Hati-hati buat penjual mahupun pembeli bahawa jual beli secara ‘cedok-cedok’ yang kian menjadi trend di media sosial, baik menerusi TikTok atau IG Story mempunyai unsur ‘gharar’. Hukumnya sama sekali tidak sah dan diharamkan.
Fahamkan penjelasan daripada Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ini sebagai panduan;
Cedok Cedok Adalah Gharar Diharamkan
Soalan Di Inbox:
Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini.
Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. Apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut?
Kiranya pembeli tak boleh pilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM80.Pembeli pun decide nak beli 1 cedok. Jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.
Jawapan:
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Jual Beli Jahiliah
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan. Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Ads
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.
Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Dua Keadaan Gharar
Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Ads
Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.
Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi elakkanlah terikut-ikut dengan trend jual beli ‘cedok-cedok’ ini. Jelasnya hukumnya tak sah, haram kerana mempunyai unsur gharar.
Rumah tangga Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz kembali tegang selepas suaminya itu dikaitkan berhubungan dengan seorang pelakon wanita tidak lama dulu.
Sejak itu, Bella ambil keputusan untuk tinggal berasingan daripada suaminya. Dekat sebulan dia ambil masa untuk berikan tempoh bertenang buat diri sendiri.
Agar mereka berfikir dengan matang sebelum bertindak lebih jauh lagi.
Tentulah tindakan kurang matang itu akan menyebabkan nasib isteri-isteri sepertinya jadi lebih sukar kelak. Bagaimanapun, jika rumah tangga diuji dengan kehadiran orang ketiga, Bella akui betapa pentingnya sokongan keluarga untuk kembali bangkit.
Jika Rumah Tangga Diganggu, Isteri Jangan Menyendiri
“Bagi yang senasib, jangan menyendiri. dapatkan seokongan keluarga dan jangan buat keputusan drastik yang akan makan diri balik.”
Akuinya, berbincang dengan ahli keluarga itulah akan buat fikiran tenang.
“Fikirlah masa depan, ibu bapa kita. Kalau kantoi mereka juga akan terpalit sama.” Atas dasar itulah, sebagai ibu Bella perlu bertindak matang dan berfikiran panjang. Kerana jika tersilap percaturan dan ambil jalan tergesa-gesa tentulah ada hati yang akan merana.
Sebagaimana yang dikongsi kepada Sinar Harian, Bella akui untuk membuat keputusan dia perlu memikirkan anak dan kedua orang tua serta keluarga mentua.
“Bukannya hari ini gaduh esok dah nak berpisah atau selesai. Kita semua perlukan masa dan ruang.”
“Saya rasa bersyukur sebab ada kedua orang tua yang sangat menyokong kehidupan saya. Bahkan kedua ibu bapa mentua juga sangat baik. Maksudnya kita perlukan kekuatan seumpama itu.”
Sebelum ini, Bella mencetuskan kontroversi apabila mendakwa suaminya menjalin hubungan dengan pelakon Oktavia Manrose, termasuk ke kelab malam bersama-sama.
Terdahulu juga, suaminya pernah mengecewakan hatinya pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir.
Demi lembaran baru, Bella memaafkan suaminya ketika itu.
Pada 27 Mac yang lalu, selebriti wanita popular Neelofa telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya Haris Ismail.
Pastinya insan yang paling seronok adalah ibu tersayang, Datin Noor Kartini Noor Mohamed. Menerusi perkongsian di Instagramnya Noor Kartini meluahkan rasa bersyukur atas kelancaran majlis pernikahan anak perempuannya itu.
Ibu Titip Doa Mahligai Neelofa & Haris Kekal Bahagia
Malah dirinya juga sempat menitipkan doa agar mahligai yang dibina anak dan menantunya diberkati Allah SWT.
”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”
“Allahuakbar Allah Maha Besar, Segala Puji Hanya PadaMu.
“Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati,” luahnya.
“Wahai Anakku, Taati & Sayangilah Suami Mu”
“Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancangan Mu, atas rencana Mu, Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang telah Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik baik perancang.
“Wahai Anakku sayang @neelofa , taati dan sayangi lah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa , Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah . Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah.
.“Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.
“Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayang ku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetatpi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah.
“Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah,” luah Noor Kartini.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Ramai yang hidup susah kesan pandemik Covid 19. Namun, kempen Bangkit Wanita anjuran Mingguan Wanita umpama rahmat di sebalik apa yang terjadi. Ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda yang terjejas dan ingin tambah pendapatan melalui perniagaan. Susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk kita dapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Letak link inihttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Lama dah mencari resepi bulgogi (daging BBQ Korea) cara yang mudah disediakan dan yang penting sedap. Ini resepi lengkap yang disediakan oleh Puan Khadijah Jaafar (Dapur LAZZ). Sambil layan drama Korea boleh ‘ngap’ penuh kenikmatan. Paling best, tekak Melayu pun boleh layan.
“Ini lauk kegemaran anak-anak. Diratah macam itu saja. Jom layan resepinya. Sayurnya boleh diolah ikut citarasa.”
Puan Khadijah Jaafar
Bahan-bahan Bulgogi (Daging BBQ Korea)
500 gram daging, hiris nipis
1/4 cawan Kicap Soya Cair
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu besar Gula Perang
1 batang Lobak Merah, hiris halus
1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – tak ada pun tak apa
Sedikit garam
Bijan disangai
Sila Ikut Step Memasak Ini
Masukkan semua bahan kecuali lobak, enoki & tau meu.
Perap selama 1-2 jam.
Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
Sebelum angkat, masukkan hirisan lobak, tau meu & enoki dan biarkan sehingga layu.Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang. Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...