• 44
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    44
    Shares

Cerita kena tipu ini bukan hari ini je jadi dekat kawan-kawan terdekat, saudara mara malah diri sendiri. Banyak kali termasuklah cerita doktor gigi palsu yang belajar dari Youtube. Tak masuk lagi kisah penahanan Boy Iman ekoran skandal penipuan penjualan projek banglo mini. Ini termasuklah penipuan emas khazanah bangsa.

Kalau dihitung penipuan ini jumlahnya beribu. Hasil yang mereka kaut pun mahu cecah billion ringgit. Itu baru kira penipuan melibatkan rakyat Malaysia sendiri. Belum masuk bangsa asing dengan tawaran palsu hadiah kemenangan oleh syarikat SHELL, PETRONAS yang kononnya berjumlah puluhan ribu ringgit. Penipuan paling tak masuk akal; emel dari orang kaya luar negara yang cari pewaris dan andalah pewaris itu.

Cuba semak sebab-sebab kenapa orang kita masih mudah kena tipu, terutama pada perkara-perkara yang tak sepatutnya.

1. Naluri Nak Kaya Terlalu Kuat

Dalam diri setiap manusia itu memang ada ‘instinct’ nak cepat jadi kaya. Tapi tak nak usaha. Sebab itu mudah untuk orang ambil kesempatan. Cuma perlu lobi sikit, labur ratusan ringgit dan dalam tempoh 3 tahun akan beranaklah duit tu jadi puluhan ribu-ribu ringgit. ‘Sambil-sambil duduk pun duit masyuk’. Bulan pertama kita dah dapat pulangan. Kita pun cananglah keseronokan.

Langsung membayangkan 3 tahun dapat title jutawan segera. Rupanya dalam tempoh itu, penipu dah perdayakan orang lain pula. Tanpa sedar juga, keseronokan yang kita canang dijadikan subjek untuk penipu perdayakan mangsa.

2. Tak Ada Sikap Menyelidik

Sikap terlalu percaya pada satu-satu info itu pun bahaya. Sebab itulah dalam mencari satu hadis yang sahih, sanad itu amat dipelihara. Begitulah dalam kita menerima satu-satu maklumat berkaitan pelaburan atau apa saja. Cari info yang tepat mengenainya. Maklumat memang mudah dicari dalam google. Carilah dalam tu. Apa pun sebaiknya cari pihak yang ada authority. Misalnya rujuk pada Bank Negara atau persatuan-persatuan pengguna untuk tahu kewujudan dan kesahihan satu-satu perkhidmatan atau pelaburan yang ditawarkan.

3. Budaya Gossip Dah Tak Terbendung

Salah satu perkara yang membuatkan orang Malaysia ini mudah terpedaya adalah budaya gossip. Bila gossip jadi tular, ia makin parah. Contohnya, dalam satu-satu jualan murah, cepat saja berita itu tersebar. Masing-masing berebut mahu memiliki.

Samalah dengan kes-kes pelaburan emas scammer. Bila kawan-kawan berkongsi betapa seronok dan mudahnya dapat duit dengan pelaburan emas, kita yang ada sikit-sikit duit ini pun tak sabar-sabar nak melabur. Tapi sekejap sajalah untungnya. Lepas sebulan duit pun lebur. Tapi yang peliknya, ada lagi tu mangsa-mangsa lain yang nak melabur dalam skim yang sama. Memang hairan.. budaya gossiplah tu.

4. Kawan Makan Kawan

Orang kita ini memang kalau dah berkawan, setia sampai hujung nyawa. Padahal anak-anak dah nampak yang pelaburan dia nak masuk tu ada kepincangannya. Tapi tetap juga percaya. Sebab tak mungkin kawan baik mengkhianati kawan sendiri?. Tak mungkin ‘orang terkenal’ akan menipu? Walhal hati manusia ini siapalah yang boleh baca. Kadang kat luaran nampak baik, tapi dalam hati ular berbisa.

5. Baik Sangat Sampai Orang Boleh Baca Kelemahan Kita

Jadi orang jujur itu memang sikap yang terpuji. Tapi terlalu lurus bahaya juga untuk diri sendiri. Bukan kita tak perasan, yang kita dah kena tipu. Tapi disebabkan keyakinan ‘tak mungkin orang ini menipu’ atau ‘nak bagi peluang’ itulah yang membuatkan penipu terus saja berleluasa. Tak terbendung. Sebabnya kita juga yang bagi peluang dan tunjuk jalannya.

6. Tak Ada Sikap Curiga

Sebab itu jangan percaya dengan janji manis bulan bintang orang yang kita baru kenal. Sesekali kena ada perasaan curiga. Kalau was-was, minta orang itu tunjukkan kad pengenalan dirinya. Ambil siap-siap no. kad pengenalan dia. Kalau dia jujur, dia akan beri. Sebab perkara paling ditakuti scammer adalah apabila kita dapat kesan no kad pengenalan mereka. Jangan kad pengenalan pun dia palsukan sudah. Masak juga kita dibuatnya.

Kalau ikutkan banyak lagi sebab-sebab kenapa kes-kes penipuan masih tak mahunya lenyap dari muka bumi ini. Mak-mak pun kenalah sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.

Bukan sebab nak takutkan mak-mak, cuma sebagai wanita kena sentiasa bijak dan alert dengan apa juga perkara yang jadi di sekeliling kita. Lagipun, nak cari duit ini bukannya senang. Nak simpan walau seratus dua pun kadang makan bulan. Bila hilang tanpa restu kita, tuhan saja yang tahu sakitnya hati ini.

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "