Sesetengah orang sangat susah nak turunkan berat badan. Tapi kalau bab berat badan naik cepat pula. Kadang-kadang, makan sikit pun dah nak berkilo, sampaikan siap kawan-kawan perli diet ke laut sebab hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’, bila tengok makanan sedap, terus lupa nak diet.

Rasanya, kalau yang nak diet tak perlulah rasa hati bila ada kawan kata diet ke laut. Hanya kita yang tahu keadaan diri. Makan banyak atau sedikit tidak menjadi permasalahan, Cuma kenalah kawal kalau betul-betul nak turunkan berat badan.

Jangan cepat putus semangat, nak kurus memang ada cabarannya. Orang cakap kena istiqamah. Jangan sekerat jalan lepas tu menyerah dan mulalah tidak kisah makan apa saja. Kalau berat badan naik dengan banyak menyesal pula.

Bagi yang nak kurus, masih belum terlambat kalau ada kita rasakan diet ke laut sebab amakan berlebih-lebihan. Perkongsian daripada Ustaz Fitnes, Arif Sukri boleh jadikan panduan untuk anda.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Overnight Oats TAK PERLU Letak Banyak Jenis Buah. Itulah Jadi Pemusnah Diet

Sanggup Tak Makan Tengah Hari Sebab Nak DIET. Tak Perlu Susahkan Diri

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

‘Diet Ke Laut’, Belum Terlambat

Kawan-kawan. Diet kita belum sepenuhnya ke laut jika,

1. Dalam satu hari ada 1 waktu sahaja kita makan terlebih daripada keperluan.

2. Minum 1 cawan teh tarik sehari sekali sahaja. Selebihnya, banyak minum air kosong.

3. “Terambil” nasi lebih masa tengah hari pun belum boleh hukum sepenuhnya ke laut.

4. Teringin nak makan kek, lalu anda nikmati sepotong kecil bukan juga maksud diet dah ke laut.

5. Nasi Briyani Kambing ada orang belanja makan pun bukan maksud dah ke laut.

6. Nikmati Aiskrim McD di Drive Thru 3 hari sekali, belum juga ke laut.

7. Sehari tak bersenam tapi 2-3 hari lepas dah sempat buat senaman atau gantian aktiviti lain, itu pun belum tentu diet ke laut.

Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu cepat menghukum yang diet kita sedang ke laut, tak jadi dan gagal.

IKLAN

Hidup ini ada naik turunnya. Mungkin pagi kita dah terlebih makan, tengah hari kita boleh baiki semula.

Boleh jadi juga waktu pagi dan tengahari diet kita dah baik. Tapi malam tu ada sikit kekangan lalu kita makan lebih sikit dari perancangan. Itu pun tetap belum kelaut.

Selagi keperluan kita tidak melebihi dan masih ada ruang untuk diperbaiki, diet itu masih boleh terus dibuat. Tanpa anggap kita dah ke laut dalam progres.

IKLAN

Begitulah. Paling penting selagi kita sedar kita dah jauh dari perancangan dan cepat-cepat move on. Itu adalah pilihan yang baik.

MW: Betul tu, tak perlu rasa susah hati pun kalau terlebih makan, masih boleh diteruskan Kalau terlbih makan waktu tengah hari, malam kenalah beringat sikit.

Sumber: Arif Sukri
Diet Tanpa Stres

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI