Kalau bab merajuk nie, boleh dikatakan isterilah juara. Tegur atau perli sikit pun isteri boleh tarik muncung panjang. Tetapi, bagaiamana kalau suami yang merajuk. Kadang-kadang, biasa suami merajuk, keadaannya lebih teruk daripada isteri. Betul ke?

Menurut Dr Ben Fadzil, merajuk ini berlaku apabila salah seorang daripada dua pihak ingin mendapatkan ‘perhatian istimewa’ dan perasaan ingin bermanja dengan pasangan. Melayan orang merajuk ini, mungkin awalnya nampak ‘awesome’ tapi kalau dah terlalu kerap, boleh naik meluat dan malas nak layan. Itu dari sisi isteri. Macam mana pula dengan suami yang kuat merajuk?

Kata Dr  Ben lagi, lelaki atau suami yang kuat merajuk pada tahap yang tinggi dan kerap adalah lelaki yang mengada-ngada, mempunyai sifat lemah lembut dan mudah diperdaya. Lelaki yang kuat merajuk juga adalah lelaki yang mempunyai emosi tinggi dan tidak mempunyai ketahanan atau keyakinan diri, sering berpura-pura, menginginkan kepastian dan selalu minta pujian.

Merajuk Dengan Pasangan

Sifat ini boleh dikatakan rumah tangga menjadi renggang, jika tidak dikawal dengan betul. Isteri seolah-olah merasa satu tugas dan tanggungjawab tambahan untuk menjaga suami yang merajuk. Jika terlalu kerap merajuk, ia boleh merenggangkan rumah tangga, lebih-lebih lagi bila tidak ditangani dengan betul.

IKLAN

Cara Isteri Pujuk Suami

Cara terbaik adalah dengan berkomunikasi sesama sendiri dengan mengetahui kemahuan masing-masing serta berterus-terang. Kebanyakan merajuk ini adalah kurang berbincang tentang kelemahan dan kekuatan sesama sendiri.

Jangan Sampai Ke Tua

Sifat merajuk pada suami akan menjadi kekal jika dia sendiri tidak menyedari bahawa merajuk ini akan menyusahkan ramai orang. Anak-anak akan mempelajari sikap dan perangai bapanya yang dilihat sebagai kurang matang, tidak menunjukkan kedewasaan, gedik serta menyampah dalam ertikata tidak “Manly atau gentleman”

IKLAN

Pesanan Buat Suami

Kepada suami, merajuk nie adalah perangai budak-budak dan tidak menunjuk kedewasaan. Ia seperti meminta perhatian berlebihan. Sesekali merajuk menunjukkan manja tidak apa, tetapi pantang bila merajuk itu sudah menjadi kebiasaan, ia akan memberi perasaan meluat kerana isteri akan rasa penat untuk memujuk. Suami perlu memahami juga tabiat isteri bahawa isteri bukanlah badut yang perlu menghiburkan hati suami sahaja. Hati dan isteri juga rapuh dan perlukan ketua rumah yang kuat.

Pesanan Buat Isteri

Kepada isteri, janganlah menyentuh perasaan suami dengan mengungkit kisah peribadi, menduga dan mencabar egonya, membangkitkan hal-hal perhubungan yang dah lalu, mengenangkan kisah yang mendukacita sebelum berkahwin, memburuk buruk kan hal keluarga suami termasuk adik-beradik nya dan bertanya soalan soalan yang agak sensitive. Berlawak secara berlebihan dan memperkecilkan suami juga tidak digalakkan.

IKLAN

Dengan erti kata jangan membuka aib suami didepannya sendiri dengan sengaja atau tidak sengaja. Jangan berlawak dengan dia sekiranya suami bukan jenis yang suka berlawak atau di dalam keadaan stres.

Sekiranya si isteri telah menguris hati suami, hendak lah dia meminta maaf secepat mungkin sebelum dia merajuk hingga ke beberapa hari, dan bukan menunggu hati dia sejuk atau memohon maaf di malam hari. Walau bagaimana pun isteri perlu membendung dan mengawal merajuknya seorang suami seperti menjaga anak kecil.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI