Jatuh cinta itu lumrah manusia. Malah jatuh cinta itu tak salah tetapi hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan perasaan sendiri sahaja. Jatuh cinta pada suami atau isteri orang sangat salah, cuba bayangkan jika mak,ayah berada di tempat pasangannya.
Sudah tentu kita akan sedih, bila dalam diam ada orang lain cuba mendekati dan menyayangi pasangan kita. Pada hal kita masih wujud, masih bergelar isteri atau suami. Sebaiknya janganlah meruntuhkan rumah tangga orang lain untuk kebahagian sendiri.
Bila isteri bersama suami, manjanya lain macam. Lebih-lebih lagi bila baru kahwin kan? Betul tak? Kadang-kadang siap berkias dengan alasan agar suami memahami apa yang diinginkan oleh isteri. Bagi suami yang faham tak apalah. Kalau jenis suami yang tak faham.
Itu awal-awal perkahwinan, tapi bila dah kenal hati budi dan peel, mulalah suami buat muka blur. Lagi berkias lagi dia tidak faham. Nak bagi senang, isteri kena cakap terus terang dan ‘straight to the point’.
Sebab itu, perkongsian daripada Ahmad Saifuddin Yusof ini boleh dijadikan panduan buat isteri di luar sana dalam cara ber’adab’ halus untuk suami. Mungkin boleh membantu isteri yang selama ini suka berkias-kias kalau nak minta sesuatu atau tolong suami. Kan!
Lelaki itu ‘kompliketed’ sikit memandangkan personaliti mereka berbeza-beza. Maklumlah kromosom X ada, Y pun ada.
Lelaki sangat pantang ayat umum begini, tudung yang mana, warna apa, corak apa, apa yang berkaitan dengannya.
Gunakan ayat spesifik, lagi terperinci lagi mudah dia fikir. Contohnya, “Abang ada nampak tak tudung sayang warna hitam belang merah yang sayang pakai masa kenduri mak long hari itu?”
Haaa, senang suami hadam. Kebanyakan jawapan mereka sama sahaja, “Entahlah, sayang letak di mana?”
Sebaiknya, terus sahaja spesifik. “Rasa nak makan mekdi. Abang belikan double cheese burger boleh? Abang belikan yang set ya.” Senang suami tidak perlu tanya apa-apa.
Jangan guna alasan mahu bermanja-manja supaya suami tanya banyak kali. Nanti malam bolehlah bermanja.
Jika dia buat tidak selesai. Jangan dipertikai apa. Contohnya, dia tengah rajin basuh pinggan. Tiba-tiba dia tidak basuh kuali, jangan ditanya, “Kenapa abang tak basuh ini sekali.” Bersyukurlah dengan kerajinannya hari itu.
uami boleh tahu, tiba-tiba dia tengok Whatsapps dia sampai ke bawah. Sebaiknya, selepas tengok, skrol semula ke atas.
Lagi baik tidak check langsung. Lantak dialah.
Contohnya, “Abang beli bihun cap masjid. Jika tidak ada, beli cap bintang, jika tidak ada, beli cap bunga. Jika tidak ada juga, abang beli cap apa-apa pun.”
Senang. Tidak perlu suami telefon banyak kali. “Tak adalah Yang.” Kemudian telefon lagi.
Skrip seperti ini tidak perlu diucapkan;
“Banyak abang makan, tak pernah makan sebanyak ini.”
“Lauk sayang masak sedap ya?” Kemudian buat sengih tak diundang.
Contoh ayat;
Abang TAK PERNAH pedulikan saya.
Tidak pernah bermaksud langsung tidak buat. Memang langsung ‘tidak peduli’ selama bersama dengannya?
Abang SELALU sakitkan hati saya.
Selalu bermaksud sangat kerap seperti setiap hari melakukannya. Adakah suami setiap hari sakitkan hati?
Kita tidak perasan apa kita ucapkan saat itu. Kita istighfar banyak-banyak.
Nota : Adab ini sesuai untuk suami yang normal sahaja. Baran macam dubuk, pendiam macam sloth, pemalas macam koala dan sebagainya. Itu fikir sendirilah suami sendiri.
Kebanyakan isteri kepenatan setiap hari terutama apabila mempunyai anak kecil atau anak yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Perlu dibantu oleh orang dewasa.
MW: Setuju sangat yang bab beli barang..kena bagitau detail, kalau tak mahunya telefon berkali-kali. Syukurlah, itulah yang melengkapi hidup suami isteri.
Suami telah beberapa bulan meninggal, namun perbalahan masih berlaku antara isteri dan keluarga arwah suami. Seperti tidak berkesudahan. Kes ini bukanlah yang pertama kali berlaku, malah ramai isteri yang kehilangan suami menerima nasib sebegini.
Bayangkan suami sudah arwah, ipar duai masih campur tangan hal rumah tangga, sebab itu Islam tetapkan agar seorang suami asingkan tempat tinggal suami. Jika tak mampu beli rumah, sewa sahaja untuk menjaga hati dan aib kedua-dua pihak.
Ikuti perkongsian Mai Izyani ini dan hadam baik-baik serta jadikan pengajaran.
Bayangkanlah? Sampaikan sudah arwah pun, ipar duai masih masuk campur urusan rumah tangga. Masih menyakiti anak isteri.
Betapa lama agaknya si isteri menahan hati selama hidup sebumbung dengan keluarga suami?
Hatta barang dalam bilik kelamin pun ipar duai boleh tahu apa yang ada.
Terseksa tak?
Sebab itulah hikmahnya Islam menetapkan,
salah satu nafkah wajib dari suami adalah tempat tinggal.
Rumah untuk isteri.
Bukan untuk dikongsi ahli keluarga.
Apatah lagi memberi perintah suruh duduk rumah mak ayah atas alasan menjaga orang tua.
Atau bawa mak, ayah duduk serumah dengan isteri.
Tak mampu beli, sewa.
Asalkan isteri tenteram dan reda.
Bukan reda kerana tiada pilihan.
Tempat tinggal isteri, hak isteri.
Islam memberi jaminan aib terjaga.
Ada privasi.
Selama hidup berumah tangga tiada yang tahu cacat cela, itulah tanda isteri terbela.
Maruah suami juga tak akan terjaja.
Moga arwah tenang di sana.
Yang hidup, jadikan pelajaran.
#MaiIzyani
MW: Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kita semua. Yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Semoga arwah Abam tenang di sana dan kita doakan apa yang telah berlaku antara keluarga arwah dan balunya dapat diselesaikan dengan baik dan cepat. Insyallah.
Lelaki kebanyakannya menganggap wang dan rupa dapat menawan hati wanita. Ye ke? Sejauh mana betulnya tu?
Saya diminta untuk berikan komen mengenai isu wanita kini yang rela hidup sendiri sama ada kekal bujang atau menjanda atau menjadi ibu tunggal, hanya kerana si lelaki bukan seorang yang kaya dan berharta. Benarkah?
Realitinya, biarpun wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah emosi; terdapat lima tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.
Paling utama; anda perlu menjadi seorang lelaki sejati. Tak perlu tampil gagah perkasa tetapi sejati idaman wanita ialah anda berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati.
Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tak boleh mengeji tetapi berpada-pada. Asasnya; katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga akhir nanti yang dusta mewujudkan duka.
Sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua; bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Fitrah wanita ingin dijaga kebajikan dirinya dan bukan dia yang perlu menjaga.
Wanita juga ingin didominasi oleh lelaki; bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukan sampai hak wanita untuk bersuara dikesampingkan. Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan daripada wanita juga.
Bukan saja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat lebih hormat; bohong sunat. Elakkan bohong sunat ini tetapi secara berhikmah, ucapkanlah kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit; nyatakanlah ia kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, duhai lelaki, sentiasalah amalkan sikap jujur dan berterus terang.
Dalam hubungan perkahwinan; ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip; daripada katakan yang benar boleh lukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya; jika suami benar ikhlas dan sayang; suami perlu berterus terang.
Sama juga dalam isu khianat kasih; bila si suami mempunyai orang ketiga. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.
Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.
Wanita ideal tidak dambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.
Wanita ingin sentiasa didampingi; bukan berdampingan dari aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklumbalas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan lagi.
Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan sebagai jaminan hati wanita ditakluki ialah wujudkan komunikasi tanpa batas iaitu sering berhubung walau sekadar satu mesej ringkas menanyakan khabar; juga sentiasa berterus terang – jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana tika itu, anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting.
Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh buatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.
Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah; bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik.
Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.
Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dalam menjalani kehidupan ini, insya-Allah.
Artikel: Suzana Ghazali, Perunding Kaunseling Keluarga Dan Syariah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berakhir pencarian kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang, mayat Putra Faris ditemui 50 meter sahaja dari lokasi selipar yang dijumpai sekitar Sungai Ganggarak.