
Isi Kandungan
ToggleSolat merupakan rukun Islam kedua. Dalam menunaikan solat perlu ada ilmuĀ dan beri penekanan pada 3 kategori Rukun Solat iaitu Qalbi, Qauli serta Fi’li. Mungkin ramai yang sedar atau terlupa bahawa rukun qauli dalam solat ada 5 dan perlu dilafazkan sampai didengari oleh telinga. Hati-hati ia bukan dibaca secara berbisik, suara angin mahupun baca didalam hati, ini boleh sebabkan solat kita tidak sah sama sekali.
Baca perkongsian ilmu daripada Puan Haishah Aredeq ini;
RUKUN QAULI
Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun Al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun Qauli tu adalah Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama.
Ada 5 sahaja rukun qauli yang lain rukun fi’li dan qalbi.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori :
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi’li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu :
1. Berdiri bagi yang mampu. (Fi’li)
2. Niat. (Qalbi)
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). (Qauli)
4. Membaca surah Al-Fatihah. (Qauli)
5. Rukuk dengan tama’ninah . (Fi’li)
6. Iktidal dengan tama’ninah. (Fi’li)
7. Sujud dengan tama’ninah. (Fi’li)
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. (Fi’li)
9. Duduk Tasyahhud akhir. (Fi’li)
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. (Qauli)
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli)
12. Mengucapkan salam yang pertama. (Qauli)
13. Tertib. (Qalbi)

Baca Lagi Di Sini:
Solat Taubat Kena Buat Selalu, Sampai Hati Rasa Lapang, Begini Tertibnya
Khusyuk dalam solat itu rezeki, 13 cara ini buat otak fokus dan tenang ketika menghadap Ilahi
MW: Semoga perkongsian ilmu solat ini bermanfaat. Sama-sama kita memperbaiki bacaan dan memperbetulkan perbuatan solat, agar solat yang kita kerjakan itu SAH dan tidak sia-sia.
Sumber : Haishah Aredeq
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya 3 Waktu Ini Sangatlah Digalakkan Baca Ayat Al-Kursi!

Isi Kandungan
ToggleAyat Al-Kursi merupakan ayat ke-255 dari Surah Al-Baqarah. Ayat ini juga digelar dengan āPenghulu Segala Ayat Al-Quranā.Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga telah menjadi gentar kerana adanya satu ayat ini mampu menjadi perintang dalam perjuangan mereka menyesatkan manusia. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkan kelebihan ayat ini.
āAllah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaāat di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.ā (QS. Al Baqarah: 255)
3 Waktu Utama Baca Ayat Al Kursi
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran dan Rasulullah SAW menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi ini. Rupanya terdapat 3 waktu utama yang sangat digalakkan membaca ayat al kursi ini dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
1.Waktu Pagi & Petang
Digalakkan membaca ayat kursi pada waktu pagi dan petang agar terselamat dan mendapat perlindungan dari Allah sepanjang hari.
Dari Ubay bin Kaāab, Nabi SAW bersabda;
āSiapa yang membacanya (ayat kursi) saat pagi, maka ia akan dilindungi dari gangguan kami (jin) hingga petang. Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi dari gangguan kami hingga pagi.ā (HR. Al Hakim 1: 562)
2.Sebelum Tidur
Ayat Kursi juga patut diamalkan sebelum tidur.Allah akan menjaga dan melindungi orang yang membaca ayat kursi sebelum tidur dan syaitan tidak akan dapat mendekat untuk mengganggunya.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda;
āJika kamu hendak pergi tidur di katil, hendaklah membaca ayat kursi hingga selesai, iaitu bacaan āAllahu laa ilaha illa huwal hayyul qoyyum.ā Sesungguhnya kamu akan sentiasa berada dalam penjagaan dari Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi hari.ā(HR. Bukhari no. 2311).
3. Selepas Solat 5 Waktu
Sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi selepas menunaikan solat 5 waktu juga di permudahkan baginya masuk ke syurga tanpa sebarang penghalang.

Dari Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
āBarangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan matiā. (HR. Al-Thabarani no.7532)
Namun demikian, semua fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
Sumber: Shafiqolbu, Rumaysho
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Berubah, Kena Didik Hati Ikhlas…Bukan Bagi Alasan Belum ‘Sampai Seru’!

Isi Kandungan
ToggleMemang nak buat baik amat sukar. Ada saja alasan diberikan. Belum sampai ‘seru’, belum bersedia, tak cukup ikhlas dan macam-macam lagi. Sebenarnya tak perlu tunggu masa tertentu kalau nak mula buat perubahan ke arah kebaikan. Yang penting, kena didik hati dulu.
Ikuti perkongsian daripada Ustaz Hamizul bin Abdul Hamid, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), juga penulis ruangan REDA ILAHI di dalam MAJALAH MINGGUAN WANITA.
Alasan
Saya tidak akan lupa satu perbualan. Kala itu, saya masih di alam persekolahan. Saya punya seorang kenalan, perempuan. Ketika di sekolah, dia mengenakan tudung. Di luar sekolah, dia membukanya. Saya merasa terganggu. Sehinggalah saya bertanya dan mendapat jawapan.
āAku tak mahu memakai tudung kerana orang. Biarlah ia datang dari keikhlasan hati aku sendiri.ā Ujarnya. Ringkas sekali.
Didik hati untuk berubah.
Berubah Dari Hati
Saya percaya, isu ini bukan sekadar dia seorang. Ramai juga begitu. Mahu berubah, tetapi bukan kerana orang. Ia perlu daripada hatinya sendiri. Kita tidak perlu berhujah isu hati. Memang dalam Islam, hati perlu jadi baik.
Imam Muslim meriwayatkan, nabi pernah berkata bahawa hati itulah sang raja yang akan menentukan segala. Jika hatinya baik, maka seluruh jasadnya menjadi baik. Tutur bicara. Mata dan telinga. Kaki dan tangannya.
Benarkah Ikhlas?
Isunya, benarkah setiap tindakan mesti datang dari hati yang ikhlas? Jika begitu, semua pekerjaan akan menjadi payah. Ini kerana tidak semua perkara dalam kehidupan ini, dikerjakan dengan āhati yang ikhlasā.
Cuba kita hitung. Ikhlaskah anak-anak kita untuk bangun pagi, mandi, solat dan pergi ke sekolah? Kita sendiri, adakah betul-betul ikhlas ke pejabat saban hari atau selalu mengimpikan cuti? Cuba tanya isteri, ikhlaskah dia mencuci pakaian, memasak makanan dan mengemas rumah? Atau dia rasa lebih enak jika si suaminya membantu, atau mencarikan pembantu.
Tanya Hati
Mari, kita tanya kepada pengguna jalan raya. Ikhlaskah ketika dia wajib mengambil kelas memandu, dan membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan sekeping lesen memandu? Ikhlaskah seorang penunggang motorsikal memakai topi keledar? Ikhlaskah seorang pemandu yang wajib berhenti di persimpangan jalan ā biar pun kosong ā hanya kerana lampu di depannya merah menyala?
Ikhlaskah kita apabila wajib membuat pasport untuk ke luar negara? Ikhlaskah apabila wajib beratur di kaunter imigresen dan menunggu giliran disoal petugas? Ikhlaskah kita apabila wajib mengambil visa dan keluar segera apabila tamat waktunya?
Yang Sara Keluarga
Paling tidak, ikhlaskah seorang suami menggunakan hampir semua gajinya untuk menyara anak dan isterinya? Ikhlaskah si isteri mengorbankan masa rehatnya untuk keperluan suami dan anak-anak? Banyak lagi jika mahu dihitung. Namun saya ingin bertanya, ikhlaskah semua itu dikerjakan?
Saya sendiri tidak ikhlas mengambil lesen, memohon pasport dan menjawab segala pertanyaan pegawai imigresen di kaunter. Jika boleh, saya mahu bebas keluar masuk ke negara mana pun yang saya suka. Tinggal seberapa lama yang saya suka. Memandu tanpa lesen dan tidak perlu mematuhi semua peraturan jalan raya.

Alasan
Jadi, adakah saya boleh mengabaikan semua itu hanya dengan alasan āsaya belum ikhlasā? Bolehkah pegawai JPJ, polis trafik atau imigresen menerima alasan saya, menunggu ikhlas baharu mahu mengambil lessen, passport dan mematuhi lampu merah?
Adakah seorang suami boleh menjawab kepada hakim di mahkamah syariah, dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada anak dan isterinya kerana belum ikhlas?
Bolehkah si ibu menjawab kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, membiarkan anak-anaknya terlantar tanpa makanan dan pakaian, hanya kerana dia belum benar-benar ikhlas membela mereka?
Semuanya, tidak akan diterima oleh pihak yang berkuasa. Ikhlas atau tidak, setiap orang yang dengan sengaja melanggar peraturan, tetap akan ditangkap, didakwa malah didenda.
Jika begitu, bolehkah kita menerima alasan, aku belum memakai tudung, aku belum solat, aku belum bayar zakat, hanya kerana aku belum ikhlas?
Didik Hati
Hati perlu dididik. Hati perlu dilentur. Hati perlu diasuh. Ikhlas benda yang wajib dipupuk. Jika perlu dipaksakan. Sama seperti sepohon mempelam. Jika sedari awal dibaja, diberikan air yang cukup dan dijaga dari makhluk perosak, maka natijahnya ialah buah yang enak. Manis sekali untuk dicicip isinya dan bijinya menjadi benih yang baik pula. Wallahuallam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Jadikan Alasan Tak Sempat Puasa 6 Sebab Sibuk BERAYA & Layan Tetamu

Isi Kandungan
TogglePuasa 6, puasa sunat yang ditunggu oleh setiap orang selepas menyambut hari raya aidilfitri. Ganjarannya amat besar, walaupun itu puasa sunat.
Nabi Muhammad SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
Ł
ŁŁŁ ŲµŁŲ§Ł
Ł Ų±ŁŁ
ŁŲ¶ŁŲ§ŁŁ Ų«ŁŁ
ŁŁ Ų£ŁŲŖŁŲØŁŲ¹ŁŁŁ Ų³ŁŲŖŁŁŲ§ Ł
ŁŁŁ Ų“ŁŁŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŲµŁŁŁŲ§Ł
Ł Ų§ŁŲÆŁŁŁŁŲ±Ł
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Riwayat Muslim (1164)
Ada sesetengah kita, hari raya kedua terus puasa 6. Seronoknya bila dapat menghabiskan puasa sunat ini. Namun, ada sesetengah kita dilema bila nak mulakan bila Maklum saja banyak pula jemputan rumah terbuka dan meraikan kawan-kawan.
Malah, ada yang tak puasa 6 kerana tetamu asyik datang beraya dan rasa tidak patut pula. Ini belum lagi kalau nak puasa sunat kena minta izin suami.
Walaupun ada alasan tersendiri, lebih baik kita dengan pendapat daripada Muharrik Daie ini tentang alasan yang selalu kita gunakan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:Ā Tiada Dalil Anak 7 Tahun Kena Berpuasa, Tengok Kemampuannya, Jangan Terlalu Tegas!
Puasa Sunat Syawal, Jangan Sampai Anggap Wajib!
Info Lebih Menarik DI SINI
Puasa 6, Antara Sunat & Pahala
āUstaz dah puasa 6? Tanya kak Jamilah kat ofis semalam selepas aku beri kuliah zohor.
āBaru sehari kak sebab saya demam pada dua hari raya sampai ahad. Isnin saya cuba puasa tapi lemah sangat. Tak lalu. Tengoklah sehari dua ni.ā Jawab aku pada Kak Milah
āItulah. Akak pun belum lagi. Asyik ada tetamu saja datang. Kalau tak layan tetamu tak boleh juga. Kata ustaz kat masjid tu, kita kena layan tetamu sebab tetamu ni ada haknya. Nanti berdosa pulak akak.ā
āBoleh jer puasa kak.ā Jawab ku rengkas.
āDah tu macam mana dengan tetamu? Tak berdosa ke akak. Kan ada hadis nya ustaz?ā Tanya kak milah lagi.
āMana pulak dosanya akak. Betullah ada hadis tu. Hadis ni kak, kita orang awam tak boleh faham secara literal macam tu. Ada huraian nya. Malah hadis tetamu pun bukan tingkatannya soheh.
Guru saya kata, tetamu yang dimaksud kan itu adalah tetamu dari jauh. Tetamu yang jarang datang. Yang datang sesekali. Bukan tetamu yang dekat, macam kawan ofis kita, jiran kita dan sebagainya.
Kalau tetamu jauh tu haruslah kita melayannya. Kalau tak berbuka pun tak apa, tak haram.
Hanya harus saja. Panjang kak nak bicara pasal hadis ni. Jadi, akak puasa jer lah. Inshaa Allah. Tak apa apa.ā Ujar ku lagi.
Nak Puasa Kena Minta Izin Suami?
āIni akak nak tanya satu lagi soalan. Boleh kan ustaz?ā
āBoleh jer kak?ā Jawab aku.
āMacam mana pulak kalau suami akak tak izin puasa enam tu?ā
āKenapa pulak suami akak tak izin?ā Aku bertanya kembali.
āSaja akak tanya. Sebab ada orang kata, kalau suami tak izin, haram berpuasa. Betul ke ustaz.ā
āOhhh betulah tu kak. Tapi saya rasa boleh jer pakat pakat dengan suami puasa bersama.ā
āKenapa pulak kena minta izin ustaz?ā Tanya kak milah lagi.
Dalam hati aku, kak milah ni saja saja tanya atau pun memang tak tahu betul.
āBegini kak. Hak suami terhadap isteri tu wajib. Dan puasa enam tu sunat. Jadi andaikata, akak puasa enam tanpa izin suami, dan suami pula pada siang hari meminta nak ābersamaā dengan akak sebab tak boleh tahan nafsunya, jadi akak wajib tunaikan hak suami. Sebab itu puasa sunat kena minta izin suami. Sebab menunaikan hak suami itu wajib. Bila wajib bertemu yang sunat, wajib kita menunaikan yang wajib. Kalau tidak akak berdosa. Dosa besar tau kak.ā Ujarku panjang lebar.
āOwhh. Akak ni sebenar nya tahu ustaz cuma nak confirm saja. Bila ustaz terang tu, baru akak yakin, hehe.ā

Perkara Kena Ulang Selalu
Aku hanya geleng kepala saja melihat telatah kak milah.
Sebenarnya perkara agama ni memang kita kena ulang ulang selalu. Sebab kita ni mudah lupa.
Apalagi dalam amal amal yang setahun sekali. Mengaji agama itu ilmu. Bertanya juga ilmu.
Menjawab pertanyaan juga ilmu. Jadi bila ada ilmu, terasa nikmat kita beramal. Kerana apa?
Kerana beramal tanpa ilmu sia sia.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikatakan itu. Kalau nak, buat terus, nanti klau dah tinggal, nak sambung balik memang ābercintaā, banyak dugaan lain pula.
Sumber: Muharrik Daie
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI