Sekarang tular pokok snake plant atau lidah mertua, jadi ramailah mak-mak mencari untuk dijadikan hiasan dalam rumah. Apatah lagi pokok ini dikatakan mempunyai banyak kebaikan, lagilah berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

Padahal sebelum ini pokok snake plant ini tumbuh merata tetapi siapa pun tak endahkan. Tetapi bila sudah viral, harganya bukan main mahal. Sebenarnya begitulah juga dengan kehidupan manusia, jarang menghargai yang berada di depan mata.

Bila sudah tiada barulah menyesal dan mula menghargai. Ikuti perkongsian Rozila Hassan dan fahami apa maksudnya di sebalik kisah serumpun pokok lidah mak mertua ini :

Kisah serumpun pokok viral…

Pokok Sansevieria aka Snake Plant atau Pokok Lidah Mak Mertua, rasanya tidak asing pada pandangan mata kita kan? Banyak tak terbela di rumah-rumah kampung. Dulu dipandang sepi tak berseri, tiada value..

Tapi entah dari mana datang angin tiba-tiba jadi viral. Laris di semua nursery, jadi hot item, harga pun mula naik, letak pula dalam pasu mahal, makin tinggi la ‘value’nya..

Dikatakan banyak khasiat, sesuai untuk ‘indoor’, boleh kurangkan stres juga… Maka berebut-rebutlah suri rumah tangga hendak memilikinya, termasuk yang katanya ber’tangan panas’.

IKLAN

Memang sejenis pokok yang senang dijaga (walaupun tak jaga ). Letak di sudut-sudut rumah, atas meja, tepi televisyen, lawa jadinya

Tiba-tiba semua jadi berminat, jadi sayang pada pokok kaku ini. Tiba-tiba semua teringat pokok ini dekat belakang, dekat tepi rumah mak di kampung.

Nasib Masih Belum Pulang Ke Kampung

Nasiblah masih belum boleh rentas negeri lagi, kalau tidak pasti ramai pakat balik ke kampung hendak “jemput” pokok ini dan rakan-rakannya ikut balik ke rumah masing2.. Betul tak sis??

IKLAN

Begitulah juga hidup ini… Sesuatu yang depan mata yang senang dapat jarang kita hendak hargai… Hanya bila sudah viral dan sudah susah hendak dapatkan baru kita rasa kesal dan teringat-ingat…

Berapa ramai yang hanya pandai hargai sesuatu hanya bila sudah kehilangannya..

Hikmah PKP & Covid-19

Saya yakin PKP & Covid 19 ini banyak hikmahnya pada kita semua… Kerja yang sering kita rungutkan, kesibukan yang kita keluhkan. Rupanya bila terkurung barulah kita rindukan semuanya seperti dahulu.

Sepertinya kehidupan kita di ‘reset’ semula. Kita mula menghargai perkara-perkara kecil dan kurang penting dalam hidup kita.

IKLAN

Bukan kecil dugaan yang Allah turunkan kali ini. Semoga kita lebih menghargai setiap insan dan perkara yang hadir dalam hidup kita hari ini. Sesungguhnya tiada satu pun yang Allah ciptakan itu sia-sia… Yakinlah sahabat

Lepas tamat PKP ini apa perkara pertama kita hendak buat?? Ya, ramai yang hendak balik kampung jenguk ahli keluarga di sana. Sambil itu boleh kutip pokok-pokok keliling rumah mak juga kan

Indoor Plants Deco (Malaysia)
#plantslover
#indoorplantslover

MW: Hargailah apa yang berada di depan mata. Jangan bila sudah kehilangannya baru kita rasa menyesal kerana tidak pernah kerana tidak pandai menilai.

Sumber: Rozila Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI