Dalam hidup, ada masa kita akan merasa gembira dan ada ketikanya rasa ingin marah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dijangka. Kalau tak tahu nak redakan marah, kita akan melempias perasaan itu, sekurangnya dapat melegakan hati yang tengah panas.
Bukan itu sahaja, ada pelbagai rasa yang boleh menhantui diri seseorang. Sesetengahnya rasa sedih, stres dan gelisah seperti ada sahaja yang tidak kena. Malah, setiap orang ada cara yang tersendiri untuk redakan emosi-emosi yang ada dalam diri.
Cara terbaik untuk redakan marah, hati yang gelisah dan stres dengan berzikir dan berdoa, sekurangnya ia boelh melembutkan hati yang panas membara dan resah gelisah itu.
Sebenarnya, dalam menghadapi semua itu, kita kena berbalik kepada Yang Maha Esa. Ada beberapa doa yang telah dikongsikan oleh Imam Muda Hassan Adli dalam meredakan diri daripada permasalahan ini.
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal insya Allah.
Doa Pendek Untuk Hilangkan Sedih, Stress dan Gelisah
Ads
DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari bala yang berat, menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
(Sahih Bukhari)
DOA 2
يَ
ا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
DOA 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Ads
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
(Sahih Ibnu Hibban)
DOA 4
للَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
(Sahih Bukhari)
DOA 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Ads
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
(Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)
DOA 6
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wa ni’mal wakil)
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
(Surah Al-Imran Ayat 173)
Semoga Kita Lebih Positif Menghadapi Ujian Allah
Adalah lumrah bagi manusia untuk berasa ‘down’ atau merasa kecewa terhadap apa juga yang menimpa diri. Namun percayalah itu semua merupakan ujian Allah yang mahu menguji hambaNya agar kembali mengadu dan pasrah kepadaNya. Yang penting, sabar dan mintalah pertolongan Allah kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Dari Salman Al-Farisi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya di hadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (Riwayat Tirmizi)
Oleh itu, marilah kita mengamalkan doa penenang hati di atas untuk meredakan perasaan sedih, marah, gelisah, stres, dan mengusir semua perkara negatif dari fikiran kita.
MW: Tidak perlulah hilang kewarasan kita dengan melakukan perkara yang tidak baik. Ubati dengan doa-doa pendek dan zikir untuk meredakan amarah itu, Mudah-mudahkan kita diberi ketenangan. Aamiin.
Bab hutang jangan sesekali diambil ringan. Kena usaha selesaikan hutang-hutang yang ada walau apa juga cara. Penting untuk mencatat hutang, serta pesan pada orang terdekat jumlah hutang yang kita ada. Bukan apa bila berlakunya kematian, sekurang-kurangnya waris tahu dah berusaha untuk jelaskan. Ini kerana roh orang yang berhutang tergantung selagi mana hutangya belum dilangsaikan. Hati-hati iya.
Hadam betul-betul perkongsian berkaitan kepentingan catat dan bayar hutang seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Huda ini.
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. Gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.
Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.
Minta Tolong Selesaikan Hutang
Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.
Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.
Allahuakbar. Allah bantu arwah.
Penting Catat & Selesaikan Hutang
Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang di benarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil.
Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
“Roh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hinggalah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Pesan Pada Orang Terdekat
Marilah sama-sama kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut. Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.
Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang-hutangnya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun rohnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.
Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma #Aamiin Ya Allah Mujeeb.
Samasama kita ingat mengingatkan kerana Allah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan ambil ringan bila melibatkan hutang, ia boleh menyebabkan roh seseorang itu tergantung selagi tidak dijelaskan hutang-hutang tersebut. Penting untuk kita mencatat hutang-hutang yang ada serta berusaha melangsaikannya. Malah perlu juga diberitahu pada orang terdekat hutang yang kita ada.
Bila anak makin membesar dan mula nak masuk alam persekolahan, perkara paling dirisaukan adalah minat belajar. Takutnya, awal-awal bersemangat tapi lepas itu mulalah ada alasan untuk tak nak belajar.
Bukan hanya tekankan pembelajaran dalam bidang akademik semata-mata. Ilmu-ilmu agama pun perlu diterapkan dan inilah yang paling penting. Senang cerita, kena seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Minat belajar dengan malas belajar, dua perkara yang berbeza. Jangan ingan anak malas belajar sebab itu dia tak pandai sampaikan dia rasa bosan timbul dalam diri.
Berlainan dengan lambat pandai tapi anak ada minat belajar. Biarlah ia merangkak-rangkak sekalipun, asalkan ada keinginan. Tak perlu mak ayah bimbang, sebaliknya bantulah dia.
Inilah yang dikatakan oleh Mohd Yazid Ismail dalam perkongsiannya. Tak perlu nak marah atau beri hukumn kalau anak lambat pandai asalkan dia ada minat belajar.
Jangan terlalu risau kalau ada anak yang lambat pandai. Slow. Blur. Kurang pickup. Bantu dia untuk ada minat belajar je dulu. Slow tak apa. Jangan stres.
Saya dulu masa darjah 4 masih belum pandai baca Al-Quran. Huruf ظ ط ض masih tertukar. Banyak sangat main tak fokus mengaji. Padahal anak tok imam.
Turning point saya berubah jadi minat nak belajar bila dalam kelas di sekolah ada seorang ustaz suruh saya baca perkataan-perkataan arab di papan tulis tapi saya tak boleh baca. Malu sangat. Masa tu pertengahan tahun darjah 4.
Nasib baik ada kawan sekelas tolong bacakan, saya ikut bacaan dia.
Selepas balik dari dari sekolah hari tu terus bertekad akan belajar betul-betul. Adik saya Siti Sarah Ismail yang darjah 3 tolong ajar saya baca Al-Quran. Ayah mengajar juga tapi ayah lumpuh separuh badan sebab strok jadi tak mampu mengajar dengan sempurna. Tak malu walaupun belajar dengan adik. Sepatutnya abang ajar adik. Kena marah dengan adik no hal lah. Dah bertekad nak pandai mengaji.
Bila fokus dan istiqamah, Allah bagi terang hati alhamdulillah. Ketika darjah 5 saya terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan Al-Quran. Alhamdulillah UPSR dapat straight A.
Moral of the story, lambat tak apa yang penting pastikan anak-anak ada minat belajar. Biasanya slow dan tak pickup tu sebab tak minat belajar. Kalau dah minat semua jadi senang insyaa Allah. Setiap orang ada timeline masing-masing.
Sekarang saya mengajar anak-anak istiqamah tak perlu nak laju sangat. Stres kalau terkejar-kejar boleh menyebabkan burnout terus hilang minat belajar.
Mingguan Wanita : Betul sangat, jangan dipaksa. Lagi dipaksa, lagilah dia ‘liat’ nak buat. Biarlah perlahan-lahan, asalkan dia belajar.
Tidak dinafikan ayat-ayat Quran merupakan satu mukjizat dan mampu menjadi penawar dalam menyembuhkan penyakit. Setelah melakukan rawatan moden,boleh juga ikhtiar dengan melakukan rawatan perubatan Islam bergantung keyakinan sepenuhnya dan bersungguh-sungguh dengan ayat-ayat suci Al Quran.
Menerusi perkongsian daripada Ustaz Syafiq Mujahid, Pusat Rawatan Al Idrus ini amalan membaca Surah Al-Fil mampu merawat masalah dalaman wanita seperti cyst, ketumbuhan dan sebagainya. Ia juga mampu ‘menghalau’ jin yang berada dalam tubuh badan.
Cara-Caranya:
1. Ambil tapak tangan dan letak di bahagian sakit tersebut.
2. Kemudian baca surah Al-Fil, sehinggalah pada ayat keeempat tepuk lembut/ gosok lembut pada bahagian yang sakit. Sebut sebanyak 3 kali.
Menurut Ustaz Syafiq lagi, sekiranya ada gangguan jin, ia tidak akan lama tinggal di dalam badan.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...