Sebelumnya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ada berkongsi tentang pembukaan pasaraya ElewsMart adalah sebahagian daripada usahanya untuk membantu orang susah.
Bagi melancarkan operasi pasaraya, Ustaz Ebit membuka peluang pekerjaan kepada 100 orang yang berminat untuk jawatan Branch Manager, Assistant Manager, Marketing Officer, Supervisor dan Retail Staff.
Yang mana, jawatan ini bakal mengisi kekosongan pekerja di 10 cawangan pasarayanya. Sebagaimana yang disenaraikan sebelum ini, iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Anda yang berminat bolehlah hantarkan resume ke hrelewsmart@gmail.com
Ads
Buka Pasaraya ElewsMart, Niatkan Bantu Orang Susah
Kongsi Ustaz Ebit,
Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 ElewsMart dan DC kami sedang renovate.
Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elewsmart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 restoran Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.
Ads
Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.
Nak Jadi Asbab Kebaikan Buat Semua Manusia
Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari jer dah habis. Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
Ads
Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.
Sebutkan, apa saja jenis cacian, hinaan orang yang tidak pernah diterima gadis istimewa bernama Hikmah Razlan ini. Membesar tanpa sebelah mata, membuatkan masyarakat memandangnya dengan pandangan malah persepsi yang berbeza.
Tentunya ada yang negatif, malah sebenarnya ramai yang positif dan memberi kata-kata kekuatan buat gadis manis yang masih dalam pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pahang Kampus Jengka ini.
Biar pun apa kata orang, pemilik nama sebenar, Siti Nurhikmah Binti Razlan, 22 ini tetap merasakan dirinya gadis yang bertuah.
“Alhamdulillah, sebab umi abah tak pernah membezakan kasih sayang dekat I dengan adik.” Kongsinya di laman instagramnya.
Katanya, dia punyai umi yang tegas untuk membuatkan dirinya menjadi anak yang tak mudah menangis bila dikeji apatah lagi diejek.
“I ada abah yang selalu ajar I untuk I yakin ke depan. I ada adik yang selalu jaga I.”
Saban waktu, inilah soalan yang kerap diajukan kepadanya. Macam mana nak jadi yakin.. macam mana nak abaikan semua aura negatif yang datang.
“Firstly, for me.. semua orang pernah buat silap. Tak kiralah you macam mana sekalipun. I bukan manusia yang sentiasa tuhan bagi nikmat seronok.
To be honest, I pernah rasa semua yang manusia lain rasa. Rasa sedih, rasa kecewa, pernah rasa dicaci, rasa seronok semua.
Untuk I, ada satu masa I pernah rasa sedih, kecewa dan I salahkan orang yang buat I tu. Tapi itulah I terus twist semua menda yang jadi tu sebagai pengajaran dan hikmat. I twist apa yang negatif, I dapat jadikan positif. Lama-lama I jadi seronok.”
Sememangnya, Hikmah ini gadis yang cukup kental. Biarpun ada yang membuatkan hatinya sedih, dia tidak menyimpan dendam atau benci. Segalanya di akhiri dengan perkara-perkara yang menggembirakan hati.
“If sapa-sapa buat you sedih, jangan benci dia sebab percayalah one day dia yang akan buat you happy end of the day. Sampai sekarang, I teringin sangat nak berterima kasih dekat sapa yang buat I sedih sebab dia yang buat I jadi budak yang kuat sekarang.”
“For me, semua orang ada yakin dalam diri! You yang kena cari yakin tu dalam diri you. Buatlah apa yang you suka as long tak langgar hukum hakam and peraturan negara.
Abaikan semua yang orang akan cakap dekat you, jangan takut.. kena berani.
Dulu, I selalu fikir takut untuk ke depan sebab I tak nak sedih bila orang cakap bukan-bukan dekat I. Tapi lama-lama I rasa rugi. Mulut orang takkan berhenti bercakap, dia takkan berhenti menilai orang.”
If you nak sedih, yes sure.. boleh. Tapi jangan sedih lama-lama. You happykanlah orang lain dan automatik I yakin you akan happy jugak. It’s really work for me, alhamdulillah.
Semoga bermanfaat and stay positif okay untuk you sentiasa happy!” Pesan Hikmah tulus.
Dalam pada meniti kehidupan penuh liku, Hikmah rupanya sudah dilamar menjalani photoshoot untuk produk kecantikan malah wajahnya disolek cantik oleh jurusolek selebriti, ynasakinah.
Cantik hasilnya, terserlah wajah cantik Hikmah yang natural beauty tu.
Nama Hikmah itu sendiri pun dah sedap untuk dipanggil. Sesuai dengan kemanisan dan baik budinya gadis ini, rupanya dalam ujian hebat yang dilalui, tuhan berikan rezeki berganda buat gadis ini.
“Tuhanku, . panjangkanlah umur mereka untuk mereka dapat membimbingku sampai aku berjaya menjadi anak yang terbaik buat mereka berdua.
murahkan rezeki mereka rezeki keluarga kami untuk kami bahagia di dunia dan akhirat.
Permudahkan segala langkahku, jangan engkau mempersulitkan apa yang aku sedang usahakan untuk mereka tersenyum bangga melihat kejayaanku pada suatu hari nanti.
Berikanlah mereka berada di syurgamu dengan apa yang mereka telah usahakan untukku. Rindu.”
MW : Mendoakan semoga Hikmah terus sukses dalam pengajiannya dan kehidupannya kelak.
Berita baik, buat yang ingin mengadakan majlis yang sekian lama tertangguh, terkini kerajaan telah mengumumkan membenarkan penganjuran majlis-majlis tersebut pada bulan hadapan.
Kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan dan tahlil dengan kapasiti tidak melebihi 250 tetamu mulai 1 Julai ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis lain yang turut dibenarkan adalah akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan pertemuan semula (reunion).
“Bagaimanapun kita mengehadkan masa antara tiga hingga lima jam sahaja.
“Kapasiti pengunjung kekal tidak melebihi 250 individu, tetapi tertakluk kepada saiz ruang atau lokasi diadakan, kalau tempatnya kecil dan sukar melaksanakan penjarakan sosial mungkin cukup setakat 150 orang atau jumlah yang mampu dimuatkan sahaja, tidak semestinya sehingga 250 orang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Mengenai penyajian makanan, Ismail Sabri berkata, hanya bufet yang dibenarkan, dan pengunjung tidak boleh mengambil sendiri makanan berkenaan.
“Makanan perlu dihidangkan pramu saji, yang terbaik dicadangkan supaya membuat hidangan di atas meja,” katanya.
Beliau berkata, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menyediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk untuk memastikan bilangan kehadiran, pemeriksaan suhu badan dan tidak membenarkan tetamu bergejala seperti demam, batuk dan selesema masuk.
Menurutnya, penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka.
“Penganjur majlis juga mesti mendaftarkan tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual sebagai rekod sekiranya berlaku kes jangkitan.
“Laluan keluar masuk tetamu juga perlu berbeza untuk mengelakkan kesesakan.
“Namun, jika penganjur merasakan sukar untuk mengawal dan memastikan penjarakan sosial, penganjur dinasihatkan supaya tidak menganjur majlis,” katanya.
MW: Jadi jika nak menganjurkan sebarang majlis, pastikan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan ini.
Buah Durian sememangnya mempunyai bau yang agak kuat. Jika tak biasa bau ‘Raja Buah’ ni memang boleh sebabkan loya dan muntah. Di negara kita dan kawasan Asia, makan dan bau durian merupakan perkara biasa.Namun berbeza dengan penduduk di kawasan Eropah.
Kasihan sungguh dengan seramai 12 pekerja pos di Jerman yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, manakala puluhan lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Schweinfurt, di sini. Ia kerana mereka dikatakan menerima rawatan perubatan kerana loya setelah menghidu bau kuat daripada bungkusan berisi durian kelmarin.
Difahamkan, pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan kemudian dipanggil ke pejabat pos berkenaan untuk memeriksa bungkusan itu.Polis mengarahkan semua penghuni bangunan keluar, termasuk 60 pekerja sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.
Kekecohan bermula selepas seorang kakitangan pejabat pos itu curiga kerana terhidu bau yang amat asing.
“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.
Setelah siasatan dibuat, bungkusan terbabit mengandungi empat biji durian dari Thailand yang dikirim seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun untuk rakannya di Nuremberg.
Polis berkata, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya, manakala enam yang lain pula dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Kejadian bungkusan berisi durian bukanlah pertama kali berlaku di Jerman. Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas dan hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.
Sebelum ini, program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta. Biasanya peserta dikehendaki memakan haiwan atau unggas yang menjijikkan. – AGENSI
MW: Kasihannya, gara-gara durian huru hara jadinya. Mungkin di Asia durian jadi kesukaan ramai, namun berbeza bagi negara Eropah. Apa pun memang rugilah jika tak makan dan menikmati durian. huhu