suci

Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, yang juga suami pelakon Ummi Nazeera berkongsi pandangan. Sekiranya dirinya dijemput menunaikan umrah di Tanah Suci tentunya dia akan memastikan untuk mematuhi undang-undang negara dan Arab saudi.

Bagi menjamin keselamatan diri, keluarga dan orang lain di musim pandemik ini. Dia akan memastikan dirinya sudah lengkap divaksin. Barulah mengerjakan umrah dengan tenang dan selamat.

Kongsinya di instagram miliknya,

Saya Salah Seorang Dari Jemaah Umrah Di Tanah Suci

Kalau saya dapat pergi buat Umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi. Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi Vaksin C-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang2 lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.

Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya? Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan C-19 dan meningococcal?

IKLAN

Saya tak naklah macam tu. Dan saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana. Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya.

Baca sini : Dr Izzar nasihat ambillah vaksin, kita melindungi orang lain yang tak boleh divaksin

IKLAN

Ini Kesannya Jika Memilih Tidak Divaksin

Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa-nyawa jemaah umrah lain juga. Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.

Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak/peluang jemaah-jemaah lain untuk menunaikan umrah/haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban Jemaah dari Malaysia disebabkan saya. Huhu

IKLAN

Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letakla peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan. Aminn

Inilah karangan SPM saya bertajuk ‘jika saya menjadi salah seorang jemaah Umrah’. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. #drizzarshares

Mingguan Wanita : Jujur itu mudah, tapi mengapa sukar untuk dilaksanakan. Fikir-fikirkan.

Sumber/Foto : Dr Izzar Anwari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI