Rupanya lelaki ber T-Shirt merah, berkain pelekat kotak-kotak yang setia melayan ayah yang stroke dan dementia itu adalah adik bongsu pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang.
Siapa yang menyaksikan video berlatarkan lagu ‘daddy cool’ itu pasti tersentuh hati dengan gelagat dua beranak ini. Macam-macam cara adik bongsu ini buat nak bagi ayah kekal cergas. Sekejap-sekejap, di suruhnya ayah bersenam angkat tangan. Siap buat pusingan U yang comel.
Kongsi adik bongsu Azizulhasni ini, sebelum ini dia sebak bila mengenangkan akan kedatangan Hari Ibu. Katanya, “aku diam je. Sedih, dah lama tak merasa ada ibu.”
Jadi bila tiba Hari Bapa dia balas balik. Hasilnya terciptalah video ‘Ini Kisah Syurgaku’ yang menyentuh hati ramai orang.
“Walaupun ayah dok pernah kenal dan ingat anak bongsu ni akibat stroke. Tapi aku tahu ayah sentiasa sedor kehadiran aku.” luahnya.
“Enjoy my video dan semoga menjadi tauladan kepada anda semua untuk menghargai Ayah ketika mereka masih ada. Selamat Hari Bapa Pok Awang. “Allahummaghfir lii wa liwaalidaiyya warhamhuma kama rabbayanii shaghiraa” Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan sayangilah keduanya sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil. Aamin Ya Rabbal Alamiin.”
9 beradik, cuma adik bongsu Azizulhasni saja yang masih single. / Kredit foto : Instagram asive awang
Ayah Dijaga Rapi Adik-Beradik Di Dungun
Sementera itu, Azizulhasni sendiri berkongsi kisah yang ayahnya, Awang Bin Embong merupakan stroke survivor dan mengalami Dementia.
Ads
“Siapa-siapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami Dementia ni pasti faham bagaimana cabaran yang diharungi oleh pesakit dan juga ahli keluarga itu sendiri.
It’s an excruciating experience i tell you. Tengok video ni bercampur baur perasaan. Sedih ade, suka pun ade. Tetapi at least aku bersyukur sangat sebab tahu Ayoh di jaga rapi oleh adik beradik di Dungun.
Hanya Allah yang boleh membalas jasa mereka.”
Kredit foto : Azhan.co
Sibuk Kejar Duniawi, Mak Ayah Kat Kampung Tak Boleh Jaga – Azizulhasni
Dalam pada itu, Azizulhasni meluahkan rasa kesal yang mendalam apabila tak berdaya menjaga kedua ibu bapanya di kampung, dek kesibukan urusan kerjayanya.
“Kadang-kadang tu ada datang jugak sekali sekala perasaan macam useless je hidup ni. Terlalu sibuk dengan hal duniawi sampai Ayah dan Mak sendiri kat kampung pon tak boleh jaga.
Umur belasan tahun dah tinggalkan Mak dan Ayah demi nak kejar cita-cita dunia, konon nak jadi juara dunia. Bila menang di sanjung, bila kalah di..??
Ads
Betul lah kata orang, nikmat dunia itu sangat kecil jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Harap suatu hari dapat berbakti kepada mereka.
Korang semua yang ada peluang nak jaga Mak dan Ayah tu, gunalah peluang sebaik mungkin, saya ni hanya mampu berdoa je. Moga Allah permudahkan segalanya.”
“Alhamdulillah ingat lagi, sebelum Ayoh kene stroke Allah bagi peluang dating berdua. First time pergi keluar berdua bersarapan dekat warung di kampung dan kesempatan digunakan dengan diisi dengan perbualan panjang.
Such a golden moment. Kemuncak dia masa Ayoh pegi tengok saya race Sea Games Kuala Lumpur 2017 di Velodrome Nilai. Lepas tu kesihatan Ayoh makin merosot.
Ads
Ayoh memang wira dan pahlawan yang melawan segala bentuk penyakit, dugaan serta segala macam yang melanda diri nya. In fact Ayoh sendiri memang bekas tentera dulu.
Terima kasih Ayoh sebab saya rasa semangat pahlawan tu memang turun dekat diri saya skit. Saya tak nak ucap Selamat Hari Bapa kerna bagi saya setiap hari adalah hari yang special buat Ayoh. STAYSTRONGAYOH
Terima kasih adik bongsu @asive_awang atas perkongsian video.”
Untuk rekod, ayah Azizulhasni ini mengalami strok kecil beberapa bulan sebelum atlet ini ke China untuk kejohanan sukan trek berbasikal pada tahun 2018.
Mingguan Wanita :Benar.. tak mudah menjaga orang tua yang diuji sakit stroke apatah lagi Dementia yang juga dikenali sebagai nyanyuk. Andai bersabar, pahala yang besar jadi milik anak-anak yang kekal berbakti penuh keikhlasan itu.
Akhirnya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan amanat yang begitu dinanti-nanti oleh mereka yang mengikuti perkembangan viral instafamous, Faiz Roslan.
Jemputan cara baik yang disampaikan oleh Datuk Dr. Zulkifli ini diharapkan dapat diperhalusi oleh Faiz dan rakan-rakannya. Sempena bulan baik dan penuh keberkatan ini, MW mendoakan agar Faiz dapat mengakhiri tindakan yang beliau telah mulakan dengan cara yang baik.
Ini kenyataan yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli untuk Faiz Roslan, dan juga rakan-rakannya.
MUHAMMAD FAIZ ROSLAN
Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.
Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.
Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.
Bidang Kuasa Mufti Dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Pertama kali dalam sejarah 9 Perdana Menteri Malaysia, bossku ke Sungai Buloh. Dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, bermula dari Tunku Abdul Rahman hinggalah terkini, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, nama bekas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sebutan ramai.
Terkenal dengan gelaran Bossku, hari ini ia mencatat sejarah peribadi dalam sejarah senarai Perdana Menteri Malaysia apabila Datuk Seri Najib yang juga Perdana Menteri ke -6 didapati bersalah menyeleweng kes dana SRC apabila wang RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadinya.
Jika ada pun sebelum ini adalah melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi pertuduhan liwat ke atasnya dan turut dibawa ke Sungai Buloh.
Bagi kes Perdana Menteri Malaysia, ia belum pernah terjadi sama sekali bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak (bapa Najib), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (dua kali menjadi PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Pertama Kali Dalam Sejarah 9 Perdana Menteri Malaysia
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib..
Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.
Dalam pembelaan sebelum ini, jejak aliran wang jelas menunjukkan dana RM42 juta daripada akaun AmBank milik SRC International Sdn Bhd dipindahkan melalui akaun bank anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) sebelum dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Ihsan Perdana adalah syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi SRC International.
Menurut Berita Harian sebelum ini, pada Isnin dan Selasa lalu panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mendengar dua permohonan dikemukakan pasukan pembelaan Najib.
Permohonan pertama membabitkan cubaan Najib untuk mengemukakan bukti baharu untuk mengaitkan latar belakang pembabitan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan SRC.
Permohonan kedua pula adalah usaha pasukan pembelaan Najib untuk menangguhkan rayuan utama kes SRC untuk tempoh antara tiga hingga empat bulan atas alasan membolehkan pasukan pembelaan yang baharu dilantik Najib itu membuat persediaan.
Namun, kedua-dua permohonan terbabit ditolak sebulat suara oleh panel lima hakim yang bersidang termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kejutan sempena hari jadi ke-47, Noorkhiriah terima kejutan daripada suami. Pelakon senior yang terkenal dengan drama air mata, Noorkhiriah kini genap berusia 47 tahun. Isteri dan ibu kepada tiga orang anak itu terkejut dengan hadiah yang diberikan oleh suaminya, Azfaizul Ahtan.
Kejutan Sempena Hari Jadi ke-47
Mana tidaknya, Noorkhiriah dihadiahkan set kain kafan daripada suaminya. Namun ibu kepada tiga anak itu berlapang dada dengan hadiah yang diikat dengan reben berwarna merah.
“Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.
“Siap dengan riben. Saya terima,” tulis Noorkhiriah di hantaran Instagram miliknya.
Simbolik Hari Kematian
Menurut Noorkhiriah hadiah tersebut merupakan simbolik memperingati hari kematian, satu detik pasti bagi umat manusia yang hidup di dunia ini.
“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini penggambaran di kubur.
“Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” jelas pelakon yang kini sedang hangat menerusi drama Seribu Tahun.
Semoga Diberikan Kesihatan Yang Baik – Ucapan Hari Lahir Dari Rakan Artis & Netizen
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...