
Kalau makan mee kari, mee rebus, atau masakan sup, penyedapnya mestilah bawang goreng. Memang ‘ngam’ lah, boleh bertambah-tambah nasinya. Sebenarnya tak susah pun buat sendiri bawang goreng. Sebab sestengah bawang goreng yang dijual kat kedai, agak hancur, tidak tahan lama dan kurang rasanya.
Jadi, dengan modal RM5, mak-mak boleh buat sendiri bawang goreng. Siap boleh buat stok lagi untuk makan esok-esok. Tak perlu risau, bwang goreng ‘masuk angin’. Perkongsian daripada Ameera untuk buat bawang goreng sendiri dengan guna dua bahan sahaja.
“Saya kongsi buat bawang goreng nie dengan bahannya hanta bawang dan sedikit garam.
Hasilnya sangat sedap dan ranggup. Semudah ABC.
“Masa penyediaannya pun tak adalah lama, ambil masa 15 minit sahaja. Sedap terangkat daripada beli. Yang penting ranggup.
Cara membuat berdasarkan kepada gambar di bawah.
Kupas kulit bawang.
Selamat mencuba!
MW: Baru tahu nak bagi bawang goreng ranggup. Kalau tak sekeja paje dah masuk angin. Boleh buat stok kat rumah dan tak payah nak beli dah lepas nie.
Kalau nak beri peralatan dapur, bolehlah ke sini
Sumber: Ameera
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senang Je Rupanya Nak Buat Nugget Ayam Homemade Tanpa MSG, Ini Resipinya Mak-Mak Kena Cuba!

Kini, dah tak perlu risau lagi nak bagi anak makanan berproses seperti nugget sebab mak-mak dah boleh buat sendiri nugget ayam dirumah yang lebih diyakini sihat, berkhasiat dan paling penting bebas perasa tambahan MSG.
“Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Puan El Musliha Katiman, cara untuk buat sendiri nugget ayam di rumah. Anak-anak mesti suka”.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: RESIPI Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah
Resipi Mudah SMores, Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Buat Dengan Anak-Anak!
Nugget Ayam Buat Sendiri
Bahan-Bahan:
500gm Dada Ayam
(Agen Pelekat)
5 keping roti putih
1 gelas susu segar
(Bahan Perasa)
3 ulasbawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (cincang)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (*sis guna garam bukit)
1/2 sudu teh oregano kering BELI DI SINI
1/2 sudu teh thyme kering
(Salutan Nugget)
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
2 biji telur ayam
serbuk roti /bread crumb BELI DI SINI
Cara Membuat:
1.Ini lah hero utama untuk resepi kita.Nama pun nugget ayam kan. Mesti la kena guna ayam.Buang kulit, tulang dan bersihkan dada ayam.
2.Selepas itu potong kecil-kecil.. sekecil mungkin ya puan-puan.Sebab sis takde food processor nak hancurkan isi ayam ni.Sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot. Sis cincang zas.. zas.. zas.. ala-ala kungfu sampai lumat dan halus.
3.Potong kecil-kecil atau koyakkan roti dan tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang.
4.Selepas itu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat.Tak perlu letak bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/tambahan/msg/ajinomoto yang sewaktu dengannya.
5.Campurkan semua sekali.Ayam + bancuhan roti + bahan perasa, gaul sehingga sebati.
6.Kemudian, ambil loyang atau owang kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus.Sapukan minyak masak skit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini.
7. Sediakan pengukus, kukus 25 – 30 minit dengan api besar, kemudian matikan api dan biarkan sejuk.
8. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong.
9. Potonglah ikut suka hati uolss..nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke.. suka suka uolss la.. sis x mahu nak susah2 diri.. sis potong macam kat dalam gambo tu je.. senang!
10.Kacau telur, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur, kemudian salutkan ke dalam tepung, celupkan sekali lagi kedalam telur dan akhir sekali golekkan ke dalam serbuk roti sampai padat. Siap!
Simpan dalam bekas berpenutup. Susun rapat-rapat.Sedia untuk disimpan. Masukkan dalam peti sejuk kat bahagian beku semalaman.
Sedia untuk digoreng.
Selamat Mencuba!
Kredit resipi & Foto; El Musliha Katiman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Chicken Meatball Bolognese Dengan Cheese Ala Pizza Hut, Sedap Cair Meleleh!

Sesekali jika mak-mak nak tukar selera ala western, nak cuba buat menu baru untuk hidangan keluarga boleh cuba resipi Chicken Meatball Bolognese With Cheese Ala Pizza Hut ini. Memang puas hati makan bila buat sendiri, malah lebih jimat dan berbaloi berbanding beli di restoran makanan segera ni. Terutamanya buat peminat keju yang meleleh dan cair dimulut! Nak buat pun senang dan bahan-bahan pun tak banyak.
Boleh ikut perkongsian resipi oleh Puan Anith Syazwani ini;
Bahan-Bahan:
Bebola daging (saya guna chicken meatball Ayamas, cari jenama Ramly x jumpa)
1 tin sos bolognese Prego (saya guna kimball )
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar)
Mozarella cheese
Cara-Cara Penyediaan:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
3. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
4. Masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
5. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese.
6. Masak sos bolognese sehingga mendidih dan pekat.
7. Masukkan pula 1/2 cawan susu segar dan lada hitam.
8. Tuangkan sos bolognese sehingga menutupi meatball.
9. Taburkan cheese. Bakar 10-15 minit pada suhu 170°c.
10. Siap untuk dimakan meatball bolognese ala pizza hut.
Siap! Selamat Mencuba!
Mak-mak bolehlah sediakan bahan-bahan dan boleh cuba buat nanti!
Sumber:Anith Syazwani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Putar Manual Bakar Dalam Periuk, Marble Butter Cake TETAP MENJADI!

Seronok bila kita buat kek menjadi! Gebu, lembap dan pastinya sedap. Tanpa kelengkapan peralatan ‘baking’ yang mencukupi pun tetap boleh buat kek. Tiada mesin pengadun (mixer) dan tiada ketuhar oven pun tak jadi masalah. Mak-mak boleh putar secara manual dan bakar dalam periuk je, kek tetap jadi, gebu sempurna.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Ain Afiqah ini sebagai rujukan.
“Kita takde mixer, kita takde oven, kita takde loyang kek. Tapi minat, nak cuba jugak. Try buat marble butter cake. Kita putar manual je. Bakar pun guna kaedah periuk dalam periuk, sebab loyang untuk kek pun takde kan. Tapi tak sangka menjadi sangat, walau pun dibakar, tapi moist sangat”.
Bahan-Bahan:
250g butter
3/4 cawan gula
4 biji telur (saiz b)
1 sudu kecil esen vanilla
Setengah cawan susu cair/susu segar
2 cawan tepung gandum (Diayak)
Pewarna
Cara Membuat:
1. Pukul butter seketol (250g). Marjerin pun boleh bersama 3/4 cawan gula sampai agak ringan (untuk rasa kurang manis)..kalau anda jenis pemanis, boleh letakkan secawan.
2. Masukkan 4 biji telur (saiz b) satu demi satu. Pukul lagi bagi sebati.
3. Masukkan 1 sudu kecil esen vanilla
4. Tambahkan setengah cawan susu cair/susu segar yang dah dipanaskan (terus tuang perlahan-lahan sambil pukul bagi sebati.
5. Masukkan 2 cawan tepung gandum cap sauh yang dah diayak (sis tak ayak pun) sikit-sikit sampai habis bersama sesudu kecil soda bikarbonat.
6. Pukul bagi rata sahaja lepas tu kaup balikkan.
7. Bahagikan untuk beberapa bahagian dan warnakan.
8. Sapu seluruh permukaan loyang dengan butter atau marjerin. Alaskan dengan baking paper. Dan bolehlah mer marblekan nengikut kreativiti anda.Sis lapiskan 2 sudu di setiap lapisan.
9. Dah siap, hentakkan loyang sebelum masukkan ke dalam oven atau periuk pembakar anda.Pastikan sudah dipanaskan terlebih dahulu.Jangan lupa loreskan copstik jika ada untuk lakaran kat atas kek. Sis guna belakang sudu je.
Info Ekstra!
- Sis tak tau brapa °c untuk ketuhar. Untuk periuk biasa,sis panaskan api paling kecik.
- Dalam periuk hendaklah dialas dengan tungku besi baru letakkan loyang bagi mengelakkan dari hangus bahagian luar. Tak perlu letak air atau pasir.. takkan terbakar.
- Bakar dalam 45-50 minit, nyalakan api paling kecil. Cucuk dengan lidi sekiranya permukaan lidi licin, dah boleh padamkan api,angkat loyang terus kluarkan kek.. balikkan je.. dia akan keluar terus seketol tanpa lekatan.
Cubalah resepi ni bagi yang takde de dan mixer macam saya. Saya halalkan semua diatas untuk perkongsian bersama.
Baca Lagi Di Sini: Resipi Kek Lumut Tahan Sehingga Sebulan, Lagi Lama Simpan Lagi Sedap!
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tiada kelengkapan ‘baking’ yang cukup, tiada oven, loyang mahupun mixer di rumah tu, bolehlah cuba buat kek dengan cara ini. Kek tetap menjadi!
Sumber: Ain Afiqah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI