Ada apa sebenarnya dengan resepi kari ayam viral YouTuber pasangan suami isteri Sugu Pavithra ini? Bukan saja orang Malaysia, malah vlogger Jepun ichang RM pun gigih cari daun pisang, buat sendiri rempah kari dan mencuba resepi kari ayam yang S pavithra, 28 kongsikan dalam channel YouTubenya.
Yang pasti rata-rata warganet yang mencuba akan membuat perkongsian semula dan mengakui akan keenakan resepi kari ayam Sugu ini. Paling menarik, ada pula yang menikmati masakan mereka itu di atas daun pisang.
Kerana, setiap kali selesai memasak, Pavithra dan suami, M Sugu, 29 malah dua orang anak-anaknya akan makan bersama-sama. Masakan kari ayam Sugu ini lebih enak dinikmati di atas daun pisang. Terasalah nanti feelnya yang berbeza itu.
Dalam channel Sugu Pavithra ini bukan sekadar ada resepi kari ayam, macam-macam resepi masakan India disampaikan dalam Bahasa Melayu yang jelas dan mudah untuk difahami. Paling penting, lemah lembut gaya penyampaiannya.
Kalau tak berapa nak dengar tu.. kenalah kuatkan volume ya. Sebab memang macam tulah gaya Pavithra bercakap; lemah lembut dan nama keikhlasannya nak berkongsi resepi itu. Tak perlu pun nak dibuat-buat.
Sedapnya Kari Ayam Viral Sugu, Satu Rumah Bau Kari
Walaupun suami isteri ini tiada Instagram dan Facebook, tapi di laman Facebook sendiri ramai yang berkongsi masakan kari ayam ikut resepi Sugu Pavithra ini.
Rata-rata kata “Sedap! satu rumah bau wangi kari”. Malah ada yang planning nak mencubanya waktu sambut Aidilfitri nanti.
IKLAN
Resepi ‘Kari Ayam Pencen Paling Sedap’ yang Sugu Pavithra share pula dah cecah sejuta lebih penonton. Bermakna sampailah ilmu memasak tu dekat ramai orang.
Bukti Warganet Dah Cuba Kari Ayam Viral Sugu Dan Akui Kesedapannya
Nak Rakam Video YouTube Kena Tunggu Suami Balik Kerja
Sedikit info untuk anda ketahui latar belakang YouTuber Sugu Pavithra. Mereka menetap di kuarters ladang swasta, ladang Elphil yang disediakan oleh majikan suami di Sungai Siput, Perak.
IKLAN
Pavithra sendiri merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berasal dari Buntong, Ipoh dan berbangsa India. Selama ini, suaminya lah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga sebagai pekerja ladang kelapa sawit.
Jika selama bersiaran sejak bulan Januari lalu, mereka cuma menggunakan peralatan dapur periuk, kuali malah sudip biasa. Selepas channel YouTubenya mula dikenali, ramai yang mula menunjukkan tanda sokongan.
IKLAN
Ada yang menghadiahkannya peralatan dapur canggih seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan dan ketuhar. Yang mana, semua itu tak pernah pun dimilik oleh Pavithra seumur hidup.
Dan katanya, dia yang menghargai pemberian itu tak patah semangat, sebaliknya akan berusaha mencuba dan menghasilkan resepi menggunakan peralatan yang diperoleh.
Bila masa Pavithra rakam video YouTube nya ini? Jawapannya, sebaik suami pulang dari tempat kerja atau pada hari cuti.
Kisah Pavithra ini sememangnya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam pada musim Perintah Kawalan Pergerakan mencegah Covid-19 ini. Lagi-lagi bila ramai #DudukRumah , baik isteri mahupun suami banyak habiskan waktu memasak di dapur.
MW : Semoga Sugu Pavithra terus sukses dan membangga rakyat Malaysia dengan usaha murni mereka.
Alhamdulillah, pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, yang digelar Baby Adhwardell seawal pagi Jumaat bertepatan masa 2.22.22s. Cantik betul tarikh dan masa lahirnya.
Berita gembira ini dikongsikan suami Ardell sendiri Nadzmi Adhwa dalam instagramnya. Bercampur baur perasaan suami melihat kurniaan Ilahi di depan mata.
Ardell Selamat Bersalin
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Dan terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua.
Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana
Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.”
Ardell Dan Nadzmi Belum Maklumkan Jantina Anak
Nadzmi juga berkongsi gambarnya sedang memotong tali pusat bayinya. Bagaimana pun, Nadzmi tidak lagi memaklumkan jantina anak mereka. Pasangan Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Sebelum ini, Nadzmi ada berkongsi video debaran isteri menunggu saat melahirkan. Sambil ditenangkan oleh doktor sakit puan, Dr Khamsiah Muda.
Malah, Ardell sendiri beberapa kali berkongsi akan kebimbangan hatinya untuk melalui proses bersalin bayi sulungnya itu.
Persahabatan antara haiwan dan manusia sememangnya benar-benar wujud. Malah, lebih indah untuk dilihat dan dirasai. Begitulah yang berlaku dalam keluarga Rosli Lie. Kucing kesayangannya bernama Tuah, punya sayang pada anak kecilnya, Mohd Tuan Dayyan.
Kongsinya, sayangnya Tuah pada anaknya itu sudah ditunjukkan sejak bayi nya berada dalam perut lagi. Sehinggalah anaknya itu lahir ke dunia, kucing kesayangannya itu tetap menunjukkan rasa sayang yang mendalam.
Perkongsiannya itu turut disertakan dengan tiga keping gambar yang menunjukkan betapa manjanya Tuah dengan anak kecilnya itu. Bagaikan sahabat setia yang tak mahu kehilangan. Cukup akrab dan saling mengasihi.
Dari Dalam Perut, Punya Sayang Adik Baby..
Sahabat setia,
Dari baby dalam perut sampai la lahir dah, dia punya sayang tu Allah.. tak tau nak habaq macam mana dah. Walau seekor kucing, sayang sungguh dia kat adik baby dia tu.
Masa baby duduk dalam perut, dia suka datang letak telingan kat perut. Baby bergerak-gerak main dengan dia. Kalau lewat-lewat malam, dengar benda-benda pelik mesti diterpa naik atas perut. Peluk baby tu.
Dah keluaq depan mata dia.. suka cium-cium baby tu. Umi kalut buat kerja, dia tolong mengasuh adik baby dia tu. Alahai anak si bulu Umi. Kasing sayang tu lebih dari manusia. Berak kencing Umi cuci najis tu sama macam abang-abang dengan kak dia. Tak biasa biar najis tu kat bontot dia.
Berdiri Dua Kali, Usap Air Mata Umi
Panggilan pun Umi Abah untuk dia. Kadang Umi ni terasa sedih, air mata mengalir, dia mesti datang cium-cium Umi. Pernah sekali Umi menangis sebab marahkan abang-abang dia, dia datang dengan secara Umi tak menyangka.
Dia berdiri dua kaki, sambil tangan dia usap air mata Umi. Ya Allah.. tak tersangka dia tahu Umi tengah sedih masa tu.
Begitulah kucing pun ada perasaan dan amat sayangkan tuan yang sayangkan dirinya. Biarpun dia tidak boleh berkata-kata, kucing tetap juga makhluk tuhan. Jadi, janganlah sewenang sesuka hati menyeksa haiwan kesayangan nabi ini.
InsyaAllah, jika ada rasa kasih dan sayang pada haiwan, haiwan juga akan mencurahkan emosi yang sama kepada anda.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Dugaan seorang pendakwah dalam membuat kebaikan dan membantu golongan susah yang memerlukan tidak mudah. Ada masa diri dihina, diketawakan, difitnah, diejek, disalah tafsir dan sebagainya dalam menyampaikan perjuangan dakwah. Ketika ini, figura pendakwah terkenal Ebit Lew antara yang sedang diuji.
Namun disebalik ujian tersebut, antara sahabat baik beliau Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria mendedahkan selama 14 tahun mengenali figura ini kes orang sakit hati, ugut itu merupakan perkara biasa yang dialaminya. Namun cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu tak pernah mati.
Bismillah.Terpanggil untuk berkongsi kisah inspirasi ini untuk followers saya. Saya antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew, orang yang betul-betul susah miskin, dihina, dikenakan, diketawakan..Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yang bukan sedikit.
Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing-masing belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang. Kami ada dalam 5 orang sahabat baik di ofis waktu tu. 3 lelaki dan 2 perempuan. Di ofis ni, tak ramai perempuan. Penceramah perempuan 2 orang sahaja. Semua sekali 5 staff perempuan dan 20 staff lelaki.
Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yang selalu datang kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat R.hum
Di depan meja saya, ada tikar kecil yang comel dan karpet-karpet yang cute. Kawan-kawan ni akan sengaja pijak-pijak carpet cute dan lembut ni untuk legakan kaki. Dan kalau dikira dekorasi tempat meja saya paling lawalah waktu tu di ofis tu.
Jadi selalu geng berlima ni bawa makanan, letak di tikar saya, duduk di lantai dan makan di situ. Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sangat.Saya beli barang-barang hiasan, dan hias dengan bunga-bunga warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja.
Sembang Kisah Nabi
Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dengar Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah-kisah sahabat. Bila dia ada masalah, dia datang cari sayaa dan terus cerita pung pang pung pang apa orang kutuk dia.
Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call saya kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya. Saya pilih dan minta kedai gubahkan dengan sangat cantik. Tak lama saya terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dengan senyum manis. Ya tuhan, hati saya sangat-sangat berbunga.
Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup-cukup.
Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian-sekian tempat..saya tanya dia.
“Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” (soalan saya 14 tahun dulu waktu tak faham *hakikat memberi* )dan saya tahu dia memang tak ada duit.
Ebit jawab.. “Takpe Laila.. Keluar je jemaah dulu.. Nanti Allah ganti”
Orang Ketawakan Cukup-Cukup
Dulu keretanya buruk sangat-sangat. Masih terbayang di mata saya kereta dia.
Orang ketawakan dia.
Kawan-kawan kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dengar cakap ko. Sapa nak dengar ko ceramah.. Tak laku”
Memang orang kenakan dia cukup-cukup, ketawakan dia cukup-cukup.
Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yang dia nak buka 10 cawangan tahun lepas. Akhirnya Allah makbulkan dalam 2 bulan.Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart dan macam-macam perancangan dia yang dia bagitahu saya, Allah bagi semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!
Sampai kes orang sakit hati, ugut ke..tu perkara biasa.Sampai dia kata, kadang Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.
Tapi saya tahu, tu kata-kata saja. Kata-kata orang yang letih sangat berjuang dengan karenah pelbagai pihak tapi cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu tak pernah mati.
Macam kita lah, rasa nak lari kan kalau dah tekanan banyak sangat.Macam nak tinggal semua.
Amalan Ebit Lew
Pada saya, dari susuk tubuh seorang sahabat, dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah berubah. Tetap sama. MashaAllah. Tabarakallah. Amalan dia yang saya takkan lupa yang saya tengok di ofis selama 4 tahun tiap-tiap hari tanpa gagal.
Rajin sangat-sangat usaha
Qailulah
Cara tidur ikut sunnah Nabi
Selalu belanja kami
Senyum setiap hari
Nangis bila berdoa
Dhuha 6 rakaat dan lebih
Solat jemaah di Masjid dan dah bersiap awal ke Masjid tanpa gagal
Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal
Amalan memberi hadiah buat isteri
Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik dan mak ayah isteri
Keluar dakwah
Amalan doa khusus
Nampak macam biasa-biasa, kita pun tahu amalan tu..Tapi dia ada amalan memaafkan orang dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.Dan amalan ni dia buat sungguh-sungguh. Dan itu saya kira antara amalan paling mahal dia ada.
Oh ya..Lupa satu doa dia, tiap kali jumpa siapa pun.
“Ya Allah berikan saya sedikit kebaikan yang ada padanya” Sama ada orang itu orang soleh atau kelihatan sebaliknya.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tak mudah untuk konsisten berbuat baik, dan melakukan kebajikan, pasti ada ujian yang menanti. Walau apa pun dugaan yang berlaku ketika ini, semoga Ebit Lew terus kuat, cekal serta dipermudahkan segala urusan dan berharap pengakhirannya semuanya baik-baik sahaja.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...