Sebaknya melihat anak arwah Abam, Hamzah yang hanya dapat mencium bantal yang diprint wajah ayahnya ketika sambutan harijadi. Lebih menyentuh hati apabila Hidayah menunaikan impian arwah Abam yang tak kesampaian. Ketika hayatnya, arwah mahu menghadiahkan Hamzah kereta bila usia anaknya mencecah satu tahun.
Namun impian tersebut tidak sempat ditunaikan, Abam kembali ke rahmatullah 10 Februari lalu. Posting Hidayah dan gambar-gambarnya bersama Hamzah mengundang sebak netizen. Mereka mendoakan Hidayah dan Hamzah bahagia dan dimurahkan rezeki.
“ Selamat Hari Lahir buat anak kesayangan ibu genap satu tahun Syed uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar. 14 Jun 2020, semoga menjadi anak yang soleh buat ayah dan ibu. Alhamdulillah selesai majlis kesyukuran dan birthday untuk anak ibu.
“Ibu hadiahkan Hamzah kereta ni, Hamzah bolehlah main dengan abang-abang nanti. Arwah ayah pernah cakap nak belikan kereta macam ni untuk Hamzah bila genap satu tahun. Ibu tunaikan apa yang ayah pernah pesan,”ujar Hidayah.
Menerusi posting di instagram miliknya, Hidayah turut mendoakan anaknya Hamzah sentiasa dilindungi Allah. Isteri arwah Abam ini juga begitu terharu dengan sokongan dan keprihatinan keluarga dan orang di sekeliling.
Ads
“Moga Hamzah sentiasa dilindungi Allah. Terima kasih anak-anak buah umi bagi hadiah pada Hamzah. Umi sayang korang semua, terima kasih juga kak sharifah bagi hadiah set bantal printing gambar arwah & Didi untuk Hamzah. Moga murah rezeki. Al-Fatihah buat Allahyarham suamiku, Syed Umar Mokhtar,”katanya.
Team Mingguan Wanita doakan Hamzah jadi anak soleh dan membahagiakan ibu dan ayahnya. Kepada Hidayah, kami doakan Allah beri ketabahan dan luaskan rezeki Hidayah sekeluarga. Sama-sama kita sedekahkan AL FATIHAH buat arwah Abam, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Sumber: Instagram hidayah_abam
Kenangan Hidayah bersama arwah Abam segar dalam ingatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Permata hati Syawal untuk penyanyi, Tomok dan isteri, Rahayu Abbas. Hari ini, Tomok berkongsi rasa kesyukurannya di atas kelahiran cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan yang comel.
“Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah.. terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya.
“Alhamdulillah.”
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 36 berkongsi khabar gembira di instagramnya. Sebelum ini, Tomok dan isteri dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9 dan Andrashah Iman, 6 tahun.
Kira-kira 7 jam lalu, Tomok turut berkongsi gambar Cardiotocography (CTG) yang biasanya dipasang pada perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung dalam kandungan.
Tentunya ini berita gembira buat mereka yang lama menanti hadirnya ‘bunga’ nan manis dalam keluarga mereka.
Malah, sewaktu awal kehamilan isterinya dahulu iaitu ketika kandungan memasuki usia tujuh minggu, Tomok berkongsi berita gembira ini.
Memaklumkan dari gaya alahan isteri yang nampak lain berbanding dua anak sebelumnya. Biarpun apa jantina anak yang lahir, Tomok tetap terima. Yang penting, bayinya sihat.
Bagaimana pun, di pihak isteri tetap mengharapkan kehadiran bayi perempuan untuk melengkapkan keluarga kecil mereka. Hinggakan kedua-dua anaknya begitu teruja dan yakin dengan kehadiran adik perempuan mereka. Nama adik pun dah siap-siap difikirkan.
Alhamdulillah.. apa yang diimpikan Tomok, isteri dan anak-anak akhirnya tuhan makbulkan jua.
MW : Tahniah untuk Tomok dan isteri. Semoga bayi mereka sihat membesar.
Rupanya selama isteri mengandung, baik pelakon Saharul Ridzwan mahupun isterinya, Qaabila Deena Emit tak pernah tahu jantina anak kedua mereka. Malah, keduanya minta doktor jangan maklumkan akan jantina anak mereka.
Namun, keduanya tak pernah putus doa. Sepanjang Ramadhan lalu, doa mereka pada Ilahi agar dikurniakan zuriat perempuan bagi melengkapi kehidupan mereka tiga beranak. Sebelum ini, pasangan suami isteri ini dikurniakan anak sulung lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Dalam pada mengandungkan anak kedua ini, Deena sendiri tak lalui kehamilan yang mudah. Kehamilannya kali ini diuji dengan alahan yang teruk di awal trimester sampai tak boleh nak buat apa. Malah, proses bersalin anak keduanya pun Deena terpaksa melalui detik cemas.
Yang akhirnya, membuatkan dia terpaksa mengambil epidural buat pertama kalinya. Bimbang, tali pusat terbelit dekat leher dan kaki, dan komplikasi lain, akhirnya doktor putuskan Deena bersalin secara pembedahan.
Isteri Saharul Ridzwan selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.3 kilogram pada 13 Jun 2020 bersamaan 21 Syawal tepat 4.21 petang.
Ini kisah kehamilan Deena yang dikongsi diinstagramnya,
Antara doa yang paling saya & suami harap dimakbulkan sepanjang Ramadhan haritu adalah hadirnya zuriat perempuan sebagai pelengkap hidup. Paling diminta, dan bila dah dapat rasa dia macam… Ya Allah Maha Baiknya Kamu, kabulkan hajat hambaMu yang hina ni pada waktu yang sangat diminta.
Ramai tak tahu yang sebenarnya from the early stage of pregnancy sampai la dalam labour room, kami suami isteri langsung tak tahu apa gender baby kali ni.
Memang dari awal scan dah informed awal awal dekat doctor jangan mention apa jantina baby saja nak rasa surprise (walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl). Pregnancy kali ni memang totally different dengan Ali dulu.
Deena 2,3x admitted dalam hospital, demam panas almost 40c, alahan teruk ya amat, tak boleh bau masak masak ni, muntah sampai lembik nangis-nangis tak larat, emosi tak stabil (kesian Ali awal awal dulu selalu mummy marah marah dia (i’m sorry baby) lepas tu suka makan manis-manis sampai dapat GDM. Nasib baik just control my diet, tak perlu insulin. So baby kali ni agak besar sikit compared to abangnya.
10th June Deena ada final check up. Ambil CTG, doctor found out that contraction Deena agak strong & bukaan 1.5 cm. Terus admitted. 11th June next day, suddenly contraction slow down, but baby still healthy jantung okay. Bukaan pulak maintain je 1.5 cm.
Actually due asal is 16th June 2020. So doctor kata its okay la boleh balik dulu, datang balik a day before due nanti.
Esoknya pula ada bleeding sikit, tapi tak sakit. Tanya doctor, she said if tak sakit then tak apa, air ketuban pun tak pecah lagi.
Banyakkan exercise, berjalan pusing taman. Kita pun pusing la taman 2 rounds, makan durian, minum air kelapa, makan nenas sikit.
Sekali on the next day morning 13th June, pecah air ketuban kat rumah pukul 9 pagi! Panic sangat eventhough penah lalui experience yang sama. Sampai hospital pukul 10 pagi, masuk labour room.
Bukaan masih 1.5 cm. Contraction rasa tapi on & off. But CTG shown that graph for baby tak cantik, baby tak respond dengan baik bila contraction datang.
By 12.50 noon terpaksa induced. Pukul 3 pm, contraction dah maximum. Bukaan dah 5cm. Tapi kepala baby tak nak turun ke pintu rahim. Doctor risau takut tali pusat terbelit dekat leher atau kaki baby.
Pukul 4pm terpaksa emergency czer, for the first time Deena ambil epidural. Kena inject dekat belakang badan time contraction tengah paling maximum, Allahuakbar sakitnya
4.21 pm lahirlah puteri mummy, weight 3.3kg, length 51cm. Dan takde terbelit apa pun, everything just fine. Alhamdulillah.
The moment nurse bagitahu “baby girl”. Allahuakbar! Berderai laju air mata. One of the greatest feelings ever. Macam mimpi. Dalam operation room @saharulridzwan tak boleh masuk. Tunggu dekat luar je.
Dalam hati Deena masa dah tahu gender baby, takde fikir apa dah. For sure baba dia insan paling happy sekali & tak sabar nak tengok reaction @saharulridzwan. Rupanya Baba dia terus sujud syukur.
Happynya rasa hilang semua sakit penat tadi. Tak apa la mummy sakit macam mana pun, asalkan anak mummy selamat & sihat. Moga jadi hambaNya yang soleh & solehah anak anak mummy. Aamiin ya Rabb
Alhamdulillah, pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, yang digelar Baby Adhwardell seawal pagi Jumaat bertepatan masa 2.22.22s. Cantik betul tarikh dan masa lahirnya.
Berita gembira ini dikongsikan suami Ardell sendiri Nadzmi Adhwa dalam instagramnya. Bercampur baur perasaan suami melihat kurniaan Ilahi di depan mata.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Dan terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua.
Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini , 5 June 2020 , Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.
Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih , Sayu , Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.
Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana
Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.”
Nadzmi juga berkongsi gambarnya sedang memotong tali pusat bayinya. Bagaimana pun, Nadzmi tidak lagi memaklumkan jantina anak mereka. Pasangan Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Sebelum ini, Nadzmi ada berkongsi video debaran isteri menunggu saat melahirkan. Sambil ditenangkan oleh doktor sakit puan, Dr Khamsiah Muda.
Malah, Ardell sendiri beberapa kali berkongsi akan kebimbangan hatinya untuk melalui proses bersalin bayi sulungnya itu.