Sesekali jika mak-mak nak tukar selera ala western, nak cuba buat menu baru untuk hidangan keluarga boleh cuba resipi Chicken Meatball Bolognese With Cheese Ala Pizza Hut ini. Memang puas hati makan bila buat sendiri, malah lebih jimat dan berbaloi berbanding beli di restoran makanan segera ni. Terutamanya buat peminat keju yang meleleh dan cair dimulut! Nak buat pun senang dan bahan-bahan pun tak banyak.
Boleh ikut perkongsian resipi oleh Puan Anith Syazwani ini;
Bahan-Bahan:
Bebola daging (saya guna chicken meatball Ayamas, cari jenama Ramly x jumpa)
1 tin sos bolognese Prego (saya guna kimball )
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar)
Mozarella cheese
Cara-Cara Penyediaan:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
3. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
4. Masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
Ads
5. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese.
6. Masak sos bolognese sehingga mendidih dan pekat.
7. Masukkan pula 1/2 cawan susu segar dan lada hitam.
8. Tuangkan sos bolognese sehingga menutupi meatball.
9. Taburkan cheese. Bakar 10-15 minit pada suhu 170°c.
10. Siap untuk dimakan meatball bolognese ala pizza hut.
Ads
Siap! Selamat Mencuba!
Ads
Mak-mak bolehlah sediakan bahan-bahan dan boleh cuba buat nanti!
Tidak dinafikan basuh baju putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan.Sebenarnya, ada tip mudah yang mak-mak boleh gunakan ketika cuci baju putih untuk memastikan ia kekal putih melepak dan tak perlu disental.
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So.. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse-nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Sabun Mandi (Lux)
Penyagat
Sabun Baju
1.Sagat sabun mandi secukupnya.
2.Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama 1 malam didalam mesin basuh.
3.Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa, Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Saya guna 3 cawan sabun lux yang diparut + ½ cawan sabun biasa. 3 cawan sabun lux tu nampak macam banyak tetapi sesuai dengan sukatan minimum air yang telah diset kan oleh mesin basuh saya. Kalau sikit sangat, nanti sabun nya cair pulak.
Jangan risau, sabun tak berketul setelah direndam semalaman. sabun tu sempat cair & larut. Saya ada elergik dengan sabun basuh, so kaedah ini membantu saya supaya saya tak perlu sental baju & tangan pun selamat tak kena sabun.
Semoga bermanfaat!
Selamat Mencuba!
MW: Terima kasih atas perkongsian tips ini. Jadi buat mak-mak yang nak cuci baju putih tu, seperti baju uniform kerja atau baju sekolah anak-anak bolehlah cuba cara ini. Barulah baju tahan lama, wangi serta nampak baru dan putih je selalu.
Cuti hujung minggu, anak-anak ada di rumah memang seronok buat aktiviti masak-memasak ni. Bagi mak-mak, dapur memang sentiasa berasap je untuk sediakan makanan buat anak-anak. Baik sarapan pagi, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam. Belum campur kudapan sampingan.
Salah satu resipi yang mak-mak boleh buat dan jadikan aktiviti bersama anak-anak adalah buat pizza kuali dengan mereka. Tak perlu risau kalau rumah takde oven, sebab pizza ni hanya perlu masak atas api. Cukup mudah! Malah lebih jimat dan puas hati, boleh letak banyak-banyak ‘topping’ yang kita suka.
“Pizza kuali lagi,kali ni untuk bekal anak gi sekolah.100% masak atas api,tak perlu oven.Yang dah masak, tabur oregano atas tu..memang sedap, kalah pizza hut & domino”.
** Sos Pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping (Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood)
1.Tumis bawang holland dan bawang putih, bila dah wangi masukkan bahan basah yang lain. Contoh, ayam,hotdog dan cendawan.
2.Tumis sampai masak ye, perasakan dengan garam dan lada hitam, nak letak bbq sos pun boleh..ketepikan.
Kalau nak mudah.. beli apa-apa sos pasta perisa original/ traditional. Kalau nak buat sendiri;
1.Potong halus bawang putih dan tumis sampai naik bau.
2.Masuk bawang dan tomato yang dikisar, masak sampai pecah minyak.
3.Masukkan tomato puree/sos tamato.Tambah mix herbs dan kiub ayam.
4.Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
1kg Tepung gandum
2 cawan Air suam
1 peket Mauripan
2 sudu Minyak masak
1 sudu Gula
Secubit garam
1.Gaul tepung dengan minyak.
2.Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat dekat tangan,tutup dengan tuala lembab, rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu,tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula..lepas 2-3 minit, dah muncul buih-buih baru campur dan uli tepung jadi doh.
3.Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.
4.Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.
5.Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.
6.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali.
7.Masa masak tu ikut tebal mana pizza tu..macam saya tebal dalam 1cm,api kecikkkk… dalam 10 mnit.
* Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.
*Susun siap-siap atas kuali ye..baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu..sebab topping tu berat..nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.
* Cheese tu ambil masa 3-4mnit untuk cair ye.Cheese kena pakai mozzarela untuk effect tarikkk.. kalau tak kisah boleh je guna cheese apa pun, sedap je tapi tak boleh nak main tarik-tarik la. Saya guna mozzarela dan cheddar.
Cantiknya bila bergaya dengan cardigan atau baju longgar yang dipakai pada bahagian luar. Cardingan ni ‘penyelamat’ untuk para wanita dan mak-mak untuk nampak lebih bergaya, elegan malah lebih sopan.Terutamanya bila nak cepat, pakai blouse atau tshirt, dan sarungkan je cardingan dah boleh terus keluar berjalan.
Mudah je nak buat sendiri. Mak-mak yang pandai menjahit tu boleh ikut pola dan langkah demi langkah cara nak buat cardigan seperti yang diajar oleh tukang jahit dari Nurul Taylor Creation ini.
2 meter bidang 60 Kain Cromo Crepe
Piping
1.Bahagian badan depan.Tanda 12 inci dari tepi pola. Curve freehand je. Tak payah guna pembaris.
2.Macam ni ye untuk badan belakang. Ambil je macam biasa tak payah zip.
3.Kemasan guna piping yang dah siap tu. Jahit dalam longkang.
4.Selepas itu, kebelakangkan piping dan tindih setepi.
Semoga bermanfaat!
Mak-mak yang pandai menjahit dan nak cuba kelainan, boleh cuba buat cardingan ini sendiri.Ikut pola yang diberikan dan langkah yang ditunjukkan.
Selamat Mencuba!
Sumber: Cik Nurul Hidayah Husni
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!