mengambil peluang, kehidupan boleh berubah jauh lebih baik berbanding mereka yang berpendidikan tinggi. Anda juga perlu susun langkah dan strategi.

Seperti mana yang dikongsi oleh Puan Dzurisikim Dzulkefli dia tidak pernah meletakkan syarat untuk berjaya kepada anak-anak.  Malah anak-anaknya tidak ada yang mendapat straight A sewaktu SPM.  Tetapi dapat Dean list ketika pengajian di universiti.

Perkongsian ibu tunggal ini cukup bermakna sekali malah dia juga menerangkan jika ada anak yang tidak berjaya dalam SPM, tidak bermakna masa depan mereka gelap.  Dan kegagalan pertama bukanlah penamat hidup.

Paling penting berusaha dan terus mencuba hingga jadi. Berikanlah semangat dan kasih sayang kepada anak-anak dalam menuntut ilmu.

“Mesti kena dapat 5A, straight A, Dean List atau apa sahaja.  Saya sedar keupayaan saya sendiri dalam menyediakan ruang dan kelengkapan belajar untuk mereka adalah terhad.  Saya punya banyak kekangan waktu.  Saya juga punya kekangan kewangan sewaktu mereka bersekolah dulu.

IKLAN

“Saya tidak dapat menghantar mereka ke sebarang kelas tambahan kerana tidak punya wang yang cukup untuk membayar yuran kelas tambahan (tuisyen).  Bahkan saya acap kali minta anak-anak bergilir tidak ke sekolah untuk menjaga anak yang paling kecil ketika saya terpaksa berada di luar negara.  Orang nampak hidup saya senang.

‘Di pejabat majikan pun tidak pernah tahu yang saya punya banyak kekangan.  Saya tidak pernah bercerita ketika susah.  Memikul beban seorang diri sebagai ibu dan ayah bukanlah mudah.  Anak-anak saya telah banyak berkorban.  Saya harus pentingkan kerjaya demi untuk masa depan anak -anak juga.  Untuk kehidupan yang lebih baik.

“Saya hanya jelaskan kepada anak-anak agar mereka faham bahawa, biar berapa A pun adalah tidak penting.  Tetapi SPM itu adalah “kunci”untuk mereka terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.   Harus lulus paling kurang cukup untuk syarat masuk ke universiti.  Kerana saya tidak ada wang untuk menghantar mereka ke mana-mana IPTS.  Ada 5 orang anak saya yang sedang belajar ketika itu.  Semuanya memerlukan biaya yang sangat besar.

“Tetapi saya bersyukur.  Anak-anak sangat faham tentang keperluan pelajaran.  Saya juga jelaskan bahawa belajar sehingga mendapat ijazah bukan untuk bertanding.  Tetapi untuk menjadi warga berilmu.  Kerana itu adalah “harta” yang tidak akan luput.  Itu juga mereka akur.  Tidak ada anak saya yang mendapat straight A sewaktu SPM mereka.  Tetapi Alhamdulillah mereka dapat Dean list ketika pengajian di universiti.

IKLAN

Gagal Pertama Bukanlah Penamat Hidup

“Jika ada anak yang tidak berjaya dalam SPM, tidak bermakna masa depan mereka gelap.  Dan kegagalan pertama bukanlah penamat hidup.  Kita boleh usahakan semula.  Kita boleh cuba lagi.  Kita boleh buat sampai jadi.  Beri semangat  dan kasih sayang kepada anak sama ketika hari pertama kita hantar mereka ke sekolah sewaktu tadika dan darjah satu.

“Jangan kata “dah besar panjang, pandailah dia fikir sendiri”.  Jangan…

‘Kita yang tua ini pun kadang rindu pelukan anak-anak.  Tunjukkan kepada anak-anak yang kita sangat sayangkan mereka.  Tidak ada bandingan dengan adik beradik lain.  Jangan buat mereka patah semangat.   Boleh jadi anak yang kurang cemerlang itu ada sangat banyak kelebihan lain dan berhati mulia.  Mungkin dia yang bakal mandikan, kafankan, usung kita nanti.  Boleh jadi dia yang bakal sedekahkan bacaan ayat suci Al Quran kepada kita bila kita sudah tiada nanti.

“Raikan semua anak-anak.

“Tidak Allah jadikan sesuatu melainkan untuk hal yang sangat bail,” ungkap PuanDzuriasikim Dzulkefli yang sangat berharga buat ibu bapa di luar sana.

Baca Disini : Jangan Tertawakan WANITA BERNIKAH LAMBAT, Banyak Yang Menangis Setiap Hari Biarpun Punya PASANGAN

IKLAN

Anak Cemerlang 5A SPM, Watie & Joey Kongsi Formula, Kena Tegas Jangan Leka Dengan Gajet

‘Pernah Dapat D7’ Doktor Falsafah Tebus Kesilapan, Ulang SPM Bahasa Inggeris

Mingguan Wanita : Suka dengan perkongsian Puan Dzuriasikim yang juga seorang ibu tunggal. Sangat kental dalam membesarkan anak-anak. 

Sumber / Sumber Foto : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.