Snake Plant, pokok lidah mertua atau lidah Jin yang semakin mendapat tempat di hati mereka yang gemar mendekorasi rumah dikatakan penyimpanannya di dalam rumah di dalam bekas yang diisi tanah akan membiakkan kuman.
Aduhai, macam mana ini? Sebaiknya mak-mak harus berhati-hati dalam menghias rumah terutamanya pokok hidup yang ditanam dalam pasu yang turut diisi tanah. Paling penting rumah cantik, kesihatan seisi rumah dapat dijaga dengan baik.
Lidah Jin Membiak Kuman
Lidah Jin atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.
Bagaimanapun, seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
Ads
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata.
“Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya.
Ads
Disarankan Guna Alternatif Lain
Menurut Dr Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor, terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.
“Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.
Ads
Anak Kecil Harus Berwaspada
Manakala, awal Jun lalu, Pusat Racun Negara menerusi status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.
MW: Bukanlah Snake Plant yang menjadi punca mikroorganisma membiak. Sebaliknya tanah yang digunakan, oleh itu mak-mak harus berhati-hati dalam menghias rumah.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pesakit wanita cabut lari insurans tak ‘cover’ bil rawatan hospital. Gara-gara insurans diambil tidak melindungi penyakitnya, seorang pesakit wanita melarikan diri dari wad sebuah hospital swasta semalam tanpa membuat pembayaran.
Berikutan itu, jururawat hospital berkenaan membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pesakit berkenaan yang berusia 32 tahun pada mulanya mendaftar untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit jam 6.40 petang kelmarin sebelum dimasukkan ke wad.
“Bagaimanapun, pada 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insuransnya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.
“Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi,” katanya ketika dihubungi.
Tidak Buat Pembayaran
Menurutnya, pada 10.40 malam pesakit berkenaan didapati tiada dalam wad dan dikesan tidak membuat pembayaran serta mendaftar keluar dari hospital.
“Kakitangan hospital cuba menghubunginya namun pesakit berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan satu laporan polis dibuat jururawat.
“Susulan itu, polis menghubungi pesakit terbabit namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci,” katanya.
Alami Sakit Perut
Katanya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan ke hospital swasta itu kerana mengalami sakit perut dan memberitahu dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk wad.
“Pemeriksaan mendapati pesakit mengalami gastrik namun syarikat insurans yang diambilnya mendakwa mereka tidak melindungi penyakit dihidapi wanita itu membuatkan dia keluar wad.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut serta sedang mengesan pesakit berkenaan,” katanya.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal. Pesanan bagi yang mengambil sebarang polisi insurans, pastikan ambil tahu dulu jenis-jenis penyakit yang pihak insurans lindungi, bagi mengelakkan perkara sebegini. Jika ingin mudah hubungi sahaja agen yang kita berurusan untuk pengesahan lanjut.
Tahniah diucapkan buat Ashira Aziz dan Bad Indigo yang bakal bernikah pada bulan Mac ini. Kedua mereka yang bergelar ibu dan bapa tunggal ini mengejutkan peminat seni tanahair apabila memberitahu hubungan cinta mereka.
Tidak ramai yang menduga, program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) tahun lalu, meninggalkan kenangan yang cukup manis buat ahli kumpulan Indigo, Bad dan pemenang tempat ke ketujuh, Ashira.
Ashira & Bad Jatuh Hati, Bakal Bernikah Mac Ini
GV7 menjadi saksi mereka berdua jatuh hati dan seterusnya membawa mereka ke mahligai perkahwinan yang dijangka Mac depan.
“Salam semua.. Shira nak ucapkan ribuan terima kasih kat korang semua diatas doa2 yg baik tuk saya.. nak bgtau cerita itu benar bukan gossip. “Insyaallah. 6 tahun punya cerita single dah nak tutup, ini kot org kata biar lambat asal selamat. “Syukur Alhamdullillah. Thank you semua. “Anyway gambar nie sblm PKP ya sesi berkenalan dengan anak-anak,” luah Ashira menerusi entri di akaun Instagramnya.
Ashira juga merupakan seorang ibu tunggal kepada Megat Shazeil Haziq Hadi, 15.
Bad Selesa Dengan Ashira
Menurut Bad, dia mula jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan Ashira sekitar Oktober lalu. Malah sikap penyayang dan kelakar yang dimiliki Ashira membuatkan dirinya terpaut untuk mengenali ibu tunggal itu dengan lebih dekat. Seperti mana yang dipetk menerusi Mstar Online Bad menerangkan tidak mahu menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami mula berkenalan dan rapat selepas sama-sama menyertai GV7 tahun lalu. Bermula dari situ kami bertukar nombor telefon.
“Ashira seorang yang kelakar dan penyayang. Malah dia ambil berat dengan semua orang yang berada di sekelilingnya,” ujarnya.
Bad juga akui sudah bertemu dengan keluarga Ashira dan mengambil keputusan untuk bernikah pada Mac ini jika perancangan tersebut dipermudahkan.
“Saya dah berjumpa ibu bapa Ashira Disember lalu bagi membincangkan pernikahan kami. Kalau boleh saya nak segerakan yang wajib dahulu.
“Kami dah uruskan borang permohonan nikah secara Online dan masih menanti jawapan sekiranya adalah kekosongan Mac nanti,” ungkapnya.
Menurut rekod, Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007, namun perkahwinan yang dibina berakhir tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12 dan Rania, 11 tahun.
Sebelum berhajat nak tukar tayar kereta, adalah penting bagi kita untuk mengetahui perkara asas mengenai tayar terlebih dahulu.Iyalah kereta bagaikan satu keperluan untuk kemana-mana. Baik nak hantar anak sekolah, nak pergi kerja, nak ke pasar dan macam-macam lagi. Bila kereta bermasalah bagaikan ‘patah’ sebelah kaki.
Bila dah sampai masa, tayar kereta akan menjadi botak dan perlu ditukar yang lain. Hah, info nilah, para wanita khususnya kena tau. Jangan semuanya serahkan pada encik suami. Biar kita nampak ada ‘ilmu’ sikit depan tokey kedai tayar ni. Tak de lah kena senang-senang je kena tipu bulat-bulat.
Sebab kebiasaannya walaupun tak semua, tokey kedai tayar ni akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired), namun tetap jual pada harga baru. Jadi, kalau nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu dan bersikap lebih prihatin setiap kali ingin menukar tayar.
Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.
Info Pasal Tayar Kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh: 195/50 R16 84V
195 = Lebar
50 = Tinggi
R = Radial
16 = Saiz/Rim
84 = Had Maksimum Bebanan
V = Had Maksimum Kelajuan 240km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam
Sebab tu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayarnya dalam keadaaan cuaca di Malaysia.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar
Contoh: 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yang terkini.
3. Diskaun
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20% 2014 = 40% 2013 = 60% 2012 = 80% 2011 ke bawah = PERCUMA
Semoga perkongsian ini membantu wanita-wanita agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar dan memberi manfaat kepada kita semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...