10 Hari Belajar Bahasa Isyarat, Sumpah Bukan Mudah.. - Ayda Jebat

Walaupun drama Aku Nazmi dah dekat seminggu berakhir, kesan sedihnya sampai ke hari ini masih ada. Jalan ceritanya pun sederhana saja. Tentang percintaan terhalang seorang gadis pekak dan bisu (Ilya) lakonan Ayda Jebat bersama pemuda Cerebral Palsy (Nazmi), lakonan Jay Iswazir.

Di sebabkan lakonan setiap pelakon tu betul-betul sampai ke dasar hati, penonton pun boleh tanpa sedar mengalirkan air mata. Hakikatnya, tak mudah untuk Ayda Jebat membawakan watak gadis pekak dan bisu ini.

Malah semasa pengambaran drama Aku Nazmi ini pun dia sempat berkongsi kesukarannya di instagram miliknya. “Serious yang ini memang mencabar. Rasa nak nangis. Pinjamkan bahu boleh?”

 

 

Ayda Jebat Dah Cuba Sedaya Upaya

Sebab apa tau. Ini kerana nak menjayakan watak ILYA, gadis pekak dan bisu ini Ayda Jebat kena belajar bahasa isyarat selama 10 hari.

IKLAN

Kita belajar sign language selama 10 hari. Sumpah, bukan mudah. Terima kasih cikgu, team dan semua cast yang terlibat. Maaf kalau ada salah atau terkurang.

Kita cuba sedaya upaya buat golongan istimewa bisu dan pekak dalam masa yang sama orang normal boleh faham dialog apa yang kami nak sampaikan.

Rasa gembira, kelakar, sedih dan semua harapnya masih ada.” Untuk menjayakan drama ini juga team ini menghabiskan 9 hari penggambaran di Melaka.

IKLAN

 

10 Hari Belajar Bahasa Isyarat, Sumpah Bukan Mudah.. – Ayda Jebat

Bahagia Sampai Hilang Penat

Sememangnya drama itu trending no. 1 ketika ditayangkan. Kerja keras dan usaha Ayda serta team yang berusaha keras mempelajari sign language malah menjiwai watak dengan sebaiknya diiktiraf para penonton.

IKLAN

Terima kasih peminat, yang tak minat tapi tertengok, family, kawan-kawan artis, abang-abang director, crews dan semua yang tengok, yang sempat text adik tadi, post and tweet, terima kasih atas pujian anda.

Sokongan awak semua buat penat saya dan semua yang terlibat hilang hari ini. Alhamdulillah, #AkuNazmi trending no.1 hari ni.” tulis Ayda sebaik selesai tayangan dramanya itu.

Sumber/Foto : Instagram Ayda Jebat

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI