telur luput tarikh

Selama menyimpan telur dalam peti sejuk, anda tahukah telur yang disimpan itu masih selamat dimakan atau sebaliknya.Bagaimana mahu tahu telur dah luput tarikh atau sebaliknya.

Telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah boleh buat seisi rumah ‘pengsan’ berhari-hari tak menahan dengan baunya yang teramat ‘pening’.

Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebaiknya, terus letak pada rak peti ais (barangkali ini alasan rak ini direka di bahagian atas).

Jika anda sudah terbasuh telur yang baru dibeli, ada baiknya anda masak saja.

Kenapa?

Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.

Jangan Sampai Termakan Telur Luput Tarikh, Ketahui Cara Simpan, Masih Segarkah & Selamat Dimasak!
Kredit : nona.my

Nak Tentukan Telur Luput Tarikh

Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.

Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.

6 Tip Simpan Telur

1.    Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.

2.    Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.

IKLAN

3.     Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.

4.     Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain.

Nota: Andai terpaksa boleh letak makanan berbau dalam bekas kedap udara.

5.     Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.

6.     Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.

IKLAN

Jangan Sampai Termakan Telur Luput Tarikh, Ketahui Cara Simpan, Masih Segarkah & Selamat Dimasak!

Tentukan Kesegaran Telur

Cara biasa yang kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.

1.    Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.

2.    Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.

3.     Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.

IKLAN

4.     Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.

Cara Lain Yang Boleh Dicuba

1.     Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.

2.    Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.

Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.

3.     Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.

4.     Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.

5.     Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.

Sumber: Blog Aminah Hafizah via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI