Adat berumahtangga saling membantu antara suami dan isteri. Tak dinafikan melunaskan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami, namun adakalanya pendapatan suami tidak mencukupi seterusnya memerlukan bantuan isteri yang turut sama bekerja.

Perkara ini memerlukan perbincangan bersama dan sebaiknya suami dapatkan izin serta redha seorang isteri sebelum meminta bantuan pasangan itu dan ini.

Di samping itu, apabila suami kurang berkemampuan, ini caranya berterima kasih pada isteri yang sanggup membantu. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan ingat betul-betul pesanannya:

Ini Caranya Berterima Kasih Pada Isteri 

Kalau pendapatan seorang itu tak mampu untuk sara keluarga, kemudian  nak isteri tolong topupkan mana yang terkurang. Maka jaga tujuh perkara ini:

  1. Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.

Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan… Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income, berapa yang kita dapat dengan extra income.

Selepas itu tunjuk berapa baki setelah pendapatan itu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.

Kalau negatif, negatiflah… Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan…

Baca Juga Di sini:

SUAMI Jika Berkemampuan, Tak SALAH Raikan Kesukaan Isteri, Pasti Dapat PAHALA

ISTERI Gunakan Kudrat Bekerja BANTU Suami, Sampai Hati Suami BERKIRA Buat Kerja Rumah

IKLAN

Isteri Yang HEBAT Adalah Yang Mampu Tutup Kemiskinan Suami, Bukannya Mengeluh

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Suami Kurang Berkemampuan, Minta Izin Isteri Bantu

  1. Mintak izin dan redha isteri kalau hendak dia bantu.

Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan itu, insyallah, dia akan bantu. Cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.

Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh… Minta elok-elok…

Bantuan Isteri Tak Boleh Lebih

  1. Bantuan isteri tak boleh lebih 50 peratus.

Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50 peratus, meaning that isteri itu pula kena keluarkan duit lebih daripada kita. Kita pula yang kurang keluarkan duit.

Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.

IKLAN

Bantuan isteri itu hanya untuk top up mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua…

  1. Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.

Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri.

Jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita itu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita tak akan ada duit lebih atau rasa lapang…

Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada…

Bila Berkemampuan, Suami Ambil Semula Tanggungan

  1. Ambil semula tanggungan apabila mampu.

Bila pendapatan kita sebagai suami sudah ada lebihan, macam ada ot(over time) ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri…

Kita bayar guna pendapatan kita. Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita sudah mampu untuk bayar sendiri…

IKLAN
  1. Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.

Kesedaran diri itu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau dibantu, buat cara dibantu.

Tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai. Jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.

Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja-kerja rumah dia. Beneficial for each other…

Berterima Kasih Pada Isteri Yang Sanggup Membantu

  1. Hargai bantuan yang dihulurkan isteri.

Hargai isteri, sesekali itu bawalah dia makan di luar. Kemudian bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan.

Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua…

Sekian, semoga bermanfaat…

MW: Dalam rumah tangga beginilah resamnya, saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain barulah bahagia. Tidak semua pasangan hidupnya senang selepas berkahwin namun carilah bahagia dengan cara tersendiri dan binalah hidup mengikut kemampuan.

Sumber: Firdaus Shakirin

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI