Jatuh cinta itu lumrah manusia. Malah jatuh cinta itu tak salah tetapi hormatilah hak orang lain dan jangan pentingkan perasaan sendiri sahaja. Jatuh cinta pada suami atau isteri orang sangat salah, cuba bayangkan jika mak,ayah berada di tempat pasangannya.
Sudah tentu kita akan sedih, bila dalam diam ada orang lain cuba mendekati dan menyayangi pasangan kita. Pada hal kita masih wujud, masih bergelar isteri atau suami. Sebaiknya janganlah meruntuhkan rumah tangga orang lain untuk kebahagian sendiri.
Pernah dengar tak dengar ungkapan yang mengatakan wanita yang bergelar isteri umpama mempunyai naluri /instinct atau deria keenam yang sangat kuat terhadap suami mereka. Sebab itu, bila suami buat hal, mesti dapat hidu punya!
Naluri seorang isteri ni cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, pasti degupan di dada akan rasa kencang. Timbul rasa tak sedap hati. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu.
Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri, rasa umpama ada yang tak kena walau pun suami sedaya upaya berlagak normal di rumah. Percayalah, lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau pun bukan esok lusa, pun pasti masanya akan tiba juga. Waktu itu, bersedialah dengan segala kemungkinan. Takkan isteri nak senyum je kan?
Sebab itu, untuk para suami, ingat betul-betul ye. Jangan sesekali menipu isteri ye! Sekali suami langgar pantang ini, tipu isteri, selamanya berbekas dalam lubuk hati isteri. Tak kira tipu kecil atau besar. Wanita memang pantang bab ni.
Misalnya kalau janji nak balik awal lepas ‘ngopi’ dengan kawan. Tapi jam 12 belum juga muncul. Jangan salahkan isteri kalau tak percayakan suami dah lepas tu.
Begitu juga ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu oleh suami. Mungkin kerana isteri sangat prihatin tiap terhadap perubahan suami. Walau suami tak cakap, bila tengok riak wajah dan bahasa tubuh suami pun isteri dah boleh ‘baca’.
Tapi isteri jangan rasa segala apa yang dia rasa atau apa yang terlintas di benak hati itu benar belaka ye. Ada ketikanya bila ada sifat cemburu dan tak percaya terhadap suami, kecenderungan untuk isteri salah faham boleh terjadi. Pada ketika inilah syaitan boleh menghasut.
Pendek kata, isteri juga kena tahu bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan suka sangat menganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu, takut isteri akan jatuh derhaka.
Mungkin suami tak tahu skil hebat yang isteri ada. Kalau nak tahu, untuk memastikan kejujuran suami, mereka umpama ‘penyiasat persendirian tak beergaki’. Sanggup google dan selidik semua perkara berkaitan apa yang suami buat. Kalau kata nak ke suatu tempat, janganlah nak tipu. Mesti dapat tahu punya!
Kesimpulannya, isteri memang dianugerahkan deria/naluri untuk mengetahui apa yang suami lakukan. Tapi jangan anggap apa yang dirasakan itu 100% betul ye. Kena ingat, syaitan sentiasa cuba untuk memporak-perandakan rumah tangga manusia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cemburu memang perlu dalam rumah tangga. Orang kata, ‘Cemburu itu tanda sayang’. Apa yang anda fikir sekiranya suami tidak pernah persoalkan anda keluar pada bila-bila masa dengan lelaki lain? Dah tak sayangkah?
Untuk memujuk hati maka anda kata itu memang janji yang anda sendiri minta dia penuhi sebelum berkahwin dulu. Maklumlah tempat anda bekerja memerlukan anda bertemu dengan ramai orang atas berbagai-bagai urusan.
Namun setelah beberapa tahun berkahwin, tidak pernah sekali pun dia bertanya dengan siapa anda keluar walaupun jelas anda ada bercerita tentang betapa kacaknya pelanggan syarikat anda itu.
Saya boleh sahkan memang ada suami begitu tetapi saya tidak mahu mengulas dalam ruang kecil Nota Untuk Isteri ini. Cuma izinkan saya ubah sedikit soalan tadi.
Apa pula anda fikir jika suami anda yang kacak, sado dan bergaya itu selalu bertemu klien-klien wanita atas urusan kerja? Adakah mendebarkan perasaan anda jika suami selalu menerima panggilan telefon di waktu malam yang suami kata semuanya atas urusan kerja?
Saya percaya anda lebih sanggup dicurah timah panas ke dalam lubang telinga berbanding mendengar bunyi telefon daripada pelanggan wanita yang menelefon suami di waktu malam yang semuanya atas urusan kerja. Maaf jika contoh ini agak keterlaluan tetapi saya setuju anda berhak untuk cemburu dan berhak menjalankan proses soal siasat atas pelanggan itu.
Namun bagaimana jika anda sentiasa cemburu setiap kali suami pergi ke pejabat? Jika suami anda seorang doktor ada membayangkan ada saja jururawat muda berkenan dengan suami anda.
Jika suami anda seorang guru, anda sentiasa syak ada pelajar tingkatan 6 yang memandang suami anda dengan perasaan lain. Jika suami anda seorang usahawan berjaya, anda selalu menyerbu ke pejabat kerana tidak percaya kepada setiausaha kepada suami anda.
Memang anda merasa cemburu sebab anda sayang tetapi apalah gunanya rasa sayang itu jika setiap hari anda bertengkar dengan suami disebabkan perkara itu?
Foto: 123rf
Saya kata cemburu itu memang perlu dalam rumah tangga. Ianya umpama vitamin atau antibiotik yang boleh mencegah apa-apa ancaman terhadap kebahagiaan anda. Namun ianya juga boleh menjadi racun merbahaya jika tidak terkawal.
Anda selalu terasa tidak selamat dan terasa akan ditinggalkan pada bila-bila masa disebabkan orang lain. Puncanya mungkin bukan daripada suami atau perempuan lain tetapi datang dari dalam diri sendiri. Anda mungkin ada rahsia gelap, pernah menjadi mangsa pencabulan emosi atau seksual semasa kecil atau kesan daripada cara anda dibesarkan sebelum ini.
Bukan satu rahsia orang perempuan selalu membandingkan diri mereka dengan orang lain. Siapa kulitnya paling putih dan gebu, siapa yang lebih cantik, siapa yang lebih seksi dan seterusnya. Walaupun berbuih mulut suami menyatakan anda wanita paling cantik di matanya tetapi anda tetap tidak percaya.
Masalah bermula apabila anda merasa yang anda betul apabila merasa suami sentiasa terus mencari perempuan lain yang lebih cantik berbanding anda. Ini bukan masalah suami tetapi masalah anda tidak yakin kepada diri sendiri.
Lelaki sangat tidak suka kepada perempuan yang tidak yakin kepada diri sendiri. Apa yang anda bayang-bayangkan dalam kepala itu menjadikan anda cemburu buta dan akhirnya bertukar menjadi realiti ngeri yang benar-benar berlaku.
Apa yang anda boleh elak jika rasa cemburu itu menjadi semakin teruk? Segalanya terserah pada anda. Jika anda rasa punca cemburu itu ada benarnya maka tindakan untuk berubah adalah penyelesaian terbaik. Contohnya sejak kebelakangan ini mesin penimbang di rumah semakin memberi petunjuk yang anda semakin memberat. Terimalah hakikat itu dan bertindak untuk mengubahnya.
Pergilah bersenam atau apa sahaja sehingga keadaan kembali terkawal. Jika suami ikhlas menegur cara anda berpakaian di rumah maka terimalah teguran itu dan berubahlah. Jika anda cemburu kerana anda ada rahsia gelap maka keluarlah daripada sejarah itu. Anda tidak boleh ubah apa yang sudah berlaku tetapi anda boleh membetulkan keadaan untuk masa yang akan datang.
Sumber: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Orang perempuan bergelar isteri ni memang luar biasa pemikirannya. Kadang luarbiasa ‘akalnya’ dalam perkara tertentu. Situasi ‘pinjam’ duit dengan suami mungkin perkara biasa berlaku dalam rumahtangga. Mungkin nak minta duit segan, jadi guna istilah ‘pinjam’.Tapi sampai ke sudah tak tahu bila nak bayar semula.
Bukan apa, pinjam duit suami ni bagi orang perempuan, umpama dapat ‘hadiah’. Apatah lagi, bila suami tak berkira minta dibayar semula, itu yang mampu buat isteri tersenyum bahagia.
“Abang ada 100 ringgit tak, pinjam dulu”
Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin ATM kat tempat kerja rosak, malas nak gi bank cucuk duit.
Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh.
Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua.
Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.
“Abang pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar COD barang hari ni”
Saya kata ok je. Ambil la.
“Terima kasih abang”, sambil tersenyum
Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000.
Rasa macam di permainkan pula.Dia bukan malas nak gi bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.
Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.
Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.
Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.
Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk dipinjam oleh isteri.
Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.
Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa ditagih.
Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga