Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.

Haram bila suami tentukan apa yang isteri perlu bayar, kerana tanggungjawab harian adalah di bahu suami. Sememangnya segala tanggungjawab adalah di bahu suami, isteri hanya bantu atau top up yang mana kurang.

Sebaiknya, setelah berkahwin dan berkeluarga duduk berbincang dan jujur bab pendapatan setiap bulan. Kemukakan satu persatu komitmen pada isteri agar sama sama memahami bagaimana keadaan kewangan keluarga.

Ikuti perkongsian Dr Azhar Idrus yang dikongsi semula oleh Dr. Azila Mohd Kasim. Fahami dengan jelas tentang perkara ini agar tiada perbalahan di kemudian hari.

Haram Bila Suami Tentukan 

Kalau pendapatan suami tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong “topup” kan mana yang terkurang, maka jaga tujuh perkara ini:

1. Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan. Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income. Berapa yang kita dapat dengan extra income. Lepas itu tunjuk berapa baki setelah pendapatan itu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.

Kalau negatif, negatif lah. Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.

Kerana Tanggungjawab Harian Di Bahu Suami

2. Mintak izin dan redha isteri kalau hendak dia bantu.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan itu, insyallah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.

Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh, minta elok-elok.
.
3. Bantuan isteri tak boleh lebih 50 peratus.
Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50 peratus, meaning that isteri itu pula kena keluarkan duit lebih dari kita, kita pulak yang kurang keluarkan duit.

Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.

IKLAN

Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.

“Haram Bila Suami Tentukan Apa Yang Isteri Perlu Bayar.” Tanggungjawab Harian Adalah Di Bahu Suami
Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar..

Apa Yang Isteri Perlu Bayar

4. Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri.

Jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita itu “nothing” tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita takkan ada duit lebih atau rasa lapang.

Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.

Artikel Berkaitan:

IKLAN

Usah Salahkan ISTERI BEKERJA Kalau Abaikan Rumahtangga, Dia Kerja Demi Bantu Suami

Suami Kurang Berkemampuan, Ini Caranya Berterima Kasih Pada Isteri Yang Sanggup Membantu

5. Ambil semula tanggungan apabila mampu.
Bila pendapatan kita sebagai suami sudah ada lebihan, macam ada OT ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri, kita bayar guna pendapatan kita.

Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita sudah mampu untuk bayar sendiri.

Hargai Isteri Sebaiknya

6. Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.
Kesedaran diri tu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau dibantu, buat cara dibantu.

IKLAN

Tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai. Jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.

Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja rumah dia, beneficial for each other.

7. Hargai bantuan yang di hulurkan isteri.
Hargai isteri, sesekali itu bawalah dia makan diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan.

Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan utk tanggung dan bayar semua.

Sekian, semoga bermanfaat.
Perkongsian dari UAI.
Dr. Azila Mohd Kasim

Mingguan Wanita : Isteri mana yang tidak mahu hulurkan bantuan pada suami jika mengetahui suaminya tidak berkemampuan. Melainkan suaminya mula buat perangai atau tak hargai isteri barulah isteri tarik tali kerana pengorbanan selama ini tak dihargai.

Sumber : Dr. Azila Mohd Kasim

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI