Terkini, resipi yang menjadi viral ialah Kek Oreo Versi kukus pulak. Mudah sangat nak buat Kek Oreo ni, guna dua bahan je pun mak-mak dah boleh jadikan kek yang sedap. Yang paling penting mudah dan jimat bajet sebab tak sampai Rm 10 pun. Hanya perlu guna Biskut Oreo dan air susu kotak coklat Dutchlady.
Jom cuba perkongsian resipi menarik oleh Hana Ramli ni.
Bahan-Bahan:
Dua Bungkus Biskut Oreo
Sekotak Susu Coklat (250ml)
Cara Membuat:
1.Masukkan susu dan Biskut Oreo ke dalam mesin pengisar (blender). Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
Ads
2.Kisar seperti dalam gambar.
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cuba cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu tu bermakna kek oreo kita belum masak. Kukus lagi.
Ads
4.Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dulu sekejap.
5.Akhir sekali, tuang la topping apa-apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap
Ads
Kek oreo dua bahan, yang bahagian topping tu saya double boil chocolate.
Ibu anak 2, Aqil Farhana rela berkongsi pengalaman dibelenggu hutang keliling pinggang. Ketika itu dia mengandungkan anak keduanya. Hutangnya berpunca dari penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.
Berpandukan 10 tip, ibu ini dapat membebaskan dirinya dari bebanan hutang kad kredit yang hampir memporak perandakan hidupnya.
“Sebaik tamat pengajian, fresh graduate saya bekerja sebagai eksekutif bank. Dapatlah saya 2 kad kredit. Bila dah pegang kad kredit, saya mula tambah hutang. Setahun bekerja saya berkahwin. Hutang tak juga selesai, makin bertambah.
Waktu itu, hutangnya termasuklah komitmen bayaran kad kredit, loan kereta sampai personal loan. Ketika mengandungkan anak kedua, ibu ini terpaksa ambil keputusan berhenti kerja. Ekonomi yang tidak menentu buatkan dia ambil keputusan begitu.
“Bermulalah zaman kesusahan saya. Yang mana saya perlu tanggung hutang keliling pinggang. Komitmen bulanan tanpa gaji tetap. Saya ambil upah buat kuih, cucuk lidi satay. Masa itu, kandungan dah sarat. Sampailah saya hampir berputus asa.”
Disaat jiwanya semakin lelah, Allah bukakan jalan untuknya memulakan perniagaan atas talian sebagai stokis produk. Berkat kesabaran, sedikit demi sedikit wanita dapat mengembalikan apa yang dia hilang selama ini. Iaitu membebaskan diri dari hutang kad kredit.
“Syukur, saya mampu keluarkan kereta Navara dengan titik peluh sendiri.” Dia juga mempunyai ejen dan bakal menunaikan umrah bulan Disember nanti dengan duit berniaga Choc&Nuts.
“Mak-mak di luar sana, selagi nyawa di kandung badan. Selagi itulah kudrat seorang ibu masih ada. Carilah jalan yang betul-betul boleh membantu masa depan. Jangan sesekali berputus asa.”
1. Hubungi pegawai bank dimana anda dapatkan kad kredit tersebut. Kenalpasti nilai baki terakhir penggunaan kad kredit anda
2. Ambil tahu tarikh perlu bayar dan nilai caj yang terlibat serta jumlah minimun bayaran bulanan
3. Bayar sebelum tarikh perlu bayar setiap bulan untuk elakkan caj lambat bayar . Pastikan bayaran lebih dari jumlah minimum supaya interest tidak naik dengan cepat.
4. Set target untuk bayaran dalam nilai tertentu setiap bulan. Kalau boleh letakkan satu nilai yang besar.
5. Daripada pendapatan perniagaan online anda, target untuk setahun pertama perniagaan adalah untuk habiskan hutang kad kredit
6. Apa jua jenis perniagaan online yang anda pilih, anda berkuasa untuk tentukan pendapatan anda dengan cara tingkatkan volume jualan.
7. Amalkan Al-Matsurat setiap pagi dan petang untuk bebas daripada hutang piutang
8. Sentiasa berdoa dan minta restu suami dalam apa jua tindakan atau pekerjaan yang anda lakukan.
9. Jangan putus asa dan fokus betul-betul untuk selesaikan hutang kad kredit tersebut. Pada masa yang sama jangan tambahkan lagi baki hutang yang sedia ada. Kawal diri.
10. Belajar ilmu kewangan dari mereka yang mahir sehingga anda mampu kawal penggunaan kad kredit. Dalam masa yang sama mengurus kewangan perniagaan online anda walaupun bermula dari dropshipper.
Memetik laporan Sinar Harian online, kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu baru-baru ini, hanya ingin memastikan segala hajat pasangan hidupnya tercapai, seorang wanita bergelar isteri, di sini, bukan sekadar merelakan dirinya dimadukan tetapi juga sanggup merisik, meminang serta menyaksikan sendiri akad nikah suaminya dengan isteri baharu.
Tidak cukup dengan itu, Mek Nik Hassan,58, juga mengenakan busana putih pada majlis akad nikah sekali gus kelihatan sedondon bersama pasangan pengantin, Md Noor Abd Ghani, 59, dengan Wan Nora Wan Mustafa,38, selain turut menyarungkan barang kemas berupa seutas rantai di leher madunya.
Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan petang Jumaat lalu yang terletak di seberang jalan dengan rumah Mek Nik dan Md Noor juga menyaksikan Mek Nik setia di sisi madunya sehingga ke akhir majlis selain turut mengabadikan kenangan merakam gambar bersama-sama.
Berkongsi cerita, Mek Nik yang lebih mesra dipanggil Kak Nab berkata dia lega dan bersyukur kerana segala urusan serta perjalanan majlis berjalan lancar sekali gus dapat memenuhi hajat yang disuarakan suami tercinta beberapa bulan lalu untuk berkahwin lain.
“Saya tidak terkejut apabila suami maklumkan hasrat untuk berkahwin lagi sebaliknya percaya dia benar-benarkan maksudkan begitu kerana suami jenis suka berterus-terang, jika itu dikatakannya itu jua lah dilakukannya. Lagipun, saya rasa suami berkemampuan dan berpoligami bukannya berdosa dalam Islam.
“Saya lebih rela dengar dari mulutnya sendiri daripada tahu kemudian hari daripada cerita orang. Sekurang-kurangnya dia jujur kepada saya sebagai isterinya kerana tidak sorokkan apa-apa dari saya atau berkahwin lain secara senyap-senyap kerana itu akan buatkan saya terluka.
“Biarpun terpaksa berkongsi kasih suami, namun demi penuhi hajatnya saya sanggup.
Lagipun, saya telah lama kenal madu saya ini kerana tinggal sekampung dan kerana itu juga mudahkan saya untuk urusan persiapan perkahwinan termasuk mengajak Wan Nora ke Bandar Kuala Berang untuk membeli cincin.
“Alhamdulillah, sembilan anak saya berusia antara 17 hingga 38 tahun juga tidak menghalang perkahwinan baharu ayah mereka, cuma saya harapkan kami semua sentiasa bahagia. Saya yakin, madu saya ini dapat berikan kebahagiaan jua kepada suami, lagipun kesihatan saya kurang mengizinkan kerana menghidap kencing manis,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Wan Nora berkata selain tertarik dengan perwatakan suami yang begitu pemurah dan baik hati, kesungguhan serta kebaikan Kak Nab bagi melihat perkahwinan itu menjadi satu kenyataan turut menyebabkan hatinya terbuka sekali gus menerima lamaran meskipun tahu akan berkongsi kasih dengan suami orang.
“Kak Nab sendiri datang jumpa saya tanya sudi kahwin dengan suaminya ataupun tidak dan beritahu dia tidak marah. Mulanya, saya tiada jawapan tetapi melihat Kak Nab begitu bersungguh saya akhirnya bersetuju dan keesokan harinya dia terus ajak saya pergi beli cincin sebagai persiapan.
“Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan ayah kepada rakan sekolah sendiri, namun siapa menyangka kerana jodoh itu rahsia ALLAH. Bermadu juga ibarat mimpi ngeri bagi wanita, tapi Alhamdulillah saya terpilih rasai kemanisannya.
“Suami yang mengusahakan tanaman sawit antara pelanggan tetap kedai makan yang saya usahanya sejak lebih kurang lima tahun lalu di kampung ini. Dari situlah sifat pemurahnya dapat saya lihat kerana dia sering belanja orang lain sekali gus membuat kan saya tertarik dengan perwatakannya,” ujarnya.
Tambah Wan Nora, dia berterima kasih kepada Kak Nab kerana sudi menerima dirinya serta turut berharap perkahwinan kali ketiganya itu kekal selamanya dan dia telah pun mempunyai lima anak berusia antara sembilan tahun hingga 20 tahun sebelum alami kegagalan rumah tangga kali kedua Mei lalu.
Katanya lagi, biarpun mungkin ada segelintir individu bercakap mengenai perkahwinan itu namun dia tidak mahu memikirkannya kerana dia melakukan sesuatu yang baik dalam Islam dan tentunya jodoh serta segalanya itu sudah ditakdirkan serta ditentukan oleh-NYA.
Jangan main-main dengan amukan wanita yang bergelar isteri. Gara-gara suami kantoi curang, mempunyai hubungan dengan wanita lain mengakibatkan sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas.
Kejadian yang berlaku di New Delhi baru-baru ini, seorang wanita berang menyebabkan pesawat dinaikinya membuat pendaratan cemas selepas mendapat tahu ketika dalam penerbangan suaminya curang.
Akhbar Hindustan Times India melaporkan, wanita warga Iran itu dalam perjalanan dari Doha ke Bali menaiki pesawat Qatar Airways bersama suami dan seorang anaknya kelmarin.
Ketika suaminya tidur, dia menggunakan jari suaminya untuk membuka telefon yang mendedahkan kecurangan lelaki terbabit.
Penumpang tersebut gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Berang dengan penemuan itu, wanita terbabit dilaporkan mula memukul suaminya. Kru kabin campur tangan namun gagal menenangkan situasi.
Apabila episod dalam pesawat menjadi tidak terkawal, juruterbang memutuskan membuat pendaratan tidak dijadualkan di Chennai.
Wanita itu, suami dan anaknya kemudian diarah keluar pesawat yang meneruskan perjalanan mereka ke Indonesia.
“Keluarga itu menghabiskan masa di Lapangan Terbang Chennai dan dihantar ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Batik Air. Tiada tindakan polis diambil,” kata pegawai. Qatar Airways enggan mengulas apabila dihubungi. -AFP
Ramai watak si anak yang sudah kerja bagus dan hidup dalam keluarga stabil tetapi tidak mahu pulang ke rumah ibunya apabila sudah dewasa. Salah siapa dan adakah situasi ini normal dek kerana ada dendam yang pernah wujud dalam dirinya?