Pasangan yang kini sedang hangat bercinta, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian (online) semalam.
Perkongsian gembira tersebut dicoret oleh Ayda Jebat sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang juga teraju utama drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3, Bukan Gadis Biasa memberitahu sudah menjadi tunangan Nabil pada hari ulang tahun kelahiran lelaki itu.
Bertunang Secara Online, Direstui Ahli Keluarga
Pasangan ini masih mengikut seruan kerajaan dengan melaksanakan arahan PKP dan sekaligus mengambil peluang bertunang secara online.
Bertunang Secara Online, Kumpulkan Ahli Keluarga Depan Kamera
Sebelum ini Nabil telah melamar Ayda pada ulang tahun kelahiran gadis itu pada 17 Mac lalu. Sementara itu, Nabil menerusi Instagramnya bersama beberapa rangkap pantun menjelaskan situasi ringkas yang berlaku pada hari bahagia mereka.
“Awal bermula dengan bismillah, Syukur hanya kepada Allah. Selawat Nabi kepada Rasullullah, Semoga pertemuan ini membawa berkah.
Ads
“PKP arahan pemerintah, Mengingkarinya akan disaman. Hajat dihati dah nak melimpah, Ingin menyunting bunga di taman.
“Walaupun jauh cinta tidak terhenti, Kumpulkan ahli keluarga di depan kamera, Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, Harap doa yang baik-baik dari semua,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa gambar mereka merupakan gambar yang disunting.
Ads
Turut mendapat ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminat.
Ads
Tahniah juga diucapkan buat Ayda dan juga Nabil dari MW. Kami doakan pasangan ini akan segera ke jinjang pelamin ya.
Benarlah apa yang dikatakan oleh selebriti Yatt Hamzah dimana tak terbayang lalui Ramadan tanpa terawih di Masjid.
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun facebook HARYATI HAMZAH – YATT beliau menerusi statusnya menyatakan;
“Tak apalah jika Ramadhan tanpa bazaar. Tapi janganlah tanpa Terawih di masjid. Tak terbayang Ramadhan tahun ini tanpa kemeriahan Tarawih di masjid2. Ya Allah rezekikanlah kami berjumpa ramadan lagi dalam keadaan selamat dan sejahtera.”
Marilah Sama-sama kita berdoa agar COVID-19 berakhir dengan segera.
Yatt Hamzah juga turut mencoretkan dalam suasana hari ini marilah bersama-sama kita membuat persiapan awal Ramadan dari rumah.
“Ramadhan kurang dr 23 hari lg. Jomlah kita buat persiapan. Kita hidupkan Ramadhan tahun ini dr sekarang.. Buat persiapan awal dr rumah je ok. Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah.
“Mood Ramadhan perlu dicari dan dibina. Jika kita bersiap- siap untuk Hari Raya dengan penuh semangat dan teliti, Ramadhan seharusnya lebih lagi.
“Kongsikan hadis-hadis atau ayat al-Quran berkaitan Ramadhan sesama isi rumah. Menceritakan isi-isi buku berkaitan Ramadhan yang dibaca. Membeli atau membasuh sejadah, pakaian solat seperti telekung dan kain pelikat bagi menaikkan semangat.
Gunakan al-Qur’an yang paling digemari. Mainkan lagu-lagu berkaitan Ramadhan dan ayat-ayat al-Quran di rumah. Buat jadi ringtone ke. Hee… Letak al-Quran dan buku-buku bertemakan Ramadhan di setiap sudut rumah iaitu kawasan-kawasan yang paling selalu diduduki. Rancang ingin berbuka dan berterawih di masjid mana nanti ketika Ramadhan nanti jika ada rezeki kita ya.. Aameen..
Pelakon yang begitu popular kerana suka berkongsi cara memasak di akaun Instagram miliknya, Datin Paduka Eina Azman, 25 atau lebih mesra dengan panggilan Eina Azman yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef sedikit pun tidak kekok menguruskan rumah tangga walaupun berkahwin dalam usia muda.
Mengimbas kembali kisah yang pernah dikongsikan bersama Mingguan Wanita ketika menjayakan sesi fotografi majalah MW sebelum ini, pelakon cantik ini berasa sangat bertuah kerana pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden begitu memahami dan sentiasa menyokong segala aktiviti yang dipilihnya terutama yang berkaitan seni dan juga perniagaan.
Malah Eina juga akui begitu selesa dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun aktiviti harianya begitu padat namun Eina begitu bijak membahagikan setiap kerjayanya.
Mengusik Eina bagaimana dia cekap dalam mengendalikan rumah tangga memandangkan dia berkahwin dalam usia muda.
Eina menerangkan ibu (panggilan Mummy) merupakan idolanya dalam menguruskan rumah tangganya.
“Segalanya saya mulakan dari bawah. Saya ni bukannya jenis yang terus pandai memasak. Saya belajar perlahan-lahan. Sifu saya merupakan Mummy.
“Sejak kecil saya lihat Mummy menguruskan rumah tangga dengan baik. Setiap hari bapa saya akan bawa bekal yang dimasak Mummy ke pejabat. Mummy juga selalu pesan ikat perut suami dengan air tangan sendiri.
“Masa baru-baru kahwin saya cuma tahu masak tiga lauk saja. Kemudian perlahan-lahan saya belajar masak menerusi Internet dan paling penting banyak bertanya kepada Mummy.
“Pernah suami teringin nak makan Nasi Dagang, saya belajar masak nasi tersebut, alhamdulillah menjadi dan suami pun suka. Saya juga sangat bersyukur dalam penjagaan anak-anak saya memang perlukan pembantu dan saya memang kesian nak tinggalkan anak lama-lama,” ungkap Eina lagi.
Kongsi Resipi
Antara resipi yang pernah Eina kongsikan di akaun Instagram miliknya;
1: Goreng tauhu sehingga keemasan dan angkat ketepi
2: Panaskan minyak dan masukkan isi ayam
3: Lepastu masukkan bawang putih dan cendawan
4: Masukkan sayur asparagus
5: Masukkan sos tiram
6: Masukkan MAGGI CukupRasa
7: Masukkan sedikit lada sulah lepastu masukkan tauhu yang dah digoreng tadi
8: Last sekali, masukkan hirisan lada merah. Kacau kesemua sehingga rata. IT’S DOOOONE!
Banyak benarnya pesan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini. Tentang hidup ini bukanlah semata mahu mencari siapa yang paling sempurna. Kerana kesempunaan itu adalah milik Allah.
Di dalam instagramnya, ibu kepada lima orang cahayamata hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, yang juga menjaga seorang anak angkat, menitipkan pesanan kepada para followernya.
Kongsinya, “Di dunia ini sebenarnya tiada apa yg sempurna. Kesempurnaan itu milik Allah. Bukan sempurna yg harus kita cari, tapi mencari yg terbaik. Dunia tidak perlukan kesempurnaan, tetapi ia perlukan penjagaan sebaiknya. Penjagaan tanda penghargaan. Erti kata lain, bersyukur.
Kesempurnaan itu hanya akan dapat dirasai, jika kamu bersyukur.
Apa guna punya telinga, tapi tidak mendengar sebaiknya? Apa guna punya mata, tetapi tidak melihat dan menghayati kebesaranNya? Apa guna punya mulut, tetapi hanya berdiam tanpa menyuarakan kebaikan? Apa gunanya akal yang pintar, jika tidak mahu berfikir dan memahami?
Tiada guna kita miliki semua itu jika kita tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat tersebut.
Lantas, jika yang diberi tidak disyukuri, apa lagi yang kita mahu?
Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. Kita tidak akan pernah sempurna, kerana kesempurnaan itu milik Dia. Dan kita adalah sebaik-baik ciptaan.
Begitu lah ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 ini setiap daripada kita diuji dengan bermacam-macam sesuai dengan kemampuan setiap orang.
Bersyukur adalah jalan terbaik untuk kekal tenang.
Datin Shahida juga berkongsi sepanjang PKP ini, dia lebih banyak menghabiskan waktu dengan melakukan puasa ganti. Memandangkan, bulan puasa sebelumnya dia tidak dapat menghabiskan tempoh berpuasa sebulan akibat keguguran.
“Sepanjang tempoh PKP ni saya ganti puasa je sebab tu makin kurus… puasa tahun lepas saya sempat puasa sehari je sebab puasa kedua saya dah gugur kembar Raudhah…. agak-agak kalau ada dua macam mana nak handle kan….satu pun tak sempat nak mandi.”
Dalam pada itu, Datin Shahidah juga berkongsi pengalaman menunaikan haji tahun lalu dalam keadaan dirinya hamilkan anak bongsu.
“Haji 2019.. tengah mengandung Raudhah 6-7 bulan. Belakang ni tempat melontar. Saya risau betul pergi haji masa ni sebab ada masalah plasenta previa (uri kebawah). Doktor @suesalleh1970 siap bagi surat kalau ada bleeding cepat-cepat pergi hospital.
“Alhamdulillah sepanjang tempoh haji saya sihat sangat. Balik-balik haji terus pergi check up. Alhamdulillah doktor pun terkejut sebab dah naik semula uri saya. Berkat tunai haji….. pastu nak ucap tq kat hajah @memewani dia selalu je belikan saya makan dengan basuhkan baju saya… sepanjang kami buat haji…tq Meme.”
Apabila Arab Saudi umumkan minta umat Islam untuk menangguh sebarang rancangan menunaikan haji dan umrah tahun ini, ramai yang bersedih. Mula merindui mahu jejak kaki ke bumi Makkah semula. Semoga wabak Covid-19 dapat dihapuskan segera.
MW : Walau #DudukRumah masih boleh terus memanjatkan kesyukuran dengan setiap nikmat rezeki yang tuhan berikan setiap hari. Jangan pernah putus doanya.