Sebenarnya, dalam berumah tangga tidak ada resipi khas “pengikat” suami. Semuanya soal hati kerana hati manusia ini adalah milik Allah SWT. Sebaik manapun kita melayani suami, jika Allah mahu balikkan hatinya, ianya tetap berlaku dengan kehendak Allah.
Begitu juga hati isteri, biar pun telah dikurniakan suami yang sempurna, namun bila hatinya mulai bosan, dia tetap beralih mencari orang lain. Sehebat mana pun kita sebagai isteri atau suami, semuanya adalah bergantung kepada Ketentuan Allah.
Ikuti perkongsian  Dzuriasikim Dzulkefli dan hadam baik-baik :
Ketika saya menjadi seorang isteri dulu, saya telah memberikan perhatian serta layanan kepada bekas pasangan saya dengan sebaik mungkin.
Saya berkata begini bukanlah untuk memuji diri.  Saya yakin dan percaya bahawa semua isteri di dunia pasti telah berbuat hal yang serupa kepada pasangan mereka.
Dari makan, pakai, minum, percakapan yang tidak pernah membangkang apa lagi untuk meninggikan suara.  Bahkan saya tidak pernah berkata “Ah” kepadanya sebagai tanda tidak setuju.
Apa lagi untuk marah, menghentak kaki dan menghempas pinggan dengan kuat ketika mencuci atau menghempas pintu sebagai tanda protes.
Tidak pernah sama sekali.

Tiada Resipi Pengikat Suami

Saya dididik dan membesar dalam keluarga yang sangat menghormati suami.  Saya melihat arwah ibu menyenduk lauk ke pinggan ayah, menyediakan dan memilih baju untuk dipakai kepada ayah setiap hari.
Tuala bersih dan stokin disiapkan.  Bahkan dia kadang menyikat rambut ayah dan memastikan fesyen rambut ayah kemas sentiasa.
Ketika ayah saya masih bekerja dengan tentera udara, uniform ayah sentiasa berkanji dan diseterika dengan sebaiknya.  Kasut berkilat siap tersedia di hadapan pintu setiap pagi bila ayah keluar bekerja.
Ibu-ibu saudara dalam keluarga saya juga begitu.  Bahkan adik-beradik perempuan dan sepupu-sepupu saya juga sama.
Jadi ianya adalah perkara biasa buat kami.
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 
Pun begitu saya ingin memberitahu satu perkara.  Bahawa dalam berumah tangga, tidak ada resepi khas atau formula tertentu untuk “pengikat” suami.
Bukan cantik yang menentukan perkahwinan kekal.  Selain itu, bukan penghormatan atau pengabdian seorang isteri.
Dan bukan juga jagaan yang paling baik buat suami tidak lari.  Atau bukan bijak atau memiliki kerjaya hebat yang membuat suami bangga tidak terkira.
Bukan apa sahaja….
Malah, bukan juga pengalaman saya paling hebat dan orang lain tidak rasa.  Bukan saya isteri yang paling baik di dunia dan cara orang lain menjaga suami mereka tidak kena.
Bukan.
Saya menulis juga bukan kerana saya pandai.  Atau kerana saya sahaja yang tahu segalanya…

Tiada Resipi, Hati Itu Milik Allah

Tetapi ikatan perkahwinan itu lahir dari perasaan dan hati.  Dan hati itu milik Allah.  Ia boleh merubah cinta dan sayang.  Bisa sahaja ia kekal lama.  Atau berubah dalam sekelip mata.
Jika tidak hati pasangan yang berubah.  Mungkin juga hati kita.  Walau bagaimana cinta dan sayang pun kita kepada seseorang, hingga kita berasa sanggup harungi segala untuk si dia… Perasaan ini boleh berubah dalam sekelip mata sahaja.
Kerana apa?  Ya…
Kerana hati kita dan dia, bukanlah milik kita.  Ianya milik Allah dan tidak lain dari-Nya.
.
Namun, sentiasalah berikan hati, cinta, kasih sayang, rasa hormat yang mendalam kepada pasangan yang kita kasihi dengan penuh kebaikan.
Kerana setiap perbuatan baik tidak akan pernah membawa kesalan.  Melainkan rasa lapang dada yang sangat sangat menenangkan jiwa.
.
Dzuriasikim Dzulkefli
MW: Semoga rumah tangga mak, ayah sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Usahakan yang terbaik untuk rumah tangga, kerap berdoa dan selebihnya serah segalanya pada Allah yang Maha Kuasa. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI